Dari segi kewangan, cabaran paling sukar adalah untuk menyimpan sebanyak mana yang diperlukan. Terutama bagi mereka yang menetap di kota raya.
Ada orang, pendapatan RM8000 sebulan tetapi untuk meyimpan RM1000 sebulan, sangat susah. Ada orang hanya berpendapatan RM3000 sebulan, tetapi masih mampu menyimpan RM1000 sebulan.
Tidak dinafikan, hidup di bandar memerlukan perbelanjaan yang besar. Dengan gaji bulanan sahaja, belum tentu mampu menabung sehingga RM1000 sebulan, lebih-lebih lagi golongan pendapatan rendah dan sederhana.
Tetapi….
Tidak mustahil, seorang lelaki berstatus suami (isteri tidak bekerja) dengan gaji hanya RM3000 sebulan (pendapatan sederhana), mampu menyimpan RM1000 setiap bulan.
Sila baca sampai habis untuk mengetahui kisah si suami ini…
Tak percaya?
Aku percaya dan yakin jika tahu cara dan tips simpan RM1000 sebulan.
Di bawah ini aku senaraikan cara untuk mendapat lebihan pendapatan RM1000 sebulan.
Tips Simpan RM1000 Sebulan
1.Buat bisnes dropship.
Cari produk yang menawarkan ‘dropship’ dengan keuntungan RM20/pc. Target sales sebanyak 50 pcs setiap bulan. RM20x50pc=RM1000. Pendek kata, hanya perlu menjual sebanyak 2 pcs setiap hari.
2.Jadi ejen pelaburan
Contohnya, sebagai ejen saham amanah. Hanya perlu cari dua orang pelabur yang mampu melabur dalam pelaburan saham amanah sebanyak RM35,000 (cash/EPF). Pilih fund yang terbaik untuk pelaburan jangka masa panjang pelabur. Dua transaksi yang berjaya tersebut melayakkan anda menerima komisyen sebanyak RM1000 atau mungkin lebih lagi.
3.Freelance Photographer
Kini, makin ramai freelance photographer sama ada untuk perkahwinan atau event-event lain yang mampu buat duit dengan kacak. Contohnya, setiap pakej fotografi untuk majlis perkahwinan mampu menghasilkan keuntungan bersih setidak-tidaknya RM400/job. Cari 2/3 pasangan pengantin yang ingin menggunakan servis anda dalam sebulan. RM400x3pakej=RM1200. Tetapi, pastikan anda mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi dan menyediakan servis yang terbaik. Jika tidak, nama anda sendiri yang akan busuk.
4.Pemandu UBER/ GRAB
Ini trend terkini. Pernah dengar tak, pemandu UBER/Grabcar sambilan mampu membuat keuntungan RM400~RM500 seminggu. Kalau sebulan, RM500x4minggu=RM2000!
5.Main saham
High risk, high return. Kita selalu dimomokkan “main saham akan rugi”. Rugi itu pasti tetapi rugi di dalam pasaran saham dapat dihindari atau dikurangkan dengan adanya ilmu tentang saham. Ilmu analisa teknikal dan analisa fundemental. Aku pernah berpengalaman membuat keuntungan RM200 dalam masa tak sampai setengah jam di pasaran Bursa Saham,. For real! Jadi, tidak mustahil untuk aku buat RM1000 sebulan dengan trading plan yang betul.
6.Ambil Order Lunch Box (Sharing oleh Puan Suria Amanda)
Korang yang terer memasak, apa kata ambil pesanan untuk hidangan kotak (lunch box) daripada rakan sekerja atau jiran-jiran sekerja. Hadkan pesanan setiap hari. Katakan ambil untuk 15 pax setiap hari. Keuntungan setiap pax ialah RM4. Jadi, pendapatan daripada bisnes lunch box ini ialah RM4 X 15pax=RM60. Anggaran kasar potensi pendapatan sebulan, RM60x20 hari bekerja=RM1200.
7.Tulis Review (Sharing oleh Puan El)
Penulisan blogger atau review di blog lebih disukai oleh pemilik-pemilik perniagaan untuk menghebahkan tentang perniagaan mereka. Bayaran pula bergantung kepada bajet dan tawaran yang disediakan oleh pemilik laman blog. Ada artikel yang bernilai RM200/post, ada yang bernilai RM500/post atau lebih. Makin berpotensi seseorang blogger/penulis itu, makin banyaklah job yang dia akan dapat. Makin bijak dia menjadi peluang, makin banyaklah hasil yang diperolehi nanti. Realitinya; potensi peluang di alam maya sangat luas.
Rahsia Penulis ini boleh menjadi panduan untuk korang yang ingin bermula menjadi penulis di alam maya dan jana pendapatan.
Jika anda dilahirkan miskin, itu bukan kesalahan anda. Tetapi jika anda meninggal dalam keadaan miskin, itu kesalahan anda-Bill Gates
Cukuplah senarai pendek ini dulu yang aku kongsikan dalam entri ini. Kalau difikirkan dengan lebih lagi, aku pasti banyak lagi usaha-usaha yang boleh dilakukan sebagai cara atau tips simpan RM1000 sebulan atau mungkin lebih.
Jadi, aku tidak hairan sekiranya korang mampu simpan RM1000 sebulan , hasil daripada kerja-kerja sambilan ini.
Cuma aku kagum dengan ZAHID, seorang suami yang berkeluarga, isterinya tidak bekerja tetapi masih mampu menyimpan RM1000 tanpa melakukan kerja-kerja lain. Apa rahsia ZAHID?
