Pengalaman Minum Kopi Hijau Alana
Sudah 2 minggu aku mengamalkan minum Kopi Hijau Alana pada setiap setiap pagi. Kopi dan aku memang tidak dapat dipisahkan pada setiap pagi terutama pada hari bekerja. Ye, aku peminat tegar kopi. Aku lebih sukakan ‘kopi’ berbanding ‘Nescafe’. Dua minuman ini sangat berbeza. Kopi Hijau Alana juga berbeza dengan kopi biasa yang sudah dipanggang.
Ada yang ‘claim’ kopi hijau ini dapat menurunkan berat badan dengan lebih berkesan. Ini aku tak kisah sangat. Pengalaman aku dengan Kopi Hijau Alana ini berbeza dengan kopi biasa yang lain. Selama 2 minggu aku amalkan Kopi Hijau Alana, badan aku terasa lebih segar cergas bertenaga dan lebih mengenyangkan. Rasanya pun lebih rasa kopi dengan lemak berkrim…
Sebelum ini, setiap pagi aku ambil sarapan berat seperti nasi lemak, mi goreng ayam atau roti canai banjir 2 keping, tetapi selepas minum kopi hijau ini, perut aku tidaklah terlalu lapar pada waktu pagi. Cukup sekadar biskut dan kopi hijau ini, tahan sehingga waktu makan tengah hari!
Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam secawan kopi hijau ini. Di bawah ini aku senaraikan khasiat daripada pengambilan produk iniuntuk rujukan bakal pengguna kopi hijau.
Apa Itu Kopi Hijau Alana?
Eh ada yang tertanya-tanya apa itu ‘kopi hijau’? Apa beza dengan kopi biasa tu? Ringkas jawab, banyak beza antara Kopi Hijau Alana vs kopi panggang.
Kopi Hijau adalah kopi yang tidak dipanggang. Kandungan nutrisinya lebih tinggi. Ia juga terdiri daripada 250 bahan kimia semulajadi yang mana separuh daripadanya berpotensi memberi kesan positif ke atas kesihatan manusia.
Kandungan Kopi Hijau Alana.
3 bahan utama Alana Kopi Hijau seperti berikut;
#1 Kopi Hijau
Kopi hijau meruapakan kandungan utama di dalam 1 sachet (20mg). Juga merupakan bahan utama untuk merangsang metabolismen badan. Mungkinkah disebabkan ini, ada pengguna mampu mengurangkan berat badan dengan kopi hijau ini?
#2 Habbatus Sauda
Antara khasiat Habbatus Sauda;
- Bersifat antibakteria
- Mampu mengawal penyakit diabetes atau kencing manis
- Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
- Membantu dalam menstabilkan kadar gula di dalam tubuh
- Dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh
- Membantu melancarkan buang angin, ini kerana kandungan senyawa di dalam habbatus sauda dapat bersifat karminatif.
- Membantu menghangatkan badan, sehingga dapat mencegah angin masuk.
- Membantu mengatasi masalah pencernaan.
#3 Chia Seeds
Tidak dapat dinafikan lagi Chia Seeds turut mempunyai pelbagai khasiat seperti;
- Berpotensi Melawan Diabetes
- Mengandungi Serat Yang Banyak
- Mengekalkan Kekuatan Gusi Dan Tulang
- Kaya Dengan Protein
- Dapat Menstabilkan Gula Dalam Darah
- Mudah Berasa Kenyang
- Penuh Dan Kaya Dengan Omega 3
#4 Susu Kambing
Kaya dengan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan juga protein.
Sedia maklum, susu kambing bersifat alkali yang boleh membantu kelancaran sistem pencernaan. Kalsium yang tinggi di dalam susu kambing memainkan peranan penting untuk pembentukan dan kekuatan tulang. Selain itu, susu kambing juga bagus untuk menjaga kesihatan jantung (melancarkan peredaran darah) dan paru-paru serta mengurangkan risiko serangan strok.
Khasiat Kopi Hijau Alana – Royal Coffee.
- Menstabilkan tekanan darah
- Membakar lemak yang berlebihan dengan cepat
- Meningkatkan metabolisme badan
- Badan menjadi lebih segar, cergas bertenaga
- Boleh mengenyangkan, mengawal selera makan
- Tinggi antioksidan untuk awet muda
- Buang toksin dalam badan
- Melancarkan sistem penghadaman
- Sesuai untuk lelaki & wanita
InsyaAllah kalau diamalkan minum Kopi Hijau Alana ni, bukan sahaja korang boleh turunkan berat badan, malahan banyak lagi khasiat yang diperlukan untuk hidup yang lebih sihat. Apa lagi, boleh dapatkan sekotak hari ini.
Harga RM42.90 (Semanjung) dan RM52.90 (Sabah/Sarawak).
Testimoni Pengguna Kopi Hijau Alana.
Salah satu perkara yang aku akana selidik dahulu sebelum menggunakan apa-apa produk terutama produk lokal ialah komen-komen daripada pengguna produk. Daripada sini, aku boleh buat satu konklusi, patut atau tidak aku cuba menggunakan produk mereka.
Jadi, sebelum aku mencuba minum Kopi Hijau yang banyak khasiat ni, aku ada membaca review dan pengalaman pengguna produk Alana ini. Rata-rata berpuas hati dengan rasa, kualiti dan kesan positif pada diri mereka.
Aku letak 2 testimoni sahaja di sini. Nak baca lain-lain testimoni pengguna Kopi Hijau Alana ni, boleh ke Testimoni Pengguna Produk Alana ini.
Minum Kopi Hijau Alana Sebelum Sarapan Pagi!
Aku amalkan minum kopi hijau sedap ini sebelum sarapan pagi. Kenapa perlu minum sebelum sarapan pagi? Tak perlu aku terangkan panjang lebar. Cukuplah aku cakap, tujuan utama pengambilan kopi hijau adalah untuk mengawal selera makan. Kalau minum secawan kopi hijau ini selepas makan nasi lemak paru sepinggan, memang tak ke manalah tujuan untuk turunkan berat badan… ada logik di sini kan? hehehe..
Eh! Tapi ok je kan kalau nak minum selepas sarapan pagi. Sebab kopi hijau ini juga boleh membakar lemak berlebihan dengan lebih cepat kan? heheh..
Oh ye, satu lagi beza ketara bila aku minum kopi hijau ini dengan kopi atau Nescafe..kopi hijau ini kurang bersifat asid. Biasanya kalau aku Nescafe/kopi lain masa perut kosong, rasa sedikit pedih atau perit di dalam perut. Tapi dengan kopi Alana ini, ok je tanpa kesan sampingan lain. Mungkin ini khasiat susu kambing yang bersifat alkali yang turut terkandung dalam kopi ini.
Dah tak sabar nak dapatkan sekotak (15 sachet) Kopi Hijau Alana ini?
Sabar.. boleh dapatkan daripada Pengedar Sah Produk Alana atau pun hubungi Alana Beauty Marketing seperti di bawah:
Website: ALANA MALAYSIA
Facebook: Kopi Hijau Alana HQ
Hubungi: +6018-3557010 (IKA) / +6018-2366332 (EMA)
Senarai Pengedar Sah
Best kan, sambil enjoy kopi boleh slim down juga. Nak cuba.
terima kasih atas perkongsian ini bro. malangnya saya alahan kopi kepala boleh pening
abg jamar, onie pun suka sarapan nasi lemak, hasilnya tahun ni dah naik 10kg hasil makan nasil lemak setiap pagi,kahkahkah! ada gak kopi ni, memang elok sangat! hiii
wah… kahsiat dia.. awet muda tu… n banyak jugak khasiat y lain…
Selalu dengar teh hijau. Sekarang ada kopi hijau pulak ye. Banyak ye khasiatnya. Semoga sentiasa diberi kesihatan yg terbaik.
Rasa dia macam man? Best tak? Kalau best SA nak selamba grab ni…bab kopi ni kalau pahit susah skit SA nak telan..hehehe
Biasa dgr teh hijau je..hehe.. kopi mmg byk khasiat..tp xpenah plak dgr kopi ada cmpuran susu kambing. Cmnela rasa dia ye.. pahit x.. hehe..
Oooo kopi hijau ada susu kambing. I see.
Baru 1st time dengar kopi hijau…biasa dengar green tea je. Bagus ni untuk peminat kopi sebab banyak khasiat
fuhhh nebarik bagi peminat kopi boleh cuba dan byk info berkhasiat. saya suka chia seed tu.
kopinya warna hijau ke tidak eh?
Sis selalu dgr pasal kopi hijau ni utk turun berat badan, nti nak tray minum kopi hijau ni…
Betul-betul ingatkan teh hijau tadi. Apapun boleh cuba ni
Kopi hijau! Ingatkan teh tadi hikhik.. sy pun peminat kopi juga tapi bukanlah selalu juga mengambilnya tapi banyak juga khasiat kopi ni ya
uik kopi alana lagi, banyak betul dah baca pasal kopi alana ni, nampaknya nak kena beli kalau tak terngiang-ngiang benda ni dalam kepala
famai dah blogger promote kopi alana ni, i before this memang pernah consume kopi alana ni, memang pagi pagi rasa happy je dapat minum kopi hijau ini hahaah
Dah try dan mmg mengenyangkan.. bika dah minum tu badan dr lesu rasa segar dan memudahkan urusan seharian Sal. Alhamdulillah…
uish boleh buat berat turun eh? banyak jugak khasiat kopi ni, harga pun murah je. nak kena cuba ni
Menarik benar.. tak pernah rasa kopi hijau.. nanti nak try carikan… banyak khasiat kann
Saya sangkakan Kopi Hijau ni bila dibancuh warnanya jadi hijau mcm green tea, rupanya tidak? teringin nak cuba… bantu turunkan berat badan tu yang teruja!
Banyak khasiat kopi ni..boleh bagi mak ayah minum
LZ juga peminat kopi tapi masih belum cuba kopi hijau Alana.. Harus cuba sebab banyak bahan berkhasiat di dalamnya..
Nampak best kopi ni.. saya mmg penggemar kopi. Boleh try ni. Thanks bro sharing 🙂
sama-sama. sila cuba bro. sedap pun sedap ni..
Baru ibu tahu ada kopi hijau
Kopi putih dan hitam dah biasa
Hehe
kopi yang belum dipanggung ni ibu..
I dah pernah minum dah kopi alana ni, tapi kena berhati-hati sebab ada tiruan juga
banyak gak produk loka yang ditiru oleh mereka yang tak bertanggungjawab kan..kena hati-hati setiap masa
ooo.. tak dipanggang rupanya. sebab tu lah namanya kopi hijau ye
ya, diambil sempena warna biji kopi yg belum dipanggang
bagus yea produk ini dapat menstabilan tekanan darah
boleh cuba nanti Bonda.. sedap ni 🙂
Waduh.. Nampak enak kopi hijaunya. Bagus untuk penggemar kopi
Penggemar kopi patut cuba kopi hijau ni. lain daripada lain.
Mantap betul kopi hijau alana ni. Sesuai untuk penggemar kopi
Biasa dengar fasal teh hijau je. Ni first time dengar fasal kopi hijau. Macam bagus khasiatnya. Leh rekemen pada penggemar kopi
Erm.. not a coffee fan here ? but will share this out to the coffee lover, they must be happy to hear this.
Bgus khasiat kopi ni.. xrugi nak cuba
Bukan kah kopi tu ada kafein dan menyingkirkan khasiat dan mengganggu penyerapan khasiat yang lain?
Nak campur pun kena lihat juga sifat bahan bahan tu
Saya juga peminat kopi, tapi semenjak menyusukan anak ni, agak was-was sekiranya minum. Hanya berwaspada untuk mengelakkan anak terjadi apa-apa. Atau adakah hanya mitos semata-mata? Wallahuálam. Tapi sekiranya diberikan peluang, akan saya minum kopi senyap-senyap juga untuk menunaikan hajat.
First time dengar kopi hijau ? biasa dengar teh hijau je. Nampak sedap. Siap ada habbastus sauda’ lagi. Boleh try la nanti.
First time dengar product ni. Rasa dia mesti kaw punya hehe
Tak pernah dengar kopi hijau ni. Gonna analyse bahan sebelum try ya…Klau turun berat byk takut ada ubat diuretic dlm
Selalu dgr dekar radio je kopi hijau alana ni. Bila tgk bahan2 dia semuanya bgs2 especially habbatussauda dan susu kambing tu. Byk khasiat bahan2 ni. Ana pun prefer kopi dari nescafe. Rasa kopi lagi ori dan manis.
Saya pun tengah consume Kopi Hijau Alana ni. Serius tiap-tiap pagi minum mesti rasa nak melepas je lepas breakfast. Kalau sebelum ni selang 2 3 kali baru melepas
wah.. betul2 berkhasiat ni! saya bukan peminat kopi tapi sekali sekala minum, terutama untuk kesihatan boleh juga.
Sedapnya tengok Alana Kopi Hijau ni.. Sebab TB peminat kopi gak, huhu.. sana sini orang dok bercerita tentang Kopi Alana ni.. harga boleh tahan tapi khasiat pun bagus.. sebab tu ramai yang beli.,.
selalu dengar teh hijau je, tak tau pulak ada kopi hijau. boleh la try nnt
Uiks..selama ni ingatkan ada teh hijau je. Rupanya kopi pun ada kopi hijau.. Teruja kejap mendengornye
Ingatkan warnanya hijau juga. Kuss semangat ! ?
Sekali dgn habbatussauda kopi nie, pasti byk khasiatnya. Boleh lh nk cuba nanti ?
Sedapnya kopi Alana ni. Coppppp! Kita pun adaaaaa… hehe… memang tengah cari pun kopi ni sekarang.. hee..yg pentjng dapat kawal selera makan. Maklum la ..lani selera makan makin membuak2. Perut pun dah boncet haaa..haha
Comelnya Mek Onie boncett..hahah..memang mengenyangkan, amik pagi leh tahan sampai tengah hari..risau kurus je pasni..aihh
Ingat teh je ada teh hijau. Rupanya kopi pun ada kopi hijau. Banyaknya khasiat kopi ni ye….
hehe tapi kopi hijaunyer warna tak hijau..kaler mcm kopi gak. tahu tak kenapa dipanggil kopi hijau?