March 19, 2024

Cara Semak Kelayakan KW$P Untuk Melabur Unit Trust

Kebiasaannya, sebelum berbincang dengan lebih lanjut tentang pelaburan dengan bakal pelabur, aku akan minta beliau menyemak terlebih dahulu kelayakan melabur menggunakan akaun caruman KW$P. Bukan apa, selain untuk melancarkan proses melabur, ianya salah satu cara untuk menentukan hala tuju dan matlamat pelaburan pelabur.

Sekiranya selepas menyemak kelayakan melabur dan didapati bakal pelabur tidak layak melabur menggunakan akaun caruman ini, aku boleh mencadangkan kepadanya strategi lain seperti melabur di dalam unit trust menggunakan tunai bulanan. Kalau nak tahu, ada pelbagai cara untuk melabur di dalam unit trust ini.

Jadi, bagaimana cara untuk menyemak kelayakan melabur menggunakan akaun 1 KW$P ini?

Aku biasanya menggunakan 2 cara untuk menyemak kelayakan bakal pelabur.

Pertama, jika pelabur tidak mengetahui cara untuk menggunakan website KW$P untuk menyemak kelayakan, aku akan minta beliau untuk menyemak baki terkini akaun 1 KW$P. Untuk makluman, hanya akaun 1 KW$P sahaja dibenarkan untuk pengeluaran pelaburan unit trust. Akaun 2 untu urusan lain seperti pembelian rumah, pendidikan dan sebagainya.

Apabila mengetahui baki akaun 1, barulah aku akan mengira menggunakan formula di bawah ini:

Kelayakan melabur = (Baki Akaun 1 – Basic Savings) x 30%

Basic Savings tu pula akan dirujuk kepada jadual di bawah berdasarkan umur terkini pelabur.

Jadual EPF Basic Savings

Pelabur layak melabur sekiranya hasil pengiraan menggunakan formula di atas melebihi RM1000. Sekiranya tidak mencapai nilai minimum tersebut, pelabur dikira tidak layak melabur.

Bagi bakal pelabur yang biasa menggunakan website KW$P, boleh terus menyemak kelayakan melabur menggunakan langkah-langkah seperti di bawah.

Login ke Portal KWSP

Pertama sekali, kau orang kenalah login ke portal KWSP. Bagi mereka yang kali pertama nak login, kena mendaftar terlebih dulu di mana-mana mesin kiosk KW$P atau hubungi terus KW$P untuk aktifkan pendaftaran online.

Paparan untuk menyemak baki terkini akaun 1 dan akaun 2.

Selepas login, klik WITHDRAWAL.

Klik CALCULATOR.

Isikan umur anda tahun ni (kalau belum sampai tarikh lahir lagi tahun ni, boleh masuk umur kurang setahun).

Klik CALCULATE . Akan terpampang jumlah yang boleh anda laburkan.

Dah layak melabur ?

Alhamdulillah, sekiranya layak, pelabur dan boleh bersedia untuk menjadi pelabur unit trust. Oh ye, sebelum itu, kau orang pasti mengalami kesulitan untuk menentukan dana-dana yang boleh dan patut dibelikan?

Ada beratus-ratus dana di dalam pasaran unit trust di Malaysia in. Tentu pening untuk menentukan yang terbaik kan? Kalau tersilap beli, jawabnya rugilah kan.

Di sinilah bakal pelabur memerlukan khidmat ejen unit trust yang terlatih untuk mendapatkan nasihat mereka. Memandangkan kau orang dah berada di ruangan ini, boleh sahaja hubungi JMR – 017-2101282 untuk mula melabur hari ini.

Tak perlu sediakan sebarang wang tunai, hanya perlu sediakan ibu jari untuk diturunkan pada borang permohonan pengeluaran sahaja. Senang!

Oh ye, kepada sesiapa yang masih belum mengetahui apa itu unit trust, bolehlah merujuk di post tentang unit trust ini ye.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Cara Semak Kelayakan KW$P Untuk Melabur Unit Trust

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *