March 19, 2024

Bro, Ok Tak Performance Unit Trust?

“Macam mana performance unit trust kau sekarang ni bro? Aku punya teruk la..”

Rasanya bukan aku sahaja yang selalu dapat soalan sebegini, ejen unit trust lain pun pasti selalu ditanya. Biasanya pelabur di bawah seliaan ejen lain yang bertanya soalan sebegini. Kami yang menerima pastinya tiada jawapan yang pasti. Banyak faktor yang yang menentukan ketidaksamaan performance atau prestasi semasa dalam pelaburan unit trust.

Ejen yang memahami pasti senyum saja kan. Pada aku, pelabur ini masih belum memahami sepenuhnya. Sama ada ejen yang menguruskan akaun pelabur ini tidak educate atau pelabur itu sendiri tidak cakna tentang ilmu pelaburan unit trust. Bagi aku sendiri, aku lebih suka mendidik (educate) para pelabur aku supaya mereka lebih faham tentang selok belok dan permainan unit trust ini.

Biasanya, aku akan jawab persoalan mereka dengan 4 jawapan ini:

1# Dalam Malaysia saja, ada baaaanyak kompeni unit trust. Setiap kompeni, performance lain-lain, tak sama.

2# Dalam kompeni saja, ada baaaanyak dana unit trust. Performance dana-dana ini pun berbeza, tak sama.

3# Dalam dana ini, masa pelaburan juga berbeza. Ada yang berani labur, bila harga rendah. Bila harga tinggi, dia untung. Bila harga jatuh lagi, dia top up lagi. Bila harga melonjak, dia untung. Berani dengan tak nak beli unit sajer.

4# Dalam 3-3 kat atas ni, strategi/cara setiap pelabur juga berbeza, hasilnya pasti tak sama. Ada yang beli unit sekali beli saja. Then peram. Ada yang membeli tiap-tiap bulan dgn strategi aim nak averagekan harga unit serendah mungkin. Ada yang takut nak beli masa harga murah, tapi terbeli bila harga dah naik. Ada yang bijak mendiversifikasi portfolio. Dan lain-lain..

Argh macam-macamlah..mana boleh share belaka kat sini.

Cukup 4 jawapan ini aku dahulukan kepada persoalanan performance unit trusut.

Untuk ilmu yang lebih mendalam. biasanya aku ajak dia lepak. Aku review portfolio mereka dan terangkan satu per satu. Tak kisahlah pelabur itu di bawaj seliaan aku atau tidak. Jika ejen dia tidak mendidik, insyaAllah aku lebih suka mendidik sampai dia faham. Bila dah faham tu, faham-fahamlah. Lebih elok teruskan melabur atau park sahaja portfolio di bawah seliaan aku.

Tapi ada gak yang buat-buat faham. Takpelah. Janji tanggungjawab aku setel.

Ada gak yang cakap menda ni menipu. Dia dah labur 10 tahun yang lepas. Tapi untung seratus jer.

Aku senyum lagi. Rileks bang. Itu portfolio abang. Portfolio di bawah ejen-ejen lain belum tentu untung banyak tu jer.

Ini perkongsiaan portfolio di bawah seliaan aku. Ada pelabur aku yang buka akaun 6 bulan lepas, hari ni dah dapat return +/- 9%. Ini baru 1 dana dia. Belum tunjuk dana dia yang lain-lain lagi. Macam mana nak dapat hasil sebegini? Senang saja. Fahami dana dan melaburlah pada masa yang sesuai.

Dipendekkan cerita, pada sesiapa yang ingin mula melabur dan mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit trust ini, jangan segan-segan hubungi aku. Aku tungguuuu….!

Untuk pemahaman asas tentang Unit Trust, bolehlah baca artikel di bawah ini:

  1. https://jmr23.com/2019/11/kenapa-perlu-labur-unit-trust-secara-long-term/
  2. https://jmr23.com/2017/09/12-sebab-pelaburan-unit-trust-perlu-menjadi-pilihan/
  3. https://jmr23.com/2019/10/berapa-modal-minimum-untuk-mula-pelaburan-unit-trust/

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *