December 9, 2024

Ini Sebabnya Ibu & Ayah Elok Berikan Susu Kepada Anak-anak.

Anak adalah anugerah Ilahi yang tiada nilai gantinya. Tugas kita sebagai ibu & ayah adalah memberikan perlindungan tempat tinggal, pendidikan agama untuk mereka mengenal Allah SWT, pendidikan akademik untuk cemerlang dalam hidup. Apatah lagi semasa musim wabak corvid 19 ni, lagilah perlu berjaga jaga. Untuk pastikan anak sihat dan berkembang dengan baik, nutrisi yang seimbang perlu diberi. Antara cara paling mudah dengan memberikan susu kepada mereka.

Susu Ada Banyak Kebaikan Untuk kesihatan anak dan keluarga.

Kebaikan meminum susu untuk kesihatan tubuh badan tidak dapat dinafikan lagi. Tidak kisahlah apa jua jenis atau jenama, sama ada susu ibu, formula/tepung dan susu kambing, asalkan kita amalkan pengambilan setiap hari, insyaAllah akan memberikan tenaga dan kesihatan pada otak, tulang dan badan kita. Kalau nak bercerita tentang manfaat daripada amalan ini, pasti mengambil masa yang panjang. Antaranya ialah mengelakkan osteoporosis, menjadi sumber kalsium utama, melindungi diri daripada kerosakan gigi, mengurangkan gejala PMS dan pelbagai lagi.

Umum mengetahui, susu ibu amat baik sekali diminum oleh bayi. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan sebegini, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sebab susu ibu amat baik untuk tumbesaran seorang bayi. Antara kebaikannya ialah:

  • membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • menguatkan sistem imuniti bayi (terutama kolotrum) sekaligus melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan susu ibu untuk bayi bukan sekadar kajian saintifik. Juga, terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang hal ini. Bila diteliti, rupa-rupanya Allah SWT telah menceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Terang lagi jelas. Ini memberi maksud ia menjadi perintah agam supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 tahun, iaitu tempoh yang paling sempurna untuk kebaikan ibu dan anak.

Petikan Ayat 14, Surah Luqman : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Contoh-contoh Susu Formula Yang Menjadi Pilihan Mak Ayah.

Selepas anak-anak cerai susu badan, elok mak ayah meneruskan penyusuan dengan susu formula untuk kanak-kanak. Banyak produk seperti ini dikeluarkan di pasaran bagi memenuhi kehendak ibu dalam meneruskan penyusuan untuk anak-anak. Ada variasi jenis dan jenama dengan kepelbagaian formula ditawarkan di pasaran. Jadi, jenis atau jenama terbaik yang manakah diperlukan untuk perkembangan anak anak?

Jika kita perhatikan jenama-jenama yang ada di pasaran, sebenarnya ibu-ibu mempunyai banyak pilihan susu formula dengan kualiti terbaik. Bagaimanakah kita memilih yang terbaik untuk anak kita? Tepuk dada tanya selera. Dan juga perlu diperhatikan kesesuaian susu formula dengan anak-anak juga.

Cara paling mudah untuk decide jenama susu yang sesuai adalah dengan meminta nasihat dari doktor dan pakar pediatrik bayi untuk cadangan susu yang bagus.

Contoh-contoh Jenama Popular Susu Formula Untuk Anak-anak

Kami kongsikan di sini beberapa susu formula yang menjadi pilihan ramai.

1# Susu Enfagrow Step 1, 2 & 3

Susu tepung ini diformulasi secara saintifik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun (toddler). Susu ini diyakini ramai ibu diseluruh dunia, termasuklah di US

2# Susu Dugro

Susu Dugro dengan 5 Nutri, dirumus dengan Kalsium, lcFOS, Protein, Vitamin A dan 100% lebih DHA berbanding dengan formulasi terdahulu, untuk menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.

Susu tepung di bawah label ini mengandungi 5 khasiat penting berikut.

  • Kalsium – Penting untuk tulang & gigi yang kuat.
  • lcFOS – Sejenis serat 
  • Protein – Sangat mustahak untuk tumbesaran.
  • Vitamin A – Penting untuk kesihatan kulit & mata anak kita.
  • DHA – Sejenis asid lemak yang penting.

Susu Dugro Asli masih berkhasiat seperti dahulu dan tanpa sukrosa. Lebih baik kita amalkan susu perisa asli kerana kurang manis. 

3# Susu Fernleaf

Susu Fernleaf diperbuat dengan 100% susu lembu new zealand & akan membekalkan kita sekeluarga dengan khasiat yang diperlukan badan seperti

  • Protein
  • Kalsium
  • Vitamin A, B , C dan D.

Syarikat Fonterra mempercayai kualiti produk tenusu yang dikeluarkan mereka antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, mereka adalah antara peneraju bidang tenusu di New Zealand berdekad lamanya.

4# Susu S26 Progress Gold Langkah 1,2,3

Susu S26 adalah keluaran syarikat Wyeth. Susu S26 di Malaysia ini ada banyak pilihan. Jenama ini sendiri mempunyai beberapa pilihan seperti Step 1,2, dan 3. Step ini berbeza formula dan berpandukan umur anak. Formulanya mempunyai tambahan khasiat yang penting untuk perkembangan anak anak.

Seeloknya, sebelum beli susu di pasaraya. Bandingkan dulu jadual nutrisi di belakang kotak.

