March 29, 2024

Pulangan Dividen ASB Tahun 2017 8.25 sen . Mesti Ramai Senyum Lebar!

PULANGAN DIVIDEN ASB TAHUN 2017 8.25 SEN BAGI TAHUN 2017.

Ramai yang tersenyum lebar pada petang ini, terutama pelabur yang selama ini setia melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Rezeki di hujung tahun melalui ASB. Pengumuman daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB); Dividen ASB 7.00 sen sesaham dan Bonus 0.25 sen sesaham. Pada tahun ini juga, Bonus Khas Ulang Tahun PNB ke-40 sebanyak 1.00 sesaham bagi ASB. (Note: Bonus Khas ini hanya terhad kepada peganagan sebanyak 10,000 unit pertama sahaja)

JUMLAH PULANGAN ASB 2017 = 8.25 SEN SESAHAM.

Ini menjadikan jumlah pulangan ASB sebanyak 8.25 sen sesaham bagi tahun 2017, peningkatan 12.00% berbanding jumlah pulangan tahun lalu. Patut disyukuri dengan jumlah ini untuk Capital Protected Fund.

Pelabur ASB akan mula menerima bayaran pada 1 Januari 2018. Bonus Ulang Tahun Khas pula akan dikreditkan pada 1 Mac 2018. DIVIDEN ASB TAHUN 2017

HUKUM ‘HARUS’ MELABUR DALAM ASB.

PNB juga turut mengumumkan, ASB sebagai satu dana pelaburan negara berjaya memperoleh status hukum ‘HARUS’ bagi orang Islam dalam  semua unit pelaburannya daripada kesemua negeri di Malaysia pada tahun ini.

Alhamdulillah.

Selepas ini, dah tak de sebab untuk kita semua tidak melakukan sebarang pelaburan. Kalau tak nak ambil risiko melabur di Bursa Saham Malaysia, atau pun tak tahu cara melabur dalam Unit Amanah, melaburlah dalam ASB. Ini pun salah satu pelaburan Unit Amanah juga, cuma ianya sedikit berbeza. Yang penting, kena melabur selepas menyimpan!

3 Sebab Kenapa Perlu Melabur Dalam Amanah Saham?

#1 Gandakan Simpanan

Mungkin ada yang tidak sedar perbezaan menyimpan di dalam Akaun Simpanan (bank konvensioanl) dan Akaun Pelaburan (ASB, Public Mutual, CDS). Beza ketara yang aku boleh bagi di sini seperti berikut;

  • Menyimpan RM1000 di Akaun Simpanan Maybank selama 5 tahun (tanpa pengeluaran & tambahan), jumlah terakhir yang ada dalam akaun itu mungkin sebanyak RM1005.
  • Menyimpan RM1000 di Akaun Pelaburan ASB/Public Mutual selama 5 tahun (tanpa pengeluran & tambahan), jumlah terakhir yang ada di dalam akaun itu ialah, insyaAllah sebanyak RM1050 atau lebih….

Ada beratus dana amanah saham patuh syariah yang korang boleh nikmati hasil gandaan duit..

#2 Untuk Yang Tersayang Di Masa Hadapan

Harus sentiasa diingat, nilai RM1000 pada hari tidak akan sama nilai dengan nilai RM1000 pada 5 tahun akan datang.

#3 Nikmat “The Magic of Compounding “

Mungkin ada yang tidak tahu, sebab #1 adalah nikmat yang kita kecapi daripada The Magic of Compounding. Daripada duit buat duit seterusnya! Nak lebih berkesan, jangan dikeluarkan dividen yang diperolehi pada setiap tahun. Biarkan ia beranak-pinak di dalam akaun pelaburan sehingga sampai ke jumlah yang kita kehendaki.

Tidak mustahil untuk mengumpul sebanyak mana yang diperlukan untuk kegunaan anak masuk Universiti pada 18 tahun akan datang. Tanpa mengharapkan sebarang pinjaman PTPTN.. 🙂

Kalau dengan dividen 8% ++ ASB pun dah HAPPY GILERRR , mesti LAGI HAPY GILERRR kalau boleh buat return lebih lagi dengan DIVIDEN + CAPITAL GAIN bila labur dalam UNIT TRUST kan?

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

41 thoughts on “Pulangan Dividen ASB Tahun 2017 8.25 sen . Mesti Ramai Senyum Lebar!

    1. ASB & Amanah saham nampak sama tetapi berbeza. Ramai yg rugi sebab tersalah pilih fund, tetapi ramai yang lagi untung dalam jangka masa yg panjang sebab sabar..hehe

      ASB pula, hari ni masuk RM100, esok boleh dikeluarkan dengan nilai yang sama. Saham amanah lain hari ni masuk RM100, esok kalau dikeluarkan, konfem jumlah berkurangan. Kena tahu sebabnya.

      Sama macam pelaburan saham di Bursa. Berapa ramai yang rugi dengan cepat. Dan berapa ramai juga yang buat untung drp Bursa Saham.

      Setiap instrumen pelaburan ada risiko & award masing-masing. Kena ada ILMU.:-)

      1. Ibu pun pernah masuk dalam public mutual

        Masa masuk tu harga sedang jatuh

        Biarkan dalam 3 tahun

        Naik 50%

        Makanya setahun naik 25%

        Mana nak dapat kat ASB kan

        Cuma betul lah macam tuan JMR kata

        Semua kena ada ilmu

        Tak boleh ikut je

        Bahaya

  1. Tuan ada melabur juga ke? tahniah bisa tersenyum juga, btw lama tak terjah blog ini ada template baru , fast load dan fresh

  2. Salah satu benda yg ditunggu2 setiap tahun. Lepas tu tak sabar nak update buku (skrg dh xde buku kan) nk tgk berapa ada dlm simpanan. Tinggi dividen tahun ni. Tak rugi melabur dlm asb =)

  3. Alhamdulillah. Kami memang menyimpan duit untuk anak2 di asb, setiap seorang nilai simpanan 5angka untuk setahun. Anak 4 orang, kira berapa haha. Alhamdulillah rezeki lebih. Anak lg bnyk simpanan dari ibu ni acane ni hehehe. Takpa anak lagi perlu, simpan utk masa depan, esok sekolah xpayah dh buat loan pendidikan.

  4. Akak ni duit raya anak2 semua letak kat ASB je..
    Lega bila tau hukum dia harus. Sebelum ni kecoh kata ada unsur was2. Alhamdulillah. Dividen pun makin naik.

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *