October 5, 2024

Tips Mendidik Anak Daripada Prof Muhaya

Tips Mendidik Anak Daripada Prof Muhaya

Kali ini, aku ingin kongsikan Tips Mendidik Anak Daripada Prof Muhaya . Aku selalu dengar perkongsian beliau di Live Facebook. Bagi aku, Prof Muhaya ini bukan sekadar pakar mata fizikal, tetapi juga sebagai pakar untuk membaik pulih mata hati aku sebagai manusia biasa yang perlukan ubat-ubat nasihat.

Aku copy paste je daripada perkongsian mereka sebagai panduan untuk aku & pembaca blog ini. Sambil bersarapan pagi dan minum susu setiap pagi, bolehlah berkongsikan tips ini dengan isteri dan anak-anak.

Tips mendidik anak Prof Muhaya

1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “Iyyakana’budu waiyyakanasta’in” (“Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan.”), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan….”Ibu mau (nama anak) jadi anak yang sholeh, sayang…”
Coba amalkan (seperti kata Ustadz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya)
dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Bangun shalat malam, shalat lah disisinya. Maksudnya kita shalat dalam kamar dia dan dekat dengan ananda. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahwa kita sering doakan dia, dia akan merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita sangat sayang pada dia dan mau dia jadi anak yang sholeh. Dia akan tahu kita selalu shalat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap saat bahwa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak sholeh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian Ibu sambil bisikkan padanya bahwa kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesalahan yang anak kita lakukan itu adalah karena dosa-dosa kita di masa lalu.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang bisa melukai hatinya. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak kita dan keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan sholat.
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat,
Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku)

9. Selalu ingatkan anak bahwa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, harta, hafal Quran sekalipun… jika tidak mempunyai akhlak yang mulia. Allah tidak melihat wajah yang cantik/ tampan tapi melihat hati yang cantik.

10. Saat mencuci beras niatkan… “Ya Allah…lembutkanlah hati anak-anakku, sebut nama anak kita… untuk paham agamanya….. (kenapa kita mau dia paham agama, karena anak yang tak paham agama akan bawa orangtuanya juga ke neraka)…. seperti engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “.
Cuci beras lawan arah jam (putar kekiri seperti orang thawaf ) sambil sholawat kepada Nabi Muhamad saw.
Hati jangan lalai saat melakukannya, dan ingat kepada Allah selalu, aamiin 3x YRA…

Tips Mendidik Anak Daripada Prof Muhaya

Semoga perkongsian Tips Mendidik Anak Daripada Prof Muhaya ini memberi manfaat kepada kita semua sebagai ibu bapa. Doakan anak aku dan rakan-rakan lain menjadi insan yang soleh dan solehah..amin Ya Rabb.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

30 thoughts on “Tips Mendidik Anak Daripada Prof Muhaya

  1. Perfect!! This is the this I have been looking for… My friend always having problem with her children and by all this tips for sure will guide her a lot. Really thanks for all the this shared here.

  2. Alhamdulillah…terima kasih d atas perkongsian ini..amat bermakna utk saya dlm mengurus dan mendidik ank2 saya yg seramai empat orang ini…panduan yg sgt diperlukan..thanks a lot

  3. Alhamdulilah and terima kasih di atas perkongsian ini. Mesti ramai parents yang akan mendapat manfaat di atas perkongsian ini.

  4. MasyaAllah.. terima kasih diatas perkongsian ini.. Bagus sangat tips ni.. TB rasa terpaku sat membaca dari mula hingga akhir.. moga yang baik-baik menjadi panduan utnuk ibu bapa semua dalam mendidik anak-anak diorang..

  5. agreed with no.5…ramai yang bertanggapan apabila anak dah dewasa tidak perlu menunjuk kasih sayang lagi…walaupun dah dewasa dan berdikari kasih sayang ibu bapa boleh menyenangkan minda dan hati anak-anak.

  6. Wahh.. bagusnya tips-tips ni. Iyalah, ibu bapa manalah yang tak mahu anaknya menjadi insan berguna dan beramal soleh kan? Lagipun, tips yang disenaraikan ni pun cukup mudah dan praktikal. Terima kasih atas perkongsian ni!

  7. Bagus betul perkongsian ni. Sayangkan anak selalulah doakan yang baik2 buat mereka kan. Doa ibu bapa ni mmg mujarab.
    Percakapan kita pun kena elok2 sebab apa yg keluar selalu dr mulut kita ni satu doa jugak

  8. Terima kasih atas tips ni..bagus sgt hehe..yg basuh beras tu slalu jgk sye amalkan tp xde pulak sebut nama anak..lps ni kena try

  9. terima kasih atas post ni, bukan mudah sebenarnya nak mendidik anak-anak, tapi doa tawakkal dan usaha tu patut dipraktikkan untuk mendidik anak yang bijak dan pandai soleh dan solehah

  10. Wuwuwuw ruby yang menangis baca tips ni. Sebab selalu buat perkara tu semua. Cuma output dia ruby tak nampak lagi. Doa kita sebagai ibu bapa memang penting dan sangat dekat dengan mereka ketika mereka tidur.

  11. Dah besor benar si abg tu ha..adik macam follow je apa abg buat..dua- dua ensem..setuju dengan tips dari Prof Muhaya tu…thanks atas perkonsian..boleh panjangkan pada adik2 SA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *