PULANGAN DIVIDEN ASB TAHUN 2017 8.25 SEN BAGI TAHUN 2017.
Ramai yang tersenyum lebar pada petang ini, terutama pelabur yang selama ini setia melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Rezeki di hujung tahun melalui ASB. Pengumuman daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB); Dividen ASB 7.00 sen sesaham dan Bonus 0.25 sen sesaham. Pada tahun ini juga, Bonus Khas Ulang Tahun PNB ke-40 sebanyak 1.00 sesaham bagi ASB. (Note: Bonus Khas ini hanya terhad kepada peganagan sebanyak 10,000 unit pertama sahaja)
JUMLAH PULANGAN ASB 2017 = 8.25 SEN SESAHAM.
Ini menjadikan jumlah pulangan ASB sebanyak 8.25 sen sesaham bagi tahun 2017, peningkatan 12.00% berbanding jumlah pulangan tahun lalu. Patut disyukuri dengan jumlah ini untuk Capital Protected Fund.
Pelabur ASB akan mula menerima bayaran pada 1 Januari 2018. Bonus Ulang Tahun Khas pula akan dikreditkan pada 1 Mac 2018.
HUKUM ‘HARUS’ MELABUR DALAM ASB.
PNB juga turut mengumumkan, ASB sebagai satu dana pelaburan negara berjaya memperoleh status hukum ‘HARUS’ bagi orang Islam dalam semua unit pelaburannya daripada kesemua negeri di Malaysia pada tahun ini.
Alhamdulillah.
Selepas ini, dah tak de sebab untuk kita semua tidak melakukan sebarang pelaburan. Kalau tak nak ambil risiko melabur di Bursa Saham Malaysia, atau pun tak tahu cara melabur dalam Unit Amanah, melaburlah dalam ASB. Ini pun salah satu pelaburan Unit Amanah juga, cuma ianya sedikit berbeza. Yang penting, kena melabur selepas menyimpan!
3 Sebab Kenapa Perlu Melabur Dalam Amanah Saham?
#1 Gandakan Simpanan
Mungkin ada yang tidak sedar perbezaan menyimpan di dalam Akaun Simpanan (bank konvensioanl) dan Akaun Pelaburan (ASB, Public Mutual, CDS). Beza ketara yang aku boleh bagi di sini seperti berikut;
- Menyimpan RM1000 di Akaun Simpanan Maybank selama 5 tahun (tanpa pengeluaran & tambahan), jumlah terakhir yang ada dalam akaun itu mungkin sebanyak RM1005.
- Menyimpan RM1000 di Akaun Pelaburan ASB/Public Mutual selama 5 tahun (tanpa pengeluran & tambahan), jumlah terakhir yang ada di dalam akaun itu ialah, insyaAllah sebanyak RM1050 atau lebih….
Ada beratus dana amanah saham patuh syariah yang korang boleh nikmati hasil gandaan duit..
#2 Untuk Yang Tersayang Di Masa Hadapan
Harus sentiasa diingat, nilai RM1000 pada hari tidak akan sama nilai dengan nilai RM1000 pada 5 tahun akan datang.
#3 Nikmat “The Magic of Compounding “
Mungkin ada yang tidak tahu, sebab #1 adalah nikmat yang kita kecapi daripada The Magic of Compounding. Daripada duit buat duit seterusnya! Nak lebih berkesan, jangan dikeluarkan dividen yang diperolehi pada setiap tahun. Biarkan ia beranak-pinak di dalam akaun pelaburan sehingga sampai ke jumlah yang kita kehendaki.
Tidak mustahil untuk mengumpul sebanyak mana yang diperlukan untuk kegunaan anak masuk Universiti pada 18 tahun akan datang. Tanpa mengharapkan sebarang pinjaman PTPTN.. 🙂
Kalau dengan dividen 8% ++ ASB pun dah HAPPY GILERRR , mesti LAGI HAPY GILERRR kalau boleh buat return lebih lagi dengan DIVIDEN + CAPITAL GAIN bila labur dalam UNIT TRUST kan?
Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana
Tak kisah beratur panjang masa kemaskini buku ASB, sebab ia memang berbaloi.
Alhamdulillah, nasib baik ada juga simpanan sikit dekat sini.
simpan sikit sini..simpan sikit dengan tabung haji..hah gitu..hehee..bila dengr mcm ni memnag senyum..hehe
Wah memang tersenyum panjang lah sebab pulangannya lumayan tu
Kalau ikut kan kajian
ramai yang keluarkan duit dari kwsp ke skim pelaburan swasta rugi
ASB lebih baik sebab ada jaminan kerajaan
ASB & Amanah saham nampak sama tetapi berbeza. Ramai yg rugi sebab tersalah pilih fund, tetapi ramai yang lagi untung dalam jangka masa yg panjang sebab sabar..hehe
ASB pula, hari ni masuk RM100, esok boleh dikeluarkan dengan nilai yang sama. Saham amanah lain hari ni masuk RM100, esok kalau dikeluarkan, konfem jumlah berkurangan. Kena tahu sebabnya.
Sama macam pelaburan saham di Bursa. Berapa ramai yang rugi dengan cepat. Dan berapa ramai juga yang buat untung drp Bursa Saham.
Setiap instrumen pelaburan ada risiko & award masing-masing. Kena ada ILMU.:-)
Ibu pun pernah masuk dalam public mutual
Masa masuk tu harga sedang jatuh
Biarkan dalam 3 tahun
Naik 50%
Makanya setahun naik 25%
Mana nak dapat kat ASB kan
Cuma betul lah macam tuan JMR kata
Semua kena ada ilmu
Tak boleh ikut je
Bahaya
Rasanya nak kembali ke ASB lah . Kena start melabur semula haha
hehe masih belum terlambat kan..
Tuan ada melabur juga ke? tahniah bisa tersenyum juga, btw lama tak terjah blog ini ada template baru , fast load dan fresh
Alhamdulillah..adalah sedikit di bakul ASb..
Alhamdulillah. Rezeki tak keluarkan duit simpanan dalam ASB selama ni. Yeay, dapat extra bonus tahun ni.
Salah satu benda yg ditunggu2 setiap tahun. Lepas tu tak sabar nak update buku (skrg dh xde buku kan) nk tgk berapa ada dlm simpanan. Tinggi dividen tahun ni. Tak rugi melabur dlm asb =)
Is a good investment in ASB. The dividen is high this year.
ASB antara oelaburan terbaik utk semua… teruskan menabung utk masa depan
adlah juga simpanan kat asb///tiap tahun masuk sikit2 biar membiak hehehehehe
Waktu tak melabur la dividends tinggi haaaa. Tapi takpe. Baik yang ada tu bleh le tengok. Kot kot beranak. Hahahaa
Sy nk kena study lh pasal asb nie. Bila tengok semua org post pasal benda nie, sy blank x tahu apa2. Nak cuba jugak melabur lh next year
wow.. good info here
mujur dah ada akaun ASB nih , banyak jugak manfaatnya
Alhamdulillah.. rezeki untuk para pelabur ASB..
Alhamdulillah. Kami memang menyimpan duit untuk anak2 di asb, setiap seorang nilai simpanan 5angka untuk setahun. Anak 4 orang, kira berapa haha. Alhamdulillah rezeki lebih. Anak lg bnyk simpanan dari ibu ni acane ni hehehe. Takpa anak lagi perlu, simpan utk masa depan, esok sekolah xpayah dh buat loan pendidikan.
Menyimpan dalam keadaan ekonomi tak menentu
dan ramai pula buat promosi nak galakkan kita keluarkan duit
Alhamdulillah.. Keuntungan bersama untuk faedah masa depan juga kan. ?
Tak melabur dalam ASB. Beli emas 1g tiap bulan sebagai force savings.
Alhamdulillah syukur…. ada simpanan untuk masa depan dan keluarga “ada Bonus Khas Ulang tahun tu ….
bagus juga kalau melabur di sini, ramai hartanah sarankan simpan duit di sini kalau nak beli rumah
Nampak semakin meningkat. Lepas ni boleh tambah pelaburan lagilah.
fiuuu bila baca pulangan dividen dah sebanyak tu… rasa macam bersemangat nak melabur semula je dalam ASB.
Alhamdulillah.. seronok dengar.. nanti nak kena check akain ASB lah camni.. dah lama tak jenguk.. haha
Rawlins kayo!
Alhamdulilah sebab ada la menyimpan sikit. Memang bagus jika banyak menyimpan dan melabur kan.
wow, boleh tahan cantik tapi haritu I dah keluarkan diuit ASB bayar depo rumah hehehe, tahun depan nak kena menyimpan balik ni
Akak ni duit raya anak2 semua letak kat ASB je..
Lega bila tau hukum dia harus. Sebelum ni kecoh kata ada unsur was2. Alhamdulillah. Dividen pun makin naik.
Alhamdulillah, berbaloi juga melabur di ASB. Melabur untuk keperluan anak-anak di masa hadapan.
Alhamdulilah tersenyum bila dapat dividen asb naik hihihihi.. Lama dah x ambik bonus duk simpan jer.. Hihihihihi..
Yeah! Alhamdulillah rezeki lebih tahun ni.
Gila tak senyum…siap ramai yg kata kewangan Malaysia dah kukuh..hahaha…papepun..jangan lupa zakat lepas dpt dividend tuu..hehe
Syukur alhamdulilah banyak jugak dividen tahun ni. Nasib baik ada sikit simpan guna myasb hari tu
Alhamdulillah rezeki bro di hujung tahun ni kan
Kalau tak melabur, wang bakal melebur kepada perkara-perkara yang tak berfaedah.
Betul tu..kalau wang yg ada terlebur sahaja takpe..lagi parah kalau ter’berhutang’..