Aku pernah terbaca perkongsian di beberapa blog tentang cara seorang ibu menyimpan serendah RM30 sebulan dan berjaya mengumpul lebih kurang RM10,000 pada usia anaknya mencecah 17 tahun. Apabila diamati perkiraan atau strategi menyimpan, memang tidak mustahil seorang anak mempunyai simpan melebihi lima angka sewaktu mereka meningkat remaja. Paling penting, ibu bapa perlulah konsisten atau istiqamah membantu anak mereka mengamalkan tabiat menabung sejak kecil.
Perkongsian asal daripada Nursha Salleh ini membuktikan sesiapa sahaja mampu mengumpul sebanyak itu. Jom aku kongsikan tips menabung beliau di Tabung Haji sehingga berjaya mengumpul lebih RM10
Ada 7 tips menyimpan untuk memastikan anak mempunyai simpanan sebanyak RM10 ribu atau lebih. Jika ditolak bahagi, aku boleh simpulkan, hanya RM1 sehari perlu disimpan untuk mempunyai tabungan sebanyak ini.
Ini Tips Simpanan Dalam Tabung Haji Anak.
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan. Lagi awal buka akaun, lagi cepat mencapai matlamat kewangan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih mudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari. Kiraan ini belum masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
Nota: Tips Kumpul RM100,000 untuk anak Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Juga Tak Mustahil!
Boleh buat recurring payment..senang tiap2 bulan automatik masuk dlm acc tabung haji
terbaek… mmg bab simpan duit anak mak pak mmg kena rajin and beringat