Susu Untuk Ibu Mengandung

Sebenarnya, kita boleh membantu anak-anak dari awal lagi. Semasa isteri sedang mengandung, boleh amalkan susu yang sesuai. Pengambilan minuman berkhasiat semasa mengandung ini perlu diamalkan setiap hari supaya ibu mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Secara tidak langsung, anak di dalam kandungan akan mendapat khasiat yang ibunya dapat dari susu tersebut

Jenama jenama susu ibu mengandung di pasaran

Teringat pengamalan isteri semasa dia mengandung anak kami yang pertama dan kedua. Tidak dinafikan, ramai ibu yang susah betul untuk meminum segelas susu setiap malam. Ada yang mengalami mual dan muntah selepas meminum susu.

Sebagai suami, perlu kreatif mencipta pelbagai idea untuk menarik perhatian isteri minum susu. Jenama susu ibu mengandung juga memainkan peranan penting. Ada jenama yang hanya ada rasa susu biasa, ada yang dicipta dengan rasa yang pelbagai seperti coklat, pisang dan strawberi.

Memandangkan isteri tidak boleh meneguk susu suam tanpa rasa lain, terpaksalah sediakan dia Anmum Materna dengan perisa Coklat. Kalau tak, agak sukar untuk isteri habiskan segelas susu. Beza susu original dengan perisa coklat yang ketara adalah tahap kemanisan. Jadi, kuantiti perlu dijaga, risau dengan pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula yang berlebihan amat tinggi risiko seperti kenaikan berat badan berlebihan, kencing manis dan darah tinggi semasa tempoh kehamilan.

Tak perlu pening kepala memilih susu untuk isteri kita, boleh dapatkan sampel dulu. Percuma saja kalau tahu caranya.

Teringat semasa isteri mengandung anak pertama kami. Yela kan, anak pertama, keterujaannya lain macam. Di awal tempoh kehamilan, isteri suka membuat research susu ibu mengandung terbaik. Cara paling simple, buat perbezaan dari segi rasa untuk jenama-jenama yang ada di pasaran. Jadi, kenalah cari pek sample atau pek percubaan pelbagai jenama untuk diminum cuba..heheh..

Memang mudah nak dapatkan pek contoh di Malaysia ni. Paling best, pergi sahaja ke ekspo bay atau Baby Fair, pasti ramai jurujual yang suakan pek kecil untuk bakal ibu mencuba. Boleh ambil satu-satu dan balik cuba minum.

Selain itu, semasa check-up di klinik, ada juga doktor atau nurse yang hadiahkan sample susu tepung. Biasanya mereka mendapat bekalan pek trial ini daripada syarikat pembekal susu ibu mengandung.

Atau, anda juga boleh mendapatkan melalui atas talian. Buka sahaja website-website syarikat jenama susu ini seperti Frisogold, Pediasure dan Anmum. Biasanya mereka meminta anda mengisi details dan alamat. Kemudian mereka akan hantarkan pek sample ke depan pintu rumah anda!

Susu Kambing Pun Semakin Bagus Untuk Kanak-kanak.

Ada ibu bapa yang menghadapi masalah anak yang tidak sukakan susu tepung menggunakan susu lembu. Ini bukan sebab anda buntu meneruskan usaha memberi anak susu. Anda boleh mencuba susu tepung berasaskan susu kambing. Sekarang ni dah banyak susu tepung tempatan menggunakan susu kambing. Di bawah ini antara jenama susu kambing yang bagus.

  • Susu formula Wildan
  • Susu tepung Lazz
  • Susu Khalish
  • Susu HiGoat
  • Susu Habib
  • Susu Platinum
  • Susu Suffy
  • Susu Ar Rayyan
  • Susu Tok Ali

dan banyak lagi susu formula yang menggunakan susu kambing.

Setiap jenama mempunyai khasiat dan formula yang berbeza. Ibu bapa perlu bijak memilih jenama yang bersesuaai dengan keadaan anak-anak. InsyaAllah, khasiat susu kambing tetap dapat dinikmati oleh anak-anak.

Manfaat susu kambing untuk kesihatan keluarga.

Di Eropah, susu kambing terkenal kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan mempunyai kualiti yang premium. Walaubagaimanapun, hal ini berbeza bagi negara-negara di Asia bahkan ada yang mengatakan bahawa ia kurang berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dengan pelbagai pendapat yang berbeza, orang ramai tentunya tertanya-tanya yang mana satukah yang benar.

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, susu kambing adalah susu yang sangat berkhasiat di mana khasiatnya adalah lebih tinggi berbanding dengan susu lembu.

Memang banyak kelebihan yang terkandung di dalam susu yang dikatakan terbaik untuk manusia selepas susu ibu. Antara kelebihan susu kambing adalah:

  1. menguatkan tulang secara semulajadi
  2. mengurangkan keradangan
  3. menjadikan kulit wajah lebih sihat
  4. mudah untuk dicerna
  5. baik untuk pesakit gastrik
  6. baik untuk pesakit Intoleransi Laktosa yang sederhana

Tidak kisahlah apa jenis susu atau jenama yang anda minum, pastikan ianya menjadi amalan seisi keluarga. Selain khasiat susu yang pelbagai, amalan meminum susu juga akan melengkapkan nutrisi keluarga untuk hidup yang lebih sihat dan riang.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Ini Sebabnya Ibu & Ayah Elok Berikan Susu Kepada Anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *