Kedai Roti Canai Kayu Arang yang terletak di Bachang, Melaka ini pernah menjadi makanan viral di Melaka. Viralnya dua tiga tahun yang lepas tak silap aku. Jadi, dalam pemikiran aku, konsep makanan viral ini hanyalah bermusim sahaja. Habis musim, dah tak ramailah peminatnya. Dah tak perlu beratur panjang jika teringin makan roti canai viral ni.
Tetapi, sangkaan aku meleset. Kedai Roti Canai Kayu Arang Melaka ini etap mencuri tumpuan dan dah ada peminatnya tersendiri. Tak silap aku, ini satu-satunya kedai yang menyediakan roti canai menggunakan dapur arang, eh ke ada lagi kedai lain yang guna konsep sama?
Jam 7.30 pagi, kedai dah mulai sesak dan barisan untuk ambil pesanan “take away” juga bukan main panjang. Mujur semasa ke sana pada minggu lepas, kami tiba di kedai jam 7.15 pagi! Terima kasih kepada WAZE yang bagi kerjasama yang amat baik. Sewaktu tiba, alhamdulillah masih ada kerusi meja kosong untuk kami, tapi kalau kami tiba lewat 10 minit, alamaknya, menunggulah untuk dapat kerus dan meja makan.
Memandangkan kami tiba awal dan dapur pun masih belum panas, layan dulu kuih-muih tradisional yang ada di sini. Ada donut, kasuwi, ada roti jala, karipap, kuih lapis dan macam-macam lagi. Nak makan nasi lemak dengan aneka lauk-pauk pun ada.
Ah menu-menu lain tu aku boleh dapati di tempat lain, tapi bila tiba di sini, wajiblah pesan roti canai kayu arang kan! Selepas seketika duduk di tempat kami, barulah pekerja datang untuk ambil pesanan. Oh ye, awal tiba aku ada terbaca notis meminta pelanggan banyak-banyak bersabar sekiranya pesanan mereka mengambil masa yang lama untuk disediakan. Jadi, aku dah tetapkan tahap kesabaran aku di level yang lebih tinggi. Yela, aku ada terbaca review pelanggan ni cakap, masa menunggu tu boleh jadi sehingga 2 jam!hahah..
Tapi alhamdulillah, urusan pesanan kami dipermudahkan. Tak de lah terlalu lama menunggu, juga tak cepat sangat.
Menu Roti Canai Kayu Arang Melaka.
Sambil-sambil menunggu roti canai kayu arang kami tiba, aku isi perut dulu dengan roti jala kari ayam ni. Nampak sedap kan. Serius, sangat sedap weh! 4 ketul tu tak cukup, tapi memandangkan aku dah pesan bilangan roti canai melebihi ahli keluarga aku, is ok. Roti jala ni pun boleh dijumpai di tempat lain juga kan..hehe..
Terbaik sangat roti tampal dangdut ni. Aku sangkakan, hanya tampal dengan sebiji telur ayam. Tapi dua biji! Telur tu pula dimasak elok, goyang-goyang gitu. Bila dipecahkan, mengalirla aliran lava kuning telur. Fuh..ini memang feveret aku. Sedap sangat hoiii.
Beza Roti Canai Kayu Arang Dengan Roti Canai Biasa?
Jangan tanya aku soalan ini, sebab bagi aku, tak de beza rasa pun..sedikit beza tang roti tampal dangdut..hahaha..tapi bagi Dayyan dan Danish, ada juga komplen pasal bau asap di roti canai..hahah..tapi masing-masing setelkan juga roti telur tu kan hahah..
Harga Roti Canai Kayu Arang
Harga makanan di Kedai Makan Roti Canai Kayu Arang ni berbaloi ke tak? Roti canai tampal dangdut 2, Roti Canai Telur 2, Roti Canai Kosong 2, Roti Jala Kari Ayam 4 ketul, donut etc 5 biji, Neskepi Tarik dan Teh Ais, jumlah yang dibayar ialah RM19.50. Roti tampal tu bukan sebiji telur ye, tapi 2 biji.
Pada aku, harga ni sangat berbaloi dengan kualiti makanan yang ditawarkan di sini. Cuma tulah, kalau korang kena menunggu lama, harga masa kena kira lain pula la kan heheh..
aroma roti tu memang lain macam kalau guna arang. teringin plak nak satu
ye, kat sini antara beza dengan roti canai biasa..
Perghh..dekat termerloh ada jugak satu macam ni. Tapi bukan roti canai, tapi roti bakar. Ada macam-macam warna. Sedap jugak
Roti bakar dibakar dengan kayu arang? Mesti sedap juga kan
Kita duk mlka pun xpernah cuba lagi hihi.. mcm best je tu, nk kne g jgak nih..
kena cuba la nanti kan..datang awal tau klaau tak nam Q panjang hehe
Dia punya tempat bakar kayu, guna kawah kenduri! Tapi saya anggap kayu api hanya gimik berniaga, rasa rotinya sama je dengan dapur gas.
rasa dia lain sket bang. Rasa asap kayu arang! hehe