Home FINANCIALUnit Trust Tips Kumpul Hampir RM100,000 untuk Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti.

Tips Kumpul Hampir RM100,000 untuk Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti.

by JMR
20 comments

Terlebih dahulu, selamat maju jaya aku ucapakan kepada calon-calon UPSR yang sedang berjuang minggu ini. Di Facebook, aku tak terjumpa lagi calon-calon ini yang update status perasaan nervous mereka menghadapi peperiksaan penting yang pertama dalam hidup mereka. Rata-rata yang update status nervous adalah ibu bapa mereka, lebih tepat lagi ibu mereka. Rilex. Kalau ibu buat muka cuak, anak pasti lagi cuak. Good luck! Semoga tercapai impian untuk melihat Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti .

Selepas UPSR, mereka akan melangkah ke alam sekolah menengah. Kemudian berjuang untuk menduduki PT3 dan seterusnya SPM. Selepas itu, barulah mereka meneruskan perjuangan yang lebih mencabar di universiti. Cabaran bukan hanya kepada anak, tetapi juga kepada ibu bapa yang perlu memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan pelajaran anak di universiti.

Sedia maklum, jumpa pembiayaan pelajaran di peringkat universiti bukannya jumlah yang kecil. Untung sabut timbul. Anak yang cemerlang di peringkat SPM dan bernasib baik akan ditawarkan biasiswa sepanjang pengajian di universiti.

Bagaimana pula bagi anak yang kurang bernasib, tidak ditawarkan sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajaran untuk meneruskan pengajian di peringkat yang aku kira sangat penting dalam kehidupan? Sebagai ibu bapa (walapun anak baru berumur 1 bulan!), adakah korang memikirkan perkara ini?

Ya, aku memang memikiran kos ini sejak hari pertama Dayyan dilahirkan, satu keperluan dalam masa 14 tahun akan datang ( umur sekarang 4 tahun). Aku consider pasa masa itu, tiada pinjaman pelajaran mahu pun biasiswa yang ditawarkan. Jadi, aku letakkan perkara ini sebagai tanggungjawab aku sebagai bapa untuk menyediakan sejumlah wang untuk membolehkan anak aku meneruskan pelajaran di peringkat universiti.

Berapa Kos Menyambung Pelajaran di Universiti?

Kos pengajian berbeza bergantung pada kursus yang diambil.

Katakan, Dayyan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di IPTA;

Yuran semester pertama : RM4,000.00
Untuk semester 2 hingga semester 10 = RM3,500.00
Total yuran pengajian selama 10 semester RM35,500.00

Ini baru yuran pengajian, tidak termasuk buku-buku dan peralatan lain. Katakan RM1,000.00 untuk satu semester diperlukan. Sejumlah RM10,000.00 diperlukan untuk sepanjang pengajian.

Untuk duit hostel & makan minum setiap bulan pun perlu diambil kira. Katakakan RM1,000 diperuntukkan untuk setiap bulan. RM1,000 X 12 bulan X 5 tahun..RM60,000 diperlukan untuk sepanjang pengajian 5 tahun.

Jadi, jumlah anggaran sebenar yang perlu aku sediakan pada itu adalah lebih kurang RM95,500.00.

Suka atau tidak ini kos yang perlu aku sediakan untuk tempoh 14 tahun akan datang. Ini anggaran aku berdasarkan kos pada masa sekarang dengan mengambil kira inflasi sebanyak 3% setahun.

Atau mungkin lebih banyak yang diperlukanda pada masa itu??

Jadi bagaimana cara yang terbaik untuk aku sediakan RM95,500.00 ini?

InsyaAllah ada caranya.

Tips Kumpul Hampir RM100,000 untuk Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti.

Dengan permulaan RM1,000.00 dan simpanan RM150.00 setiap bulan , aku merancang untuk membuat tabungan pelajaran anak-anak sejak awal usia pertama mereka.

