March 19, 2024

Nafkah Anak Boleh Menjadi Hutang Si Bapa.

Kita sering kali mendengar permasalah mereka yang sedang menghadapi masalah penceraian melibatkan tuntutan nafkah, terutama nafkah anak. Nauzubillah, kalau boleh, minta dijauhilah permasalahan sebegini dalam hidup aku, keluarga dan rakan-rakan aku.

Tapi tidak salah untuk aku kongsikan perkara berkaitan ini yang dimuatnaik oleh sahabat aku yang merupakan antara peguam shariah terbaik di Malaysia.

Tahukah anda bahawa nafkah anak-anak sekiranya tidak ditunaikan boleh menjadi hutang dan boleh dituntut sebagai tunggakan di mahkamah terhadap bapa dan boleh diambil dari harta pusakanya sekiranya bapa itu meninggal.

Syarat utamanya ialah wajib dan mesti ada PERINTAH Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah anak.

Merujuk kepada Seksyen 69,(rujuk bersama seksyen 77) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984:

(1) Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan,jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pusakanya..

Jadi,sekiranya berlaku perceraian,pastikan ada perintah berkaitan dengan nafkah anak. Jika ada persetujuan,boleh direkodkan semasa perceraian.

Sekiranya tidak,buatlah tuntutan dengan seberapa segera.

Jangan hanya percaya dan berpegang kepada ‘janji mulut’ sahaja ya!

Banyak yang berlaku,apabila si ayah dah mula mengabaikan dan culas menunaikan tanggungjawabnya,barulah si ibu nak pohon nafkah anak.

Tidak salah tapi agak lambat untuk bertindak..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Nafkah Anak Boleh Menjadi Hutang Si Bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *