September 26, 2020

Tak Rugi Baca: Pendirian Tak Sama. Emosi dan Pemikiran Kita Juga Berbeza.

Bila kita beli jam tangan berjenama dengan harga RM 1200 terus ada yang komen. “Kalau saya ada RM1200 saya beli Iphone 11 Pro max”.

“Kalau saya ada RM 1200 saya tak beli jam tangan la, baik saya beli emas”.

“Kalau saya ada RM 1200 saya simpan unit trust”.

Kawan-kawan, begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita beli hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.

Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah pun guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yg memberi kepuasan pada diri dia. Contohnya harga periuk yg mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, dan memasak dengan senyum memanjang.

Ada orang suka beli handbag sebab dia membawa emotional drive. Mungkin dia nak tambah rasa seronok, confident dan bring more vibes untuk bekerja lebih keras. Ada juga masanya bukan nak pakai bag mahal tu sentiasa, sekadar rasa satu kepuasan dapat memiliki. Kalau dia tak nak, dia boleh je preloved dgn harga yang berpatutan dengan kondisi yang sepadan. Boleh juga jadi satu investment.

Ada orang beli sportrim kereta ribu-ribu ringgit, steering beribu, cat kereta pula sampai habis ke bawah karpet padahal orang tak nampak dan tak tengok pun cat kereta dia. Sama juga yg buat enjin, sorok wiring enjin sana sini sampai bila pergi repair kat pomen lain, pomen tu pun tak jumpa wiringnya. Padahal kereta tu kalau buat enjin cantik-cantik pun masa berjalan tetap kena tutup bonet juga. Ada pula yang bercakap buat enjin padu-padu tapi bila ajak lepak, ajak trackday dia tak join pun. Kepuasan dan minat org tu berlainan, mungkin kepuasan dia setakat itu sahaja.

Sama juga dengan orang yg minat travel. Ada duit lebih, terus pergi oversea. Dia tak kelam kelibut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas, takde hati nak beli iphone mahal-mahal. Bagi dia, travel itu bahagia.

Biar tak ada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup ni singkat, dia nak menikmati dunia kiriman Tuhan ni seberapa banyak yg dia mampu.

Ada juga orang yang sanggup habis duit beribu-ribu utk beli sebiji RXZ, dia tak hairan pun org nak kecam dia membazir beli motor yg bila hujan terpaksa berteduh bawah flyover. Pada dia dgn motor tu lah dia boleh buat ulang alik pergi kerja cari makan, ride dgn kawan2 rapatkan silaturrahim , rasa tenang bila dia bersama motor tu.

Adakah dia salah?

Pada aku tidak. Adakah peminat periuk tu salah? Pun tidak.Adakah yg suka membeli emas itu salah? Tidak juga.Adakah yg suka travel, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.

Semua betul dengan cara yg tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang yang mampu mengukur unit kebahagian seseorang kerana bahagia orang ni berbeza-beza.

Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia saja. Dia suka emas, salahkan kaki travel tak simpan emas.

Dia suka buat simpanan, dia marah orang suka beli periuk. Dia beli rumah buat aset, dia salahkan orang beli handbag mahal.

Haa, itu yang salah.

Pendirian kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga berbeza. Apa target yang kita nak pun tak sama. Jadi jangan ringan sangat mulut kita nak kondem orang selagi orang yg mencari kepuasan diri tu tak menyusahkan hidup kita atau ambil duit kita.

Tak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.

Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tak Rugi Baca: Pendirian Tak Sama. Emosi dan Pemikiran Kita Juga Berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *