Bulan 12 ni pastinya ibu bapa sibuk berbelanja untuk keperluan sekolah anak. Kasut, baju, seluar, alat tulis semua cantik tersusun dalam list.
Aku dan wife juga tidak ketinggalan. Dayyan akan melangkah ke Darjah 1, Danish pula akan mula belajar di preschool Little Caliph. Memang diakui, nilai ringgit yang perlu dikeluarkan bukan sedikit. Lebih 4 angka itu pasti. Belum lagi termasuk perbelanjaan lain seperti insurans, makanan tambahan untuk perkembangan minda dan badan yang lebih sihat.
Kadang terfikir, kalaulah tidak dibuat simpanan untuk tabung pendidikan anak-anak? Sesak nafas jugalah nak guna duit pendapatan bulanan sekaligus. Pasti terasa aliran duit keluar tu sangat laju. Itu belum lagi bercerita tentang kos yang diperlukan untuk anak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Hari ini saja kos ke universiti boleh tahan LEBAT. Belum lagi kira kadar inflasi dalam kos pelajaran +/- 5% setahun. Agak-agak dalam tempoh 11 tahun akan datang, berapalah kos yang diperlukan?
Boleh memohon bantuan pinjaman PTPTN atau pihak lain? Ya, boleh. Tapi pada masa akan datang, belum tentu lagi pihak berkenaan mampu untuk memberi pinjaman. Lebih-lebih lagi bila yang meminjam hari ini liat untuk bayar pinjaman mereka.
Biasiswa? Kalau BERJAYA dapat, Alhamdulillah. Harus diingat, persaingan sangat kompetitif dan layak/tidak juga bukan dibawah kawalan kita.
Aku kalau boleh, tidak mahu meminjam untuk pendidikan anak-anak. Dari preschool hingga ke peringkat universiti.
Aku & isteri mula diberi kesedaran untuk menabung dalam beberapa instrumen pelaburan untuk Pendidikan anak-anak sejak hari pertama mereka dilahirkan.
Ini perancangan kami untuk masa depan mereka.
Salah satunya, dengan menyimpan dalam Unit Trust untuk tempoh yang panjang. Dalam kes hari ini, 7 tahun kami menyimpan untuk Dayyan, sebelum kami withdraw sedikit untuk kos pengajian sekolah rendah. Baki akan dibawa ke hadapan untuk pengajian sekolah menengah dan peringkat universiti dia nanti, insyaAllah.
Selain itu, ibu bapa juga boleh menabung untuk pendidikan anak-anak di tempat-tempat lain seperti Tabung Haji, SSPN, ASW, ASB, Emas dan lain-lain. Tak kisah, asalkan menabung. Iye dak? Ikut strategi masing-masing.
Pecahkan modal ke beberapa tempat. Contohnya, 40% modal ke akaun Unit Trust, 25% ke Tabung Haji, 25% ke SSPN.
Kenapa Menyimpan di Unit Trust?
Ada dua sebab utama aku memilih instrumen pelaburan ini. Satu, sebab ianya bukan simpanan biasa. Ia juga sejenis pelaburan dengan risiko yang rendah. Ada dua cara pelabur memperoleh untung; Capital Gain & Distribution/Dividen.
Kedua, aset diakaun unit trust ini senang dicairkan. Aku boleh jual balik unit-unit pelaburan bila-bila masa, dan akan dikreditkan dalam akaun bank dalam masak 2-3 hari tanpa dikenakan kos tambahan.
Lain-lain instrumen pelaburan (hartanah, emas, stock) pula untuk objektif lain.
Jangan terkejut, jika ibu bapa yang mula menabung di dalam dana yang betul sebanyak RM300 sebulan, dari bulan pertama anak dilahirkan, akan mempunyai lebihan tunai RM130K untuk kos persediaan anak ke universiti!
Dan kami (aku dan ibu bapa yang dah bermula…) sedang menuju ke arah itu. Dan jika korang mula berfikir dan ingin membuat simpanan tabung Pendidikan anak-anak, ia satu tindakan yang bijak. Tahniah.
Kesimpulan, ya pelaburan untuk pendidikan anak sangat penting. Pelaburan untuk kesihatan mereka juga penting juga. Jadikan amalan meminum susu sejak kecil sebagai aktiviti keluarga untuk kesihatan yang berpanjangan.
teringat masa daftar aiyan ke little caliph 4 tahun dulu dalam seribu lebih, masa dia 6 tahun dekat 2ribu untuk yuran dia, nasibla kami memang ada simpanan untuk dia dari kecil kalau tak payah jugak lah.
banyak gak nak kena sediakan tu..mujurlah bijak menabung..terbaik kak