March 19, 2024

Petua Banyakkan Susu Badan Ibu

Antara cabaran yang selalu dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayi ialah kekurangan kekurangan susu badan. Ada juga ibu yang tidak dapat nak menyusu badan si anak sepenuhnya kerana kekurangan susu badan. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila terpaksa menghadapi masalah sebegini.

Tambahan pula seperti sedia maklum, memang banyak kebaikan menyusu badan untuk anak kecil. Bukan setakat berkhasiat dan melindungi bayi daripada penyakit yang tak diingini, menyusu badan juga memberi banyak kebaikan kepada ibu juga.

Keluhan seperti “Susu badan saya sedikit saja, baby tak puas. Kesian baby..” atau “Susu badan saya cair dan tak pekat..” sering menjadi pertanyaan yang merungsingkan para ibu. Jangan risau, ada cara dan petua banyakkan susu badan yang senang diamalkan.

Sebab Kekurangan Susu Badan Ibu

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.

Jika si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan.

Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah bersedia sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby. Menjadi kelebihan apabila ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yang terhasil dengan lebih banyak.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh diusahakan untuk menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat supaya puas bayi menyusu. Yang penting si ibu tidak berputus asa, banyakkan bersabar dan berdoa moga diberi kemudahan untuk menyusu.

Petua Banyakkan Susu Badan Ibu

1# Menyusu Bila-bila Masa

Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. Mungkin sesetengah bayi yang kerap ingin menyusu sampai ibu berasakan tak perlu dilayan kerenah itu. Baru setengah jam diberi susu, sudah merengek mahu menyusu lagi. Sebenarnya, antara petua hendak menghasilkan susu yang banyak ialah dengan menyusukan mengikut kehendak bayi. 

2# Menyusu Di Kedua-dua Belah Payudara & Posisi Yang Betul

Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

Posisi bayi dan keadaannya menyusu perlu dipastikan betul dan tepat. Cara bayi melekap dan menyedut susu dengan betul membantu otot yang menghasilkan susu akan bergerakbalas untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ini kerana, otak ‘membaca’ adanya permintaan untuk menghasilkan susu bagi memenuhi kehendak badan.

3# Stimulasi Penghasilan Susu Dengan Menggunakan Pam

Sejak hari pertama menyusu, ibu digalakkan untuk mengepam susu. Proses ini akan membantu stimulasi penghasilan susu akibat tidakbalas otot payudara yang bergerakbalas dengan urutan yang memperbanyakkan susu. Ada banyak mesin pam susu bayi di pasaran yang bagus dan mampu mengepam dengan pam. Terpulang kepada ibu-ibu untuk menggunakan mesim pam susu yang sesuai dengan keadaan badan mereka.

4# Menyusu Dengan Tenang

Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Pendek kata, kena sentiasa bersikap positif.

Paling penting, si ibu perlu mendapatkan rehat yang secukupnya setiap hari. Keletihan menyebabkan si ibu rasa tertekan.

5# Pemakanan Yang Betul

Pemakanan yang betul dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi pasti membantu penghasilan susu dengan banyak. Makanlah mengikut waktu makan yang betul dan makan makanan seimbang mengikut Piramid Makanan yang betul.

Selain itu, ibu yang menyusu sangat digalakkan meminum air suam kosong setiap hari, paling kurang sebanyak 3 liter.

Ibu juga boleh memakan makanan bijiran seperti barli yang dijadikan air sebagai satu cara membantu meningkatkan penghasilan susu badan. InsyaAllah apabila makanan yang diambil berkhasiat, penghasilan susu oleh si ibu pasti akan lebih baik dari segi kualiti dan kuantiti.

Orang-orang tua dalam masyarakat kita juga mempunyai senarai makanan yang boleh perbanyakkan susu bada seeprti:

  • cekur manis – dihancurkan dan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering
  • lobak putih – tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja atau dijadikan bahan dalam sup ikan
  • Broccoli – sumber kalsium yang baik.
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan – bukan yang dalam tin / diproses
  • Kismis- 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  • sawi – dimasak
  • bayam
  • Madu – sebagai pemanis dalam minuman
  • ikan tenggir – dijadikan sup atau dibakar
  • Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

6# Surah Al-Baqarah ayat 60

Amalkan Surah Al-Baqarah ayat 60 atau Surah Hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Al Baqarah:60

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

Boleh juga diamalkan zikir dan doa untuk perbanyakkan susu badan ibu seperti:

  1. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  2. Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  3. Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  4. Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Ibu Menyusu Perlu Lebih Kuat

Tidak semua ibu yang bernasih baik mempunyai susu badan yang banyak secara semula jadi. Kebanyakkan perlu berusaha untuk menghasilkan susu yang banyak. Jika pada peringkat awal, ibu berasa susu badan tidak mencukupi, janganlah terus berputus asa.

Perlu set di minda, menyusu badan ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat dan stabil. Ye, ada banyak khasiat penyusuan badan yang kebanyakan ibu tidak mahu ketinggalan demi kebaikan bayi.

Paling penting, yakin pada diri sendiri. Jika usaha untuk perbanyakkan susu sudah dilakukan, namun masih tidak mendapat keputusan yang baik, bolejlah dapatkan bantuan dan nasihat daripada yang lebih pakar.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *