March 31, 2020

Tips Paling Best Bila Melabur Dalam Unit Trust.

Kebanyakan kaki-kaki pelabur menjadikan pakar pelaburan Warren Buffet sebagai idola mereka. Apa yang Warren Buffet cakap, mereka catit dan kongsikan. Tapi tak ramai yang berani ikut.

Contohnya, Warren Buffet pernah menyatakan:

“Be Greedy When Others Are Fearful” &
“Be Fearful When Others Are Greedy”

Apakah maksud kenyataan ini?

Bila orang akan takut? Apa yang menyebabkan orang takut tentang pelaburan?

Orang akan takut bila nilai pelaburan mereka jatuh. Waktu harga & nilai pelaburan jatuh adalah masa terbaik untuk tambah investment. Sebab harga tengah murah. 

Macam kalau kita gi shopping mall ada diskaun hebat. Sudah pasti kita akan beli sebab dapat jimat. Sama macam pelaburan. Ada naik turunnya. Bila turun waktu tu ada diskaun & masa terbaik untuk tambah pelaburan.

Tambah investment pada harga rendah atau jatuh memberikan kelebihan buat pelabur untuk tambah bilangan unit pada harga yang lebih rendah & pada masa sama dapat menurunkan kos pelaburan pelabur. Ya, kita baca kita faham tapi belum tentu lagi kita berani tambah investment pada waktu sebegitu.

Ussah takut dengan harga jatuh. Ia adalah sesuatu yang positif dan bagus.

Jadi bila orang takut dengan kejatuhan harga, pelabur yang bijak akan jadi tamak dengan invest more & kumpul lebih banyak unit.

Bila orang jadi tamak?

Orang jadi tamak bila harga pelaburan meningkat. Waktu ini orang akan tambah investment. Ini satu cara & strategi yang salah sama sekali. Bila harga pelaburan meningkat, kalau kita tambah investment ia hanya akan meningkatkan kos pelaburan kita dan dapat sedikit unit.

Jadi waktu orang tamak, pelabur yang bijak akan jadi takut.

Nampak kan tips labur unit trust yang cuba disampaikan di sini? Invest more bila harga rendah & hold bila harga tengah naik.

Fokus kepada masa menuai, kumpul lebih banyak unit terutamanya waktu rendah & kurangkan kos pelaburan.

What goes down will definitely go up
What goes up will definitely go down

Kepada sesiapa yang nak melabur dalam instrumen pelaburan rendah risiko ini, boleh hubungi Ejen Jamar-017-2101282 untuk mengetahui lebih lanjut 🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tips Paling Best Bila Melabur Dalam Unit Trust.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *