Patutlah Ramai Yang Tak Sihat !
Minggu lepas, dua tiga orang rakan ofis aku yang cuti sakit sebab demam. Ada yang demam panas, ada yang demam biasa. Masuk ofis, tetapi masih batuk-batuk. Aku dengar pun macam dah nak terkeluar anak tekak.
Minggu lepas juga, isteri aku demam agak teruk dan batuk-batuk. Tiga klinik pergi, doktor cakap sekadar demam biasa. Nenek isteri dan nekmi pula dok agak ada ‘isi’ dalam rahim isteri. Belum rezeki sebab demam kali ini hanyalah demam biasa. Virus. Lepas ambil antibiotik, sembuh seperti biasa walaupun masih ada batuk. Kemudian, anak sulung aku, Dayyan pula demam. On & Off. Alhamdulillah, tidak lama, 3-4 hari sahaja. Elok dah baik, sekarang adik pula yang demam.
Semalam dah bawa Danish ke klinik. Kata doktor, jika tiada muntah-muntah atau batuk, dan demam berpanjangan sehingga 4/5 hari, better dapatkan rawatan selanjutnya. Perlu diambil darah untuk pemeriksaan demam denggi. Nauzubillah. Harapnya Danish pun hanyalah demam biasa. Atau pun demam nak tumbuh gigi baru..
Dengarnya sekarang ini, ramai yang tidak sihat. Ada demam. Ada dijangkiti influenza. Batuk. Selsema. Bulan lepas pun aku dah diserang ulser yang agak teruk. Kurang air. Harapnya kali ini aku tidak dijangkit virus lain pula.
Adakah musim ramai orang tidak sihat sekarang ini?
Mungkin.
The flu season is here. Influenza, also known as the the common cold or flu, is described as a highly contagious viral infection targeting the respiratory system.
Malaysia adalah sebuah negara tropika. Cuaca yang panas sepanjang sepanjang tahun. Cuma, perubahan cuaca (panas dan hujan) lebih ketara pada bulan Oktober-Januari. Antara tempoh inilah, ramai yang tewas dan lebih mudah diserang influenza. Selain itu, tempoh antara April-Jun juga perlu diberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan.
Patutlah sekarang ini ramai yang tak sihat. Memang musimnya. Penjagaan kesihatan kena ambil berat dua kali ganda. Kalau tak, haru jugalah nak jaga anak isteri yang demam dan tak sihat selama dua minggu ni..hehe..
Aku ada share pasal anak kecil demam di Facebook. Ini antara cadangan yang diberi oleh senior sekolah aku yang merupakan seorang doktor perubatan.
Tips Kurangkan Panas Bila Anak Demam.
1- Kerapkan mandi
2- Tak perlu pakaikan baju yang tebal-tebal. Kalau boleh, bukakan baju.
3- Kalau suhu badan tinggi, ambil ubat demam 4 jam sekali.
4- Bila dah kurang panas, 5-6 jam sekali.
5- Bila dah takde panas, bagi ubat demam tambahan 1 hari.
Aku sedang amalkan kelima-lima tips di atas. Cuma point ke-5 tu kiranya ilmu baru bagi aku. Biasanya, bila dah tak panas, aku stop on the spot pengambilan ubat demam. Sebelum ini, aku pernah dengar juga daripada adik yang juga pengamal perubatan tentang perlu dihabiskan sepapan paracetamol yang diberikan oleh doktor walaupun dah tak demam. Macam pengambilan antibiotik pula kan.
Pernah terfikir tak kenapa ramai yang tida tidak sihat sekarang berbanding orang dulu dulu? Ada 5 point yang aku perolehi daripada pembacaan aku tentang habit orang sekarang berbanding zaman ayah ibu atau atok nenek kita sebelum ini.
Sebab Lebih Ramai Yang Tak Sihat:
1- Pengambilan Makanan Yang diProses
2- Pengambilan Kafein yang Berlebihan,
3- Tahap Vitamin D yang rendah
4- Tidur Lewat Malam (kurang tidur)
5- Kurang air masak.
Setuju ke tidak setuju dengan 5 point aku di atas ini?
Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana
Memang hujung tahun musim demam. Hari tu ana ke hospital bawa mak sebab demam memang ramai sangat pesakit yg demam. Sampai dibuka fever centre utk treat pesakit yg demam shj.
Dan baru2 ni anak ana pun demam mengejut. Suhu sampai 40. G doc masuk ubat kat punggung, kerapkan mandi, kerap lap badan dengan tuala, pakaikan baju nipis Alhamdulillah esoknya kebah dah.
biasalah tu.
nanti ramai plak yang sihat semula.
hoho
apapun, sentiasalah berjaga-jaga selalu.
sakit dan sihat dah menjadi adat kan bro..hehe
Yes many ppl are sick recently due to the bad weather. Thanks for the tips to reduce heat.
Ye lah, start ke musim hujan-panas akhir tahun ni ramai sakit-sakit. Nasib baik musim cuti sekolah kan.
fuuh template baru ye? smart.
I know this feeling because of the uncertainty of the weather I’ve been feeling weak as well, the best is to pump on vit c. keep reminding myself to take it daily.
Sis demam idak tapi batuk memang teruk sejak balik dr bercuti hari tu.Lama jugak batuk..ni baru lah kurang sikit. Nasib baik anak tak berjangkit
Kids easily get sick. Parents alert is important so that they can take necessary action if their kid fall sick.
bila musim hujan tiba deman dengue pun banyak mesti hati-hati sangat dengan buah hati
Owh patut la demam dan selesema sekarang ni. Tgh musim dan faktor pemakanan juga
Selalunya yang ccepat jatuh sakit, dia punya sistem imunisasi tak kuat, tu sebab digalakkan menjaga pemakanan yang sihat dan berkualiti tapi zaman sekarang parents ramai suka anak p mcd heheheheh kuman dan bakteria ni suka orang yang suka makan fast food ni dia nak tumpang sekaki dalam badan hahahaa gurau je
Take probiotic.. higher immune system.. tak selalu tak sihat
thanks for the advice. 🙂
Musim monsun ni mmg musim demam… klu demam biasa ok je masih boleh makan ubat demam dan amalkan tip tip yg diberi. moga jauhkan dari demam yg teruk dan tak kebah2..
insyaAllah semoga dijauhi..
Hahahaha. Tahu takpe. Eloklah kuarantin je anak-anak di rumah. Ruby dah stop hantar anak ke taska. Dia ke taska asyik la berhingus hidung dan panas badan. Bila duk rumah, kerap mandi. siap bg mandi wap lg. Baru la ok. Bahaya bebudak ni sakit. Sebab mereka tak tau nak cakap. Diam je. Sedih plak tengok
Anak di taska memang sentiasa terdedah dgn sakit tu semua kan. Berjangkit drp budak lain. Patutnya ibu bapa kuarantin anak di rumah kalau anak tak sihat..
Betul, demam selsema batuk memang tengah musim dia ni. Banyakkan minum air masak ya gais !
Semoga bro dikurniakan kesihatan yang baik..
Gws semuanya, aduhhh anak demam on of tu yang bikin cuak. Akak lama dah nak entry pasal pengalaman anak demam on off ni sampai kena infection dan urgent surgery. Nanti akak entry kalau rajin. Penting rasanya entry tu. Tapi tunggu rajinlah. Manatah letak gambar anak masa admit dulu hahaha. Dah lah sirang2 sign surat opret, laki outstation oversea. Huaaa sedij nak ingat. So demam on off yg berterusan sangat bahaya. Nnti kyan entry hehee.
3,4 hari dah yang si kecik demam. harap hari ni makin baik lak..nanti nak baca entri kak yan tu gak…
Saya pun rasa tak sihat jugak ni tapi sebab salah makan kot. Huwarghh.. Apapun perkongsian yang bagus ni!
salah makan pun bahaya gak tu bro. kena check cepat2..makin melarat kan tak syoklah cuti panjang sempena krismas ni
Saya pun baru rasa tak sihat tapi rasanya sebab salah makan. Aduhaiii. Apapun perkongsian yang bagus ni!
Cuaca sekarang yang tak menentu. Tu sebab kita semua mudah sakit. Kinah selalu amalkan minum air masak secukupnya kalau tak cukup minum rasa macam tak lengkap pulak. Apa pun semoga cepat sembuh ye semua
banyak jugak info yang boleh digunakan bersama. terima kasih di atas perkongsian dah share kat kakak-kakak saya.
sama-sama bang..
Anak-anak ni ada yang sukar nak minum air kosong cukup setiap hari. So, kita as a parents memang selalu kena ingatkan. Ni salah satu cara juga nak bagi badan diorang sentiasa terhidar dari dehidrasi
Setuju dengan 5 point sebab ramai tak sihat tu. Semua pun buat ni! Hehehe. Saya kalau dah baik demam tak makan dah paracetemol tu. Memang kena habiskan ke? ermm.
Sekarang memang musim orang ramai tak sihat especially anak- anak kecil…eh..mak budak pun tak sihat tapi nak buat caner kena gak keja…mak budak lebih kepada x cukup rehat rasanya…
Betul.. Skg agk pns dan tekak pun cpt kering.. Bila kering perit gak.. Byk kn mnum air masak.. Mnuman berkafien tu mmg zaza pun jrg ambil..
terima kasih kongsi.. patut la x cukup tidur memang jadi tak sihat tubuh rasa nak demam jer.. semoga cepat sembuh ya..
Setuju…
Kita skrg cpt sakit sebb point2 yg sperti tuan ckp tu
Esp dat processed food..kalau boleh elak…elakkan je
nak tak nak kena elakkan sebanyak mungkin processed food..
Ririey pun baru baik dari demam ni, sebab tak tahan cuaca kejap panas hujan ni. Last month pun demam jugak sampai mama pun naik risau asyik demam je
Kena further check kalau asyik demam je ni..
fuh.. risau pulak baca entri ni.. ramai yang demam ye? TB harap baby harraz jangan lah demam.. mati kutu kalau anak demam ni.. kalut mama dan papa nya.. huhuhu.. thanx atas entri ni yea.. tips yang bagus
insyaAllah baby harraz dikurniakan kesihatan yang baik.. mmg kelam-kabut kalau anak-anak demam kan
i just knew that kena ambil ubat walaupun dah tak panas. new information for me. thanks 🙂
ini pun info baru i dapat dr Doc & MA..
Tuan
Makanan yang diproses tu dah tinggi kandungan omega 6
Sebab omega 3 yang ada pada bahan makanan mudah rosak kepada omega 6 melalui proses penyediaan
terutama dari suhu
Sebab itu elok makan makanan segar macam ulam dan buah segar
Omega 3 tinggi
Pernah baca, omega 6 penyebab radang dalam badan dan menyebabkan sakit
Omega 3 dan 6 perlu seimbang
Minimum dalam nisbah omega 3 : omega 6 ialah 1 kepada 6
Dan paling bagus 1:2
Seingat Mama lah
Sebab tu orang dulu sihat
Minyak zaitun dan habbatus sauda tu kaya omega 3, minyak ikan pun
THANKS for the info Mama Hakim. Baru tahu gak pasal omega 6.
Selain omega 3 dan omega 6
Ada juga omega 9
Kita perlukan kesemua ni untuk sihat
Cuma omega 9 ni badan kita boleh hasilkan sendiri
Cuma bila kita penat dan perlukan banyak tenaga (masa sibuk)
Bagus untuk kita makan makanan yang ada omega 9 ni
GWS syg mommy..
demam-demam pun janji tetap berselera makan kan hehe
Ibu setuju sangat
Terutamanya bahagian kafein tu
kopi teh nescafe milo koka kola
semua berkafein
Mengganggu penyerapan nutrien dan tipu badan kita yang kita tak perlukan rehat
tu la..benda benda tu gak yang selalu diambil..
kena kurangkan la pasni
semoga cepat sembuh
insyaAllah..terima kasih 😉