Kiraan awal, aku akan mempunyai sejumlah RM 33,250.00 selepas 18 tahun simpanan. Itu kalau aku hanya menyimpan wang dalam tabung ayam di rumah.

Tetapi, jika aku menyimpan dan melabur di tempat yang betul dengan dana yang betul, aku anggarkan pulangan tahunan ialah sebanyak 10%, jumlah simpanan terkumpul aku adalah sebanyak RM95,012.00 selepas 18 tahun.

Tak percaya? Korang boleh kira seperti di dalam jadual yang aku dah sediakan khas untuk perancangan aku mengumpul perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran di universiti nanti.

AGE ANNUAL YEAR END
( YEAR ) INVESTMENT (RM) VALUE (RM)
1 2650 2,915
2 1800 5,187
3 1800 7,685
4 1800 10,434
5 1800 13,457
6 1800 16,783
7 1800 20,441
8 1800 24,465
9 1800 28,892
10 1800 33,761
11 1800 39,117
12 1800 45,009
13 1800 51,489
14 1800 58,618
15 1800 66,460
16 1800 75,086
17 1800 84,575
18 1800 95,012

Boleh percaya ke jumlah terkumpul ni?

InsyaAllah..inilah yang dinamakan “The Power of Compounded Saving in Unit Trust” . Dengan kata lain, ianya adalah kesan kepada pengumpulan pelaburan ditambah dengan keuntungan tahunan. Lebih lama kita menyimpan, lebih banyak kita menyimpan, kadar peningkatan keuntungan lebih banyak dan lebih cepat.

Nak tahu dengan lebih lanjut atau berminat untuk mula melakukan simpanan tabung anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti, bolehlah hubungi aku di talian 016-2331341.

Tetapi dengan syarat, keuntungan setiap tahun akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelaburan selama 18 tahun.

Barulah lebih mujarab:-)

Selamat merancang!

Jangan lupa kontek aku ok!

Oh ye, selain cara ini, korang boleh juga menyimpan setiap bulan dengan TIPS SIMPAN RM1000/bulan.

Nota kaki: Jumlah kos yang aku tunjukkan tu bukanlah tepat. Dan hasil terkumpul RM95,012.00 itu berdasarkan pulangan tahunan 10% (setiap tahun % tak sama) yang aku kira purata pulangan yang dianggarkan. Jumlah terkumpul boleh berubah mengikut simpanan bulanan masing-masing.

20 comments

ORa October 26, 2017 - 1:11 pm

bagus plan mcm ni kan…kena simpan awal duit utk anak..

Reply
JMR October 26, 2017 - 1:52 pm

utk anak2 memang kena start dari diorg kecil kan.

Reply
12 Sebab Pelaburan Unit Trust Perlu Menjadi Pilihan. - JMR September 19, 2017 - 7:38 am

[…] ada berkongsikan Tips Kumpul RM100,000 untuk persediaan anak melanjutkan ke Universiti sebelum ini. Alhamdulillah, ramai yang memberikan […]

Reply
jalan jalan September 16, 2017 - 11:24 am

tips kumpul duit memang sangat saya perlukan susah sekali berjimat setiap bulannya
jalan jalan recently posted…Resep Botok TahuMy Profile

Reply
Sohoque September 16, 2017 - 11:10 am

Thorbaekk abe. Bangga bersaim dengan abe yang celik kewangan ni…

Reply
Dkna Abza September 15, 2017 - 11:03 am

tengah menyimpan jugak tuk anak-anak.. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. inshaAllah

Reply
JMR September 15, 2017 - 12:24 pm

memang kena menyimpan gk utk anak-anak ni kan..meh bukak akaun meh

Reply
titan September 15, 2017 - 9:21 am

hoho..

rajin hang buat kira-kira.

Ya..simpanlah duit untuk anak.

Hehe..
titan recently posted…Buat Duit dengan ShushiVidMy Profile

Reply
JMR September 15, 2017 - 9:22 am

aku ni memang minat dgn nombor2 ni.. dulu nk jadi akauntan, tapi tak berjaya haha

Reply
Ibu Zaid September 15, 2017 - 8:58 am

Masa zaman anak anak nanti, rasanya tak ramai nak belajar kat universiti lagi. Sebab ramai graduan tak ada kerja

Lebih baik send mereka pergi kursus kemahiran. Dapat mentor dalam bidang yang sama dan dah berjaya

Duit memang kena sedia awal lah

Sebab kos pelajaran memang akan naik
Ibu Zaid recently posted…Sakit perut memulas ketika mengandung? Ini 13 Cara Mengelak Yang Bijak!My Profile

Reply
JMR September 15, 2017 - 4:59 pm

mungkin juga..masa tu org dah tak heran bila masuk universiti. mungkin kursus kemahiran lebih berbaloi. tapi still kena saving untuk pendidikan anak-anak kan. tak tahu masa tu (next 15yrs) tahap bayaran utk pendidikan kan
JMR recently posted…Tragedi Kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah . Jangan Ulangi Tindakan BodohMy Profile

Reply
Ibu Zaid September 14, 2017 - 6:08 pm

Bagus juga idea tuan ni. Macam orang pergi haji

Buat sikit sikit. Sedar sedar dah cukup
Ibu Zaid recently posted…Sakit perut memulas ketika mengandung? Ini 13 Cara Mengelak Yang Bijak!My Profile

Reply
Ikhwan September 14, 2017 - 12:39 pm

Strategi ini nampak berisi dalam diam, sambil tunggu anak besar, duit turut berkembang.
Ikhwan recently posted…Sewa Beli Kereta Proton Untuk Pemandu UberMy Profile

Reply
JMR September 14, 2017 - 3:33 pm

Betul tu..menyimpan awal-awal, dah dekat nanti takde la kelam-kabut sgt..tuan dah ada akaun unit trust? Kalau belum ada, bolehlah kontek..hehe

Reply
Noriza Rahman September 13, 2017 - 9:19 pm

Memang perlu dah kita simpan untuk pendidikan anak² demi masa depan diorang. Tak boleh nak mengharapkan pinjaman lagi
Noriza Rahman recently posted…Serlahkan Keanggunan Wanita bersama Set Kecantikan Kulit BerseriMy Profile

Reply
Khir Khalid September 13, 2017 - 6:59 pm

Mmg tulah realitinya.. tahun depan anak sulung pun dah tamat pengajian dan beberapa di belakang akan menyusul tahun2 lepas tu. Mmg tngh zaman menyimpan utk mereka. Belanja pun kena beralus utk beberapa tahun ni 🙂
Khir Khalid recently posted…Sunway Velocity Hotel – Pembukaan Hotel Terbesar Di CherasMy Profile

Reply
Mama Hakim September 13, 2017 - 4:17 pm

Kalau beli rumah pun boleh dapat juga invest ment return macam ni

Dengan ilmu dan pembelian yang betul

Apa pun nak invest mesti faham intrumen
Mama Hakim recently posted…12 Tips bina rumah banglo dari Kontraktor supaya berkualiti: Site Visit Di KlangMy Profile

Reply
Mazni Azmi September 13, 2017 - 10:59 am

Kalau kita merancang pun boleh jadi perkara tak diingini

Apatah lagi kalau kita tak merancang kan
Mazni Azmi recently posted…Tekanan Darah Tinggi 10 Cara Menurunkan Dengan Berkesan & Selamat!My Profile

Reply
izwa September 13, 2017 - 8:28 am

Seram kalau kira tapi tetap kene kira!

Reply
raihanah September 13, 2017 - 8:17 am

memang perlu info macam ni. pelajaran bukan murah skrg ni
raihanah recently posted…Promosi Shaklee Sempena Hari Malaysia 2017My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam