December 13, 2024

Suami Kena Faham 12 Perkara Ini Masa Isteri Mengandung.

Aku telah melalui fasa menunggu kelahiran anak sebanyak 2 kali. InsyaAllah, Oktober 2020 akan menjadi pengalaman ke-3 aku melalui fasa ini.

Kali terakhir isteri mengandung adalah lebih kurang 5 tahun yang lepas. Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh suami semasa isteri mengandung , aku ingat ingat lupa. Yang paling aku ingat, mesti nak kena pandai pujuk isteri minum susu materna. Sebab susu sangat penting diambil ketika isteri mengandung. Kira entri kali ini sebagai ulangkaji untuk aku lebih memahami 12 perkara semasa isteri mengandung.

1# Isteri Sentiasa Lapar

Sebelum disahkan mengandung, tabiat makan isteri adalah normal. Selepas disahkan mengandung, pola pemakanannya berubah. Pada aku yang dua kali menempuhi pengalaman ini, itu biasa. Orang mengandung memang selalu lapar. Serius lapar.

Jadi, apa yang suami kena faham adalah – kalau lapar, jangan biarkan mereka tunggu sejam dua untuk pergi cari makanan di luar. Cepat carikan snek dulu sebelum mereka ‘jadi singa’!

Tak kisahlah coklat, ‘energy bar’, buah, salad, atau biskut kering – pastikan ini semua ada dalam ‘stok kecemasan’ anda. Kalau boleh, stok kan makanan yang berkhasiat. Itu pun untuk kesihatan bayi dalam kandungan.

2# Isteri Nak Sentiasa Ditemani

Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi si suami juga perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Kenapa?..kerana pada waktu ini, isteri amat-amat memerlukan anda.

Walaupun dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka. Cukuplah sekadar menemani menonton TV di waktu malam, isteri pasti akan menghargainya.

3# Tak Nak Kongsi Makanan

Pernah dengar tak apa yang suami punya – isteri punya. Apa yang isteri punya, dia lah yang punya. Jangan berani nak sentuh!

Bagi sesetengah wanita, inilah peraturannya. Lagi satu, janganlah tegur kalau mereka dilihat ‘lapar’ semacam.

Kalau tak kena gaya, boleh menangis dibuatnya.

4# Terus Buat, Jangan Banyak Tanya

Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya.

Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Semasa mengandung, biasanya emosi isteri akan lebih sensitif. Jika suami tak setelkan kerja, pasti mereka akan habiskan kerja rumah yang tertangguh sekaligus memberi risiko berbehaya kepada mereka. Kan lebih cool bila suami membuat semua kerja rumah. Ia juga adalah ciri seorang suami yang baik.

5# Baby Brain’

Istilah ‘pregnancy brain’ atau ‘baby brain’ ini dikaitkan dengan sikap isteri yang mula menjadi pelupa dan cuai.

Contohnya, terlupa letak smartphone mereka di mana. Walhal baru beberapa minit yang lepas si isteri mengupdate status di Facebooknya.

Kalau dibiarkan, kecuaian seperti ini boleh mengundang bahaya. Sebagai suami, masa inilah anda perlu lebih berhati-hati dan jadi superhero mereka. Sentiasa peka dengan pergerakan dan tindak-tanduk mereka.

6# Bantu Jaga Anak Yang Lain

Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Selain emosi isteri perlu dijaga, perasaan anak yang lain juga perlu dijaga. Janganlah disebabkan ibu ayah menunggu kehadiran adik, diri mereka rasa terabai.

7# Isteri Perlu Rehat Yang Lebih

Ada yang mengalami alahan teruk, tak boleh tidur malam, tak ada selera makan, lenguh pinggang, atau bengkak kaki. Macam-macam masalah boleh berlaku semasa mengandung.

Berbanding hari-hari biasa, isteri anda yang mengandung juga akan cepat letih dan tak larat nak buat semua kerja rumah yang mereka buat dulu.

Jadi, janganlah anggap mereka ini pemalas atau manja, dan jangan bandingkan mereka dengan sesiapa saja yang anda kenal.

Simptom kehamilan itu memang berbeza bergantung kepada penerimaan tubuh seseorang individu. Jadi sebagai suami, anda perlu memastikan zat pemakanan isteri cukup. Kalau boleh, bagi isteri minum susu untuk ibu mengandung bagi menampung keperluan zat yang hilang semasa mengandung.

8# Pinjamkan Tangan Pada Isteri

Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. Maksud pinjamkan tangan di sini, ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri ketika dalam apa keadaan sekalipun.

Percayalah, isteri anda pasti rasa dihargai.

9# Jangan Sebut Tentang Perut Besar

Ironinya, orang mengandung memang akan membesar.

Tapi, tak tahulah kenapa mereka takut gemuk dan asyik bertanya soalan yang ‘bahaya’ berkaitan penampilan mereka.

“Macam ni nampak gemuk tak?” Hah. Jangan cuba-cuba nak jawab ya atau tak.

Cukuplah beritahu yang baju itu sesuai dengan mereka. Nanti anda juga yang pening kepala.

10# Jangan Berebut Tempat Tidur.

Selama ini, isteri anda suka ‘menyelit’ dan ‘menempel’ pada tubuh anda sebelum tidur. Mungkin kadang-kadang rimas, tapi anda akan merinduinya.

Ini kerana, tempat suami telah ‘digantikan’ dengan bantal-bantal gebu yang memenuhi tempat tidur.

Isteri menjadi semakin sukar untuk tidur di waktu malam apabila perut semakin membesar. Bantal-bantal inilah yang akan digunakan untuk menampung tubuh mereka.

Pernah tengok bantal orang mengandung tak? Kalau mereka ada bantal itu, yang disekeliling akan terus ‘dilupakan’. Sayonara!

11# Elakkan pertengkaran

Emosi ibu hamil kadang-kadang tak stabil disebabkan hormon dalam badan bertukar, kadang ada perasaan sensitif sedih atau marah. Jadi suami cuba tenangkan hati isteri, gembirakan mereka dan suami jangan ambil hati sangat.

Romantik gitu.. 

12# Amalan Berdoa Untuk Isteri dan Bakal Bayi

Solat adalah tanggungjawab yang wajib. Digalakkan suami solat sunat dhuha dan solat sunat hajat untuk meminta dan berdoa agar isteri dan bayi dipermudahkan dalam ketika hamil dan ketika bersalin.

Membaca Al-Quran sangat digalakkan sebab banyak kebaikkannya, ingat bayi dalam kandungan boleh mendengar.. 🙂

Tahniah!

Inilah dikatakan penangan hormon yang turun naik. Ditambah lagi dengan kepenatan dan ‘kerja lebih’ yang ditanggung oleh badan untuk seorang insan dalam rahimnya. Macam ‘rollercoaster’!

Walau apa pun, anda yang bergelar suami kenalah bersedia dan ikhlas menjalankan peranan suami semasa isteri mengandung. 

Bahkan, ini mungkin kali terakhir mereka ‘bercuti’ sebelum menjadi ibu. Tahniah kepada anda dan isteri kerana bakal menimang cahaya mati nanti! Semoga dipermudahkan urusan kalian, doakan kami juga!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Suami Kena Faham 12 Perkara Ini Masa Isteri Mengandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *