April 25, 2024

Bagaimana Ibu Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

“Doktor,saya mengandung. Macam mana saya nak bersalin musim PKP ni?”

Memandangkan isteri pun sedang mengandung anak ke-3 kami, ada terlintas di fikiran aku, macam manalah ibu mengandung melalui proses bersalin semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berbaki sehingga akhir tahun? terfikir juga keadaan ini memberi lebih kesukaran dan tekanan kepada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak.

Jika tekanan perasaan ini berterusan, ia pasti penjejaskan proses kelahiran dan juga penyusuan ibu kepada bayi. Di peringkat awal, bayi sangat memerlukan susu ibu untuk memastikan mereka menerima khasiat dan nutrisi yang diperlukan.

Aku ada terbaca pengalaman rakan Facebook melalui proses bersalin tanpa suami di sini, hanya ditemani oleh doktor dan pembantu perubatan. Untuk makluman, prosedur proses bersalin semasa PKPP ini, suami tidak dibenar menemani isteri di dewan bersalin. Betul ke? Di hospital kerajaan sahaja atau turut melibatkan hospital swasta?

Boleh Ke Pergi Check Up Macam Biasa?

Klinik untuk ibu mengandung dibuka seperti biasa. Memandangkan ibu hamil tergolong dari individu yang berisiko dijangkiti COVID-19,beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.

✅ Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh tombol,kerusi,lift.
✅ Elakkan menyentuh muka,hidung dan mulut.
✅ Pakai topeng muka
✅ Jarak jarak 1 meter dengan orang lain.
✅ Dapatkan rawatan awal jika demam,batuk dan sesak nafas.

Barang Apa Perlu Dibawa Ke Hospital?

Barang boleh dibeli secara online. Beli awal dan packing siap-siap dalam bag, baru tak kalut. Kalau tak nanti pening pula suami nak packing kalau dah tiba-tiba sakit perut dan perlu ke hospital.

Sediakan apa yang patut,tak perlu membazir. Awal-awal, buat senarai semak barang keperluan untuk bersalin di hospital.

Suami Boleh Hantar Ke Wad?

Suami hanya boleh hantar di bawah saja bersama dengan barang. Ibu hamil musim PKP perlu mempersiapkan mentaliti yang kuat. Suami tak dibenarkan masuk ke wad.

Mengiringi masuk wad pun tak dibenarkan. Hospital telah tetap polisi ini untuk mengurangkan kehadiran pelawat dan hanya untuk pesakit.

Suami Boleh Masuk Dewan Bersalin?

Suami tak dibenarkan masuk untuk teman isteri ketika bersalin. Telefon atau whatsapp suami sebelum ditolak ke Dewan Bersalin,minta maaf dan minta doa agar dimudahkan.

Makan kurma supaya ada tenaga. Ibu jangan panik,kena kuat. Jangan jerit dan jangan menangis,ikut arahan nurse/doktor untuk kawal pernafasan ketika push terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama yang tak mahir lagi curi nafas.

Banyakkan berzikir. Anak akan diazankan/iqamat oleh staff kesihatan.

Lepas Bersalin, Suami Boleh Teman Di Wad?

Tiada sesiapa dibenarkan untuk meneman di wad siang dan malam. Sediakan barang baby & ibu secukupnya.

Jika perlu apa-apa pertolongan, boleh minta tolong nurse. Nurse akan ajar teknik menyusu dengan betul di wad nanti.

Jika berlaku banyak pendarahan selepas bersalin,beritahu nurse awal-awal.

Boleh Tak Mak/Adik Datang Melawat?

Pelawat tak dibenarkan masuk.Kalau nak kirim barang/makanan dari rumah,hanya kirimkan pada guard dibawah. Nanti nak discharge pun,guard tolong bawa turun semua barang ke bawah.

Suami/keluarga hanya tunggu dibawah.

Adakah Jangkitan Covid19 Boleh Berjangkit Kepada Kandungan?

Setakat ini dah ada kes ibu hamil positif. Walaupun ibu positif,belum ada kajian yang menunjukkan virus ini boleh berjangkit kepada anak dalam kandungan atau melalui susu ibu.

Jangkitan boleh berlaku selepas anak dilahirkan sekiranya ibu batuk dan bersin pada anak. 

Bagaimana Ibu Yang Gejala Jangkitan?

Ibu akan ambil ujian COVID-19. Ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun hingga keputusan ujian COVID-19 negatif. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.

Bagaimana Jika Ibu Mahu Menyusu?

Sekiranya ibu masih mahu menyusukan bayi, ibu perlu menggunakan topeng muka (face mask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik betul sebelum dan selepas memegang bayi. Untuk ibu yang mengalami gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk, adalah dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu perahan ibu boleh diberikan kepada bayi oleh Nurse. InsyaAllah bayi itu akan terus mendapat khasiat susu ibu tersebut.

Minta tolong kongsikan info ini pada ibu mengandung sebab info ini sangat berguna untuk ibu mengandung di musim PKP ini.

Boleh follow FB Ahmad Samhan supaya tak tertinggal info/ilmu/tips/cerita yang lebih mahal nanti.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *