Idea Kumpul RM 21,209.23 untuk Anak Sambung Belajar.
Assalamualaikum wbt & Apa khabar?
Aku ada terbaca keluhan Rakan-rakan di Facebook tentang yuran kemasukan anak ke pra-sekolah yang mahal. Apa yang aku faham, keluhan mereka terhadap cas atau yuran untuk pra-sekolah “swasta” dan bukannya dibawah kendalian kerajaan. Aku faham, sebab aku pun sedang meneliti senarai yang perlu aku bayar untuk Dayyan ke pra-sekolah pada sesi 2018. Hampir RM2,000 jugalah yang perlu disediakan! Fuhh..bagi yang tidak memahami situasi ini mesti akan bertanya “Dah tahu mahal, kenapa tak hantar sahaja ke pra-sekolah kerajaan?”..
Bukan tak mahu, tetapi setiap ibu bapa ada alasan masing-masing. Ada yang jauh dari rumah la, nak dekat dengan pejabat la dsb..
Eh, sebenarnya aku nak berkongsi idea kumpul duit untuk anak sambung pelajaran pada peringkat universiti nanti. Pastinya lebih memerlukan dana yang besar berbanding pra-sekolah kan?
Aku dapat Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar daripada pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50)
Pernah dengar ADAM50? Aku tertarik dengan “hadiah daripada kerajaan” ini untuk setiap anak yang bakal dilahirkan pada 1 Januari 2018 hingga 2022. Setiap anak yang dilahirkan dalam tempoh tersebut akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui Unit Amanah Saham (Unit Trust).
Walaupun ada yang menyindir jumlahnya yang kecil, tetapi bagi aku ini satu usaha baik daripada kerajaan untuk membantu rakyat dan bertujuan menjamin masa depan yang lebih cerah kepada anak-anak kita. Paling penting, usaha terbaik ibu bapa menyokong usaha kerajaan ini untuk memupuk budaya menyimpan wang sejak kecil.
Mungkin ramai yang tak sedar, daripada RM200 ini mampu menghasilakn lebih RM40,000 sebagai persediaan awal anak-anak aku/korang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (universiti) pada usia 18 tahun nanti.
Eh ada yang mencebik dan berkata “Mana cukup RM40,000!!!”
Ya, apalah sangat RM 40,000 pada 18 tahun akan datang kan? Tetapi harus ingat, pada masa itu, belum tentu masih ada pinjaman PTPTN atau pun bantuan pelajaran MARA. Mungkin RM40,000 pada masa itu hanyalah sekadar separuh sahaja daripada jumlah sebenar untuk “persediaan awal” masuk universiti ( buku-buku, hostel dsb).
Terkejut bukan, apa ke banyak betul yang mampu terhasil!! Tak salah pun kalau anggaran kita terlebih. Kalau ada lebih, boleh je dijadikan dana tambahan untuk pembelian rumah pertama anak-anak kan? atau pun untuk perbelanjaan menunaikan haji anak-anak nanti, bak kata Rakan Blogger Ibu Zaid.
Jadi apa cadangan aku bagi Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar ke peringkat universiti nanti? Mohon tengok kalkulator di bawah ini:
Skim ADAM50 tidak akan mencapai matlamatnya tanpa bantuan ibu bapa. Pihak kerajaan dah berusaha memberi RM200 sebagai Dana Permulaan. Setidak-tidaknya ibu bapa sudah tidak perlu menyediakan modal sebanyak RM1000 untuk membuka 1 akaun Unit Trust. Kemudian, apa yang perlu ibu bapa lakukan hanyalah menyimpan RM50 setiap seorang (ibu & bapa) pada setiap bulan dalam akaun amanah saham anak mereka ini. Jumlah terkumpul setahun ialah RM1200.
Terus menyimpan RM100 setiap bulan (lagi banyak lagi bagus!!!) selama 17 tahun, tanpa mengeluarkan dividen tahunan yang diperolehi daripada Dana Amanah Saham ini. Pengiraan aku berdasarkan dividen/keuntungan tahunan sebagai 7.37%. Angka ini aku dapat daripada purata dividen ASB untuk 8 tahun sebelum. Mungkin akan dapat lebih lagi, mungkin juga akan berkurangan, bergantung kepada keuntungan dana yang dipegang.
InsyaAllah, selepas 17 tahun mengamalkan “simpan RM100 & pejama mata”, jumlah terkumpul ialah RM 41,748.51 , aku kira cukup untuk melakukan persiapan awal anak sambung belajar di peringkat universiti.
Setuju?
The Magic of Compound Interest
Inilah yang dikatakan The Magic of Compound Interest. Ada juga yang menganggap Compound Interest ini sebagai Keajaiban ke-8 di dunia. Kalau tak percaya juga, korang boleh buat pengiraan sendiri.
Ini sekadar idea, bukanlah bermakna korang konfem konfem akan dapat angkat tu. Anggaran sahaja. Lagi satu, bukan anak yang lahir pada tahun 2018 sahaja mampu dapat jumlah tu, semua anak atau korang sendiri mampu mendapat jumlah apa yang diinginkan dengan menyimpan di dalam dana amanah saham. Dah pernah baca kan 12 Sebab Kenapa Pelaburan Amanah Saham Perlu Menjadi Pilihan?
Nak tahu macam mana, boleh buka akaun Amanah Saham dengan aku (Contact: +6017-2101282) dan kita diskas strategi untuk mencapai jumlah Ringgit Malaysia yang diingini.
Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana.
Wah bagus ni. Menabung untuk masa depN anak. Betul tu. Buat skrang sikit demi sikit nanti anak dah besar senang x perlu pinjam mara or ptptn.
betul, ibubapa yang kena mulakan misi ini. terbaik sharing!
terima kasih atas perkongsian ni. Anak2 sume dah besor dah, dari pra sekolah hingga ke SPM sume nya di sekolah swasta. Alhamdulillah perancangan kewangan dari awal sangat membantu, caya lah
Terbaik…In Sha Allah akan buka utk anak2 nnt
Ya .. kak bee akan apply ADAM50 ni nanti
memang bagus untuk ibu bapa yang nak menyimpan untuk anak-anak..simpan le emas juga 😀
Bagusnya tips ni..kalau kena caranya senang nk jadikan investment ni beranak2
This is a good saving and worth to invest on it. Thanks for sharing
Mencabarnya ibu bapa sekarang dalam membesarkan anak2. Harap dengan menabung dapat meringankan beban.
memang mencabar. nak selamat kena plan awal2, bukan last min kan..
Memang bagus artikel ni bro. Sebagai persediaan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak. Harap dengan usaha murni daripada kerajaan ni akan menggalakkan kita sebagai ibu bapa untuk buat tabungan pendidikan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Sokong sangat sebab simpanan untuk anak anak sangat penting. Kena mula menabung dari sekarang supaya senang di masa depan.
Wow untuk ibu bapa yang ada anak-anak tahun depan rasa yang memperlekehkan pasal bayaran sikit tu mesti keluarga kaya. Dah kaya tak perlu lah nak guna duit tu kan…
yang memperlekeh tu kdg2 bukan kaya sgt pun, cuma rasa anti-gomen tu kuat sgt hehe
Zaman sekarang nak masuk Tadika pun mahal. Baguslah ada Skim ADAM50 ni. Bolehlah menabung untuk masa depan anak-anak untuk pengajian.
Terima kasih info ini. Bagus untuk dipraktikkan.
simpanan untuk anak2 penting sangat sekarang ni…tq info
yup..penting untuk masa depan mereka.
Info yg terbaik dan memberi kesedaran kpd ibubapa agar mula menyimpan dari skrg
Terima kasih sebab membaca..boleh share utk manfaat dgn yang lain 🙂
Eh menarik la pengiraan ni…SA kena mula merancang ni..mana tau kakak Dania nak masuk university nanti..banyak nak guna duit kan…
kena start mengira la ni gak SA.. meh buat saving dlm Unit Trust utk Danis dgn JMR..boleh diskas details lagi.
Bagus juga pengiraan ni, insyaAllah anak tahun depan dapat skim ADAM50 ni boleh menabung untuk dia
untung dapat ADAM50 ni..anak-anak yang lain nak saving dlm Unit trust boleh la kontek JMR ek 🙂
Simpan sendiri, boleh bocor, lepas tu compounding pun tak ada.
Biarlah masuk terus ke unit amanah.
Simpan bocor simpan bocor tu memang cabaran dalam menabung..
Sama juga dengan menabung untuk anak anak pergi haji di usia muda kan
kena diversify gak tabungan utk tunaikan haji..barulah wasatiah kan 🙂
Perancangan mak ayah hari ini untuk masa depan anak anak kita di masa akan datang
betul tu..nanti nanti tak tahulah macam mana cabaran hidup kan