.
sangat setuju pasal buat side income ni. Nak belajar juga pasal pelaburan saham ni
dapat simpan rm1k alhamdulillah, asingkan RM500 tunai ke tabung haji/asb/lain-lain. lagi rm500 simpan emas Public Gold ^_^
tu dia.
bukan senang tu nak jimat.
tapi semuanya dari kita-kita aje.
mau atau tidak sahaja.
Tq atas perkongsian caa nak simpan duit ni. Nak juga rasa beli kereta cash ni..
best sharing ni, kalau simpan rm1000 sebulan, setahun dah ada rm12k. banyak boleh dibuat dengan duit tu.
Terima kasih atas perkongsian ini. Perlu ada kecekalan yang tinggi untuk menyimpan
Buat dropship boleh jadi tak perlu modal langsung. Ada smarphone dan internet, jalan.
Banyak juga cara nak buat duit ni. Tinggal mahu ke tak mahu ajer.
Ada caranya yang mudah rupanya. Tak mustahil kalau konsisten target dapat dicapai dengan lebih baik kan.
Kalau kita usaha dan merancang dengan betul pasti mampu menyimpan rm1000 sebulan.
Jika tidak mampu, kita perlu berusaha untuk adakan simpanan.
Menjadi dropsih antara tip yang bagus dan ramai rakan saya bermula dari sini sebelum mempunyai produk sendiri.
tu la..ramai gk dengar dropship berjaya buat duit masyuk tetiap bulan..yg penting kena usaha la kan
ramai sangat yang tulis review sekarang ni.. kalau charge at least rm100 pun dah kira ok
memang ramai..kena pandai market dan valuekan servis kita..rm100 pon ok gak btw
Sangat menarik juga kalau dapat menyimpan RM1000 sebulan..
Sangat menarik
kalau berjaya simpan, sangat menarik tu tuan..
Ok idea ni memang menarik. Kalau rasa dengan pendapatan sekarang tak mampu nak simpan RM1,000 setiap bulan, carilah peluang untuk tambahkan pendapatan 🙂
Duit dari pendapatan tambahan tu la yang kita buat simpanan kan
peluang sentiasa ada..tunggu masa nak grab ke idok je kan ..
No.1 & 3 tu agak mudah sikit berbanding yang lainnya. Untuk No.1, rata-ratanya semua ada komputer dan talian Internet. Gunakan sahaja apa yang ada, cuma tambah ilmu sikit dalam perniagaan dropship ni.
No.3 pula boleh gunakan kamera yang berharga sederhana dulu yang rata-ratanya mampu dimiliki. Tidak ada yang berkahwin masa waktu bekerja. Selalu dibuat musim cuti sekolah atau hari sabtu dan ahad. Sambil ambil gambar boleh bawa keluarga makan kenduri. Kita ambil gambar, anak-anak pula, pasangan yang jaga. Jadi tiada istilah tinggalkan keluarga waktu cuti.
hehe betul gak tu yg no3..tidak ada yang berkahwin pada hari bekerja kan..tp tak best gak kalau bawa famili ke kenduri umah client yg tak rapat..
Good Tips! Main kutu pun ok. Hehehe
main kutu pun possible. tapi berapa RM nak kena letak tiap2 bulan untuk jana rm1k setiap bulan?
Bestnya kalau dapat simpan RM1000 sebulan… Cukup 2 tahun simpanan dah boleh buat bayar deposit untuk membeli rumah…
betul gak tu. RM1000 x 24bulan dah ada RM24k.. cukup utk depo tu
Nampak mudah tapi memang tak ramai yang berjaya untuk simpan RM1000 sebulan.. Tapi ia juga tidak mustahil..
Siapa yang berusaha dialah mendapat hasilnya 😉
Artikel yang menarik
betul tu. nampak mudah. nak collect rm1000 mungkin boleh, tp nak save tu yg susah. maklumlah bila duit dah ada kt tangan hehe
betul tu kena pandai cari duit lebih..takan nak harap duit makan gaji je..
alhamdulilah selain duit payment review dan duit pau dptlah menabung skit2
tu pun kena cari extra..haii skrg ni mcm2 perlukan wang..mahal2 plak tu x cukup kan
zaman skang ni, selagi ada kudrat dan akal fikiran, kena slalu fikir jana pendapatan tambahan yg berkat&halal
Kalau perempuan selamat jadi pemandu Grab, saya pasti takkan lepaskan peluang ni.
FUh, thousand a month! Banyakkkkk tu.. Harap saya dapat buat. Pasti boleh!
rasanya ramai dah driver UBER/GRAB pompuan skang ni..consider selamat lagi la kan
Dapat RM1000 sebulan untuk menyimpan
Setahun dah jadi RM12,000 kan belum masuk pulangan komisyen dari pelaburan dan lain lain
Apa yang penting rezeki tu halal dan berkat
Tak kira sikit atau banyak
sebab yang berkat tu walau sikit cukup
ya keberkatan yang kita cari. walapun sikit tapi berkat pun dah memadai, apatah lagi kalau banyak dan berkat kan 🙂
SA tengah usaha dengan mula meniaga masakan kat opis..amik order setiap minggu, isnin deliver kat kawan- kawan opis..minggu ni masak ikan bilis goreng cili api + petai…tp limit order tak banyak cuma 10 bekas sekali deliver…boleh la buat belanja dan simpan sikit…sekarang memang zaman kena menyimpan..anak nak masuk universiti nanti kan
TErbaik la SA..semoga terus dimurahkan rezeki SA&anak2