October 12, 2024

12 Sebab Pelaburan Unit Trust Perlu Menjadi Pilihan.

Aku ada berkongsikan Tips Kumpul RM100,000 untuk persediaan anak melanjutkan ke Universiti sebelum ini. Alhamdulillah, ramai yang memberikan respon positif dan bersemangat untuk mula menyimpan. Ada juga yang Whatsapp aku bertanyakan tentang Unit Trust dengan lebih lanjut.

Aku sebenarnya lebih suka menerangkan lebih lanjut lagi melalui sesi empat mata. Lebih mesra dan terus menyelami ke lubuk hati orang kata :-p

Tetapi OK gak kalau aku intro kat blog ini juga kan.

Rupanya masih ramai yang tidak sedar tentang potensi dan kelebihan melabur dalam unit trust. Kurangnya pendedahan tentang unit trust atau sikap tidak ambil tahu tentang instrumen pelaburan yang berpotensi tinggi ini mungkin menjadi sebab kepada isu ini.

Aku terpanggil untuk berkongsi tentang potensi & kelebihan simpanan unit trust kepada korang semua.

Kenapa kita perlu consider UNIT TRUST sebagai salah satu platform pelaburan kita?

12 Sebab Pelaburan Unit Trust Perlu Menjadi Pilihan.

#1 Dijamin Selamat Dan Sah di Sisi Undang-undang

Pelaburan unit trust bukanlah Skim Cepat Kaya atau dijamin untung 100% sepanjang masa. Dokumentasi yang lengkap diperlukan sebelum pelabur dapat memulakan pelaburan mereka dengan setiap syarikat unit trust di Malaysia. Syarikat unit trust ini pula dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jadi ianya selamat.

#2 Rendah Risiko, Tinggi Pulangan

Unit Trust memberikan 2 bentuk pulangan iaitu “Dividen” & “Capital Gain”. Ini menjadikan potensi pulangan unit trust sekitar 8%-12% setahun secara purata. Pemilihan dana terbaik amat penting untuk memastikan pulanga yang diperolehi mengikut perancangan awal.

#3 Patuh Syariah

Dana unit trust 100% patuh syariah kerana ianya dipantau & dinilai oleh Jawatankuasa Syariah yang dianggotai oleh pakar agama. Sebelum memilih dana yang sesuai dan berpotensi tinggi, biasanya Unit Trust Consultant (UTC) akan mencadangkan hanya dana patuh syariah. Keberkatan dalam mencari rezeki harus dijaga juga.

#4 Proses buka akaun yang mudah

Untuk membuka akaun unit trust, pelabur perlu hubungi UTC berlesen seperti JMR untuk buka akaun unit trust samada melalui akaun 1 KW$P, Regular Savings atau Lump Sum Cash.

Hanya salinan kad pengenalan, sign & cop jari (Acc 1) diperlukan. Simple.

Satu borang penilaian individu perlu diisi untuk memastikan bakal pelabur mempunyai kefahaman dan memahami setiap risiko sebelum memulakan pelaburan.

#5 Tidak Memerlukan Kemahiran Tinggi Dalam Pelaburan

Saham amanah tidak sama dengan pelaburan di Bursa Saham yang memerlukan kemahiran analisis teknikal dan fundamental yang tinggi. Pelabur unit trust tidak perlu mempunyai pengetahuan pelaburan dan kewangan untuk melabur sebab ianya diuruskan oleh pakar pelaburan a.k.a Fund Manager.

Dana unit trust diuruskan oleh pakar pelaburan dan kewangan yang bertauliah & berpengalaman luas. Yang perlu pelabur lakukan ialah sentiasa berbincang dan mendapatkan input tentang status terkini pelaburan korang.

Tak perlu pening kepala untuk memikirkan entry&exit price.. Serahkan sahaja kepada yang pakar, bersabar dan kira keuntungan, insyaAllah.

#6 Boleh Dikeluarkan Pada Bila-bila Masa

Objektif utama pelaburan unit trust adalah untuk dilaburkan dalam jangka masa yang sederhana (3-5 tahun) atau panjang (lebih 5 tahun). Tetapi ini tidak bermakna duit yang dilaburkan itu tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh masa tersebut Duit yang disimpan dalam unit trust boleh keluarkan bila-bila masa sahaja.

#7 Perlindungan Takaful

Ada sesetengah dana unit trust mempunyai perlindungan takaful PERCUMA sehingga RM100,000 untuk manfaat kematian & hilang upaya kekal. Duit simpanan dapat. Duit pampasan pun dapat.

#8 Pendedahan Yang Luas

Pelabur unit trust berpeluang untuk mendedahkan duit mereka ke dalam pelbagai sektor perniagaan seperti Telekomunikasi, Hartanah, Pertanian, Perkilangan, Oil & Gas dan sebagainya. Sama seperti pelaburan di Bursa Saham. Bezanya, pelaburan unit trust akan diuruskan oleh fund manager yang berpengalaman. Mereka akan menentukan dana-dana ini akan dilaburkan di kaunter-kaunter yang berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Ini dapat mengoptimakan pulangan & keuntungan kepada pelabur unit trust.

#9 Ketenangan Fikiran

Jika berlaku kegagalan syarikat pengurusan unit trust, duit pelabur unit trust selamat kerana dilindungi oleh Trustees (syarikat amanah) sebagai pemegang amanah.

#10 Pengiraan pulangan yang telus

Pulangan yang diperolehi oleh setiap pelabur adalah telus & saksama kerana pengiraan pulangan (dividen & capital gain) diaudit oleh syarikat audit luaran. Setiap pelabur akan dibekalkan dengan penyata untuk memantau sendiri perkembangan terkini pelaburan mereka. Kalau tak faham, boleh berdiskusi dengan UTC masing-masing untuk menyelesaikan permasalahan korang.

#11 Boleh Diwarisi

Jika berlaku kematian, duit dalam unit trust boleh diwariskan kepada penama. Pelabur perlu buat penamaan dengan mengisi borang “Trust Nomination”. Penama boleh keluarkan duit dari akaun unit trust jika berlaku kematian pelabur.

#12 Semak Penyata Secara Online

Seiring dengan era digital, pelabur unit trust boleh check & lihat penyata unit trust secara online melalui portal dinamakan “Public Mutual Online”. Boleh diakses melalui semua device. Laptop, PC & Smartphone.

Aku harap, artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit trust/ saham amanah.

Tak cukup info & ingin mula melabur dalam Unit Trust; mehlah Whatsapp 017-2101282.

🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

36 thoughts on “12 Sebab Pelaburan Unit Trust Perlu Menjadi Pilihan.

    1. insyaAllah sesuai. Boleh guna method bulanan. Lagi awal bermula, lagi bagus untuk kegunaan masa depan. Boleh hubungi kami utk maklumat lanjut ye

  1. thank you sharing this info ! Memang kami dah simpan dalam ASB dulu masuk RM3K lepas tu lama juga simpan dalam tu banyak dividen nya paling best duit dividen tu guna untuk bayar deposit rumah, Alhamdulillah, this year nak buat simpanan lagi guna duit bonus, Insha Allah semoga dapat lah.. saving accounts pula kalau banyak tu memang tinggal sikit je sebab dok keluar kan je kan huhuh

  2. It is depend which unit trust that we going to buy. Some are high risk and some are low risk. I prefer stable and low risk.

  3. Dari dulu teringin nk melabur (tp bukan yg MLM punya) tp xterbuat-buat sbb takut and x tahu mna nk mula. Bila baca nie rasa mudah betul. Kira mcm insurans diri pon ada kan laburan nie ? Sbb siap ada perlindungan bagai. Bagus betul !

  4. Ini konsep simpan pada satu harga yg tetap pas tu tutup mata kan..then nak tambah berapa dalam sebulan terpulang..ye tak? Kena betul2 fikir dan nekad kalau nak invest..correct me if i’m wrong dan kena bijak memilih ..

    1. Basically macam tu la SA. tapi kita ada ejen UT utk bg advice nak invest dalam fund mana satu. Kalau berminat nak mbermula, boleh kontek JMR 🙂

  5. Masih belum ada duit terlebih utk melabur dlm unit trust..dn mayb belum ada keberanian dn kefahaman lagi bab2 unit trust ni..so utk masa dpn letak kat asb dn saving insurance je buat masa skrg

  6. Dari dulu minat sangat nak tau pasal unit trust ni sebab memang boleh duit kan. Tapi hingga kini, tak pernah lagi sertai.
    Terima kasih di atas perkongsian ni.

    1. Diversify la ke Unit Trust sikit abam..RM1000 utk start..pastu nak simpan serendah RM100/mth pun boleh..simpan&tutup mata konsepnya hehe

  7. sebelum melabur perlu untuk mencari pedoman dan ulasan terpercaya seperti ini jangan sampai menyesal nantinya memilih sesuatu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *