Terlebih dahulu, selamat maju jaya aku ucapakan kepada calon-calon UPSR yang sedang berjuang minggu ini. Di Facebook, aku tak terjumpa lagi calon-calon ini yang update status perasaan nervous mereka menghadapi peperiksaan penting yang pertama dalam hidup mereka. Rata-rata yang update status nervous adalah ibu bapa mereka, lebih tepat lagi ibu mereka. Rilex. Kalau ibu buat muka cuak, anak pasti lagi cuak. Good luck! Semoga tercapai impian untuk melihat Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti .
Selepas UPSR, mereka akan melangkah ke alam sekolah menengah. Kemudian berjuang untuk menduduki PT3 dan seterusnya SPM. Selepas itu, barulah mereka meneruskan perjuangan yang lebih mencabar di universiti. Cabaran bukan hanya kepada anak, tetapi juga kepada ibu bapa yang perlu memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan pelajaran anak di universiti.
Sedia maklum, jumpa pembiayaan pelajaran di peringkat universiti bukannya jumlah yang kecil. Untung sabut timbul. Anak yang cemerlang di peringkat SPM dan bernasib baik akan ditawarkan biasiswa sepanjang pengajian di universiti.
Bagaimana pula bagi anak yang kurang bernasib, tidak ditawarkan sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajaran untuk meneruskan pengajian di peringkat yang aku kira sangat penting dalam kehidupan? Sebagai ibu bapa (walapun anak baru berumur 1 bulan!), adakah korang memikirkan perkara ini?
Ya, aku memang memikiran kos ini sejak hari pertama Dayyan dilahirkan, satu keperluan dalam masa 14 tahun akan datang ( umur sekarang 4 tahun). Aku consider pasa masa itu, tiada pinjaman pelajaran mahu pun biasiswa yang ditawarkan. Jadi, aku letakkan perkara ini sebagai tanggungjawab aku sebagai bapa untuk menyediakan sejumlah wang untuk membolehkan anak aku meneruskan pelajaran di peringkat universiti.
Berapa Kos Menyambung Pelajaran di Universiti?
Kos pengajian berbeza bergantung pada kursus yang diambil.
Katakan, Dayyan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di IPTA;
Ini baru yuran pengajian, tidak termasuk buku-buku dan peralatan lain. Katakan RM1,000.00 untuk satu semester diperlukan. Sejumlah RM10,000.00 diperlukan untuk sepanjang pengajian.
Untuk duit hostel & makan minum setiap bulan pun perlu diambil kira. Katakakan RM1,000 diperuntukkan untuk setiap bulan. RM1,000 X 12 bulan X 5 tahun..RM60,000 diperlukan untuk sepanjang pengajian 5 tahun.
Suka atau tidak ini kos yang perlu aku sediakan untuk tempoh 14 tahun akan datang. Ini anggaran aku berdasarkan kos pada masa sekarang dengan mengambil kira inflasi sebanyak 3% setahun.
Jadi bagaimana cara yang terbaik untuk aku sediakan RM95,500.00 ini?
Tips Kumpul Hampir RM100,000 untuk Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti.
Dengan permulaan RM1,000.00 dan simpanan RM150.00 setiap bulan , aku merancang untuk membuat tabungan pelajaran anak-anak sejak awal usia pertama mereka.
Tetapi, jika aku menyimpan dan melabur di tempat yang betul dengan dana yang betul, aku anggarkan pulangan tahunan ialah sebanyak 10%, jumlah simpanan terkumpul aku adalah sebanyak RM95,012.00 selepas 18 tahun.
Tak percaya? Korang boleh kira seperti di dalam jadual yang aku dah sediakan khas untuk perancangan aku mengumpul perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran di universiti nanti.
AGE | ANNUAL | YEAR END |
( YEAR ) | INVESTMENT (RM) | VALUE (RM) |
1 | 2650 | 2,915 |
2 | 1800 | 5,187 |
3 | 1800 | 7,685 |
4 | 1800 | 10,434 |
5 | 1800 | 13,457 |
6 | 1800 | 16,783 |
7 | 1800 | 20,441 |
8 | 1800 | 24,465 |
9 | 1800 | 28,892 |
10 | 1800 | 33,761 |
11 | 1800 | 39,117 |
12 | 1800 | 45,009 |
13 | 1800 | 51,489 |
14 | 1800 | 58,618 |
15 | 1800 | 66,460 |
16 | 1800 | 75,086 |
17 | 1800 | 84,575 |
18 | 1800 | 95,012 |
Boleh percaya ke jumlah terkumpul ni?
InsyaAllah..inilah yang dinamakan “The Power of Compounded Saving in Unit Trust” . Dengan kata lain, ianya adalah kesan kepada pengumpulan pelaburan ditambah dengan keuntungan tahunan. Lebih lama kita menyimpan, lebih banyak kita menyimpan, kadar peningkatan keuntungan lebih banyak dan lebih cepat.
Nak tahu dengan lebih lanjut atau berminat untuk mula melakukan simpanan tabung anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti, bolehlah hubungi aku di talian 017-2101282.
Tetapi dengan syarat, keuntungan setiap tahun akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelaburan selama 18 tahun.
Barulah lebih mujarab:-)
Selamat merancang!
Jangan lupa kontek aku ok!
Oh ye, selain cara ini, korang boleh juga menyimpan setiap bulan dengan TIPS SIMPAN RM1000/bulan.
Nota kaki: Jumlah kos yang aku tunjukkan tu bukanlah tepat. Dan hasil terkumpul RM95,012.00 itu berdasarkan pulangan tahunan 10% (setiap tahun % tak sama) yang aku kira purata pulangan yang dianggarkan. Jumlah terkumpul boleh berubah mengikut simpanan bulanan masing-masing.
This is amazing thanks for sharing this blog I have become a fan of your blogs now. This blog is so interesting and informative.
bagus plan mcm ni kan…kena simpan awal duit utk anak..
utk anak2 memang kena start dari diorg kecil kan.
tips kumpul duit memang sangat saya perlukan susah sekali berjimat setiap bulannya
Thorbaekk abe. Bangga bersaim dengan abe yang celik kewangan ni…
tengah menyimpan jugak tuk anak-anak.. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. inshaAllah
memang kena menyimpan gk utk anak-anak ni kan..meh bukak akaun meh
hoho..
rajin hang buat kira-kira.
Ya..simpanlah duit untuk anak.
Hehe..
aku ni memang minat dgn nombor2 ni.. dulu nk jadi akauntan, tapi tak berjaya haha
Masa zaman anak anak nanti, rasanya tak ramai nak belajar kat universiti lagi. Sebab ramai graduan tak ada kerