April 26, 2024

Kenapa Perlu Labur Unit Trust Secara Long Term?

Antara cabaran seorang ejen unit trust adalah untuk mendidik pelabur atau bakal pelabur tentang cara untuk tentukan matlamat pelaburan mereka. Ada yang beranggapan pelaburan di unit trust atau Saham Amanah ini adalah pelaburan jangka masa pendek (Short Term). Hari ini melabur, sudah mengharapkan keuntungan lumayan pada sebulan akan datang atau tahun berikutnya. Boleh jadi tapi itu bukanlah matlamat yang sebenarnya.

Secara asasnya, pelaburan Unit Trust berkonsepkan pelaburan jangka masa sederhana (medium term 3-5 tahun) atau jangka masa panjang (Long Term – melebihi 5 tahun).

Ada 3 Sebab Kenapa Perlu Melabur Secara Jangka Masa Panjang Dalam Unit Trust.

1# Dana Unit Trust Dilabur Ke Dalam Pasaran Saham

Unit Trust ni dilaburkan ke dalam pasaran saham syarikat-syarikat tersenarai awam seperti TNB, Telekom Malaysia, Nestle, Sime Darby, Ali Baba, Tencent, F&N dan sebagainya. Syarikat-syarikat ini adalah syarikat yang besar dan mempunyai nilai berbilion ringgit. Syarikat besar ni stabil dan kukuh. Cuma proses pengembangannya agak lambat. Ia ambil masa untuk meningkat nilainya secara signifikan. Investlah jangka panjang pasti untung besar.

Jadi, sebelum anda melabur dalam pelaburan Unit Trust, tanya diri sendiri apa objektif anda mula melabur? Jika ada melabur untuk jangka masa pendek, awal-awal tak perlu melabur dalam unit trust. Boleh melabur sendiri ke Bursa Malaysia sebagai trader, bukan investor.

2# Duit Akaun 1 KW5P Boleh Diguna Pakai.

Duit akaun 1 KW5P yang layak dilaburkan ke dalam unit trust hanya boleh dipakai dan digunakan pada umur 55 tahun sahaja. Selagi tak sampai umur 55, tak boleh dipakai dan dikeluarkan. Jadi invest duit akaun 1 KW5P sehingga umur 55 pasti menjana keuntungan yang besar dan membantu bersara dengan selesa.

Bagi memulakan pelaburan uniti trust jika anda mempunyai sejumlah wang yang banyak dan tidak digunakan dalam masa terdekat, anda boleh pertimbangkan untuk melabur secara lump sum. Sebaliknya jika anda lebih selesa dengan pelaburan tetap secara bulanan maka potongan bulanan dari gaji atau potongan setiap 3 bulan mealui KWSP adalah pilihan terbaik untuk anda.

pelaburan jangka masa panjang

3# Pulangan Besar Dalam Jangka Masa Panjang.

Macam pasaran saham juga, kena beri masa 3-5 tahun juga paling sekejap. Baru namanya pelaburan. Naik turun harga unit dalam unit trust adalah biasa sama juga seperti naik turun harga saham namun jauh kurang agresif berbanding saham selain risiko melabur dalam unit amanah jauh lebih rendah berbanding melabur saham. Melainkan jadi seorang trader. Setiap masa mengadap monitor untuk monitor pergerakan harga.

Untuk unit trust bila ada caj jualan 5.5%. Misal contoh, beri modal 10 ribu. Tapi lepas tolak kos jualan, tinggal RM 9,479 yang dilaburkan. Dari RM 9,479, nak breakeven fund tu naik harga sehingga ~5.8% baru jadi balik RM 10 ribu.

Kenaikan 5.8% tu tak dapat berlaku sekelip mata. Mungkin 1 tahun, mungkin 2 tahun. Dalam pasaran menaik (bull market) maka selalunya kenaikan lebih cepat berbanding pasaran menurun (bear market). Kalau tanya apa situasi hari ini (Nov 2019), memang aku cakap market tak berapa best. Jadi kena sabar.

Unit Trust terbukti memberikan pulangan yang sangat besar jika dilaburkan secara jangka masa panjang.

Pelaburan seumpama menanam pokok. Hari ini kita tanam, bukan nak dapat buahnya esok lusa. Ia akan makan masa tertentu untuk mendapat buahnya. Dan dalam tempoh itu, pokok yang kita tanam perlu selalu siram, baca, dan mungkin juga perlu cantas dahan dan ranting yang tidak elok. Ia supaya pokok sentiasa subur dengan buah-buahan.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Kenapa Perlu Labur Unit Trust Secara Long Term?

Leave a Reply to Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak – JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *