October 6, 2024

Rugi Dalam Pelaburan Unit Trust. Ini 3 Sebab Utama.

Ramai pelabur Unit Trust cemas apabila harga unit mereka jatuh. Lebih parah apabila ada yang panik dan terus bertindak menjual unit mereka tanpa berfikir panjang. Sebenarnya ini adalah tindakan yang kurang betul.

Satu perbezaan dan kelebihan melabur dalam unit trust berbanding instrumen pelaburan lain adalah pelabur mempunyai ejen/Unit Trust Consuktant mereka sendiri. Sebaiknya, berbincang dengan ejen terlebih dahulu.

Kenal pasti kenapa unit anda berada dalam keadaan RUGI. Berbincang bersama dan minta nasihat atau pilihan tindakan yang ada daripada ejen anda. Mungkinkah unit pegangan anda berada dalam kedudukan rugi untuk jangka masa pendek?

Jika ditanya kenapa unit trust pilihan boleh rugi, aku pasti berfikir panjang untuk menjawab. Bukan sebab tak tahu jawapan, tapi perlu kenalpasti atau kaji unit pegangan itu terlebih dahulu. 3 sebab di bawah ini adalah sebab yang biasa menjadi punca kerugian unit trust pelabur:

1# Cara Pemilihan Dana Unit Trust Yang Salah.

Terdapat lebih 100 dana unit trust yang boleh dipilih dalam pasaran. Consultant unit trust perlu tahu cara memilih dana unit trust yang betul. Malangnya tak semua consultant unit trust tahu pilih dana yang betul. Kebanyakan consultant unit trust hanya berharap saranan dana yang dicadangkan oleh leader mereka @ dalam group mereka tanpa melengkapkan diri mereka dengan skill teknikal pemilihan dana yang betul.

Aku dan team memilih dana berdasarkan prinsip dana terbaik adalah dana yang mempunyai pulangan tinggi tapi carry risiko yang lebih rendah. Inilah dana terbaik. Dana2 ini boleh dikenalpasti menggunakan teknik analytics.

2# Tak Buat Analisa Sebelum Penambahan Investment Dibuat.

Kebanyakan consultant tak buat analisa @ simulasi harga sebelum penambahan invesment dibuat. Kesannya kos per unit client meningkat dan menjadi tinggi. Bila kos per unit tinggi dari nilai semasa maka kerugian berlaku.

Sebelum penambahan investment dibuat, aku akan buat pricing analysis dan simulation terlebih dahulu. Jika penambahan dapat merendahkan kos per unit maka penambahan investment akan dibuat pada dana client itu. Jadi kos per unit client dapat direndahkan seminima mungkin dan memberikan client untung & ROI yang lebih besar.

3# Tak Buat Lock Profit.

Ini ramai consultant tak buat dengan memberikan alasan cliche kepada client untuk invest long term.

Perlu difahami unit trust jenis ekuiti ini bersifat volatile. Ada ketikanya ia naik ada ketikanya ia turun. Consultant yang bagus akan advise client apa perlu dilakukan bila ia turun dan naik.

Bila ia naik, maka client dah untung. Tapi disebabkan sifatnya yang volatile, maka keuntungan itu hanyalah on paper sahaja. Buat lock profit akan dapat merealisasikan keuntungan client.

Semoga bermanfaat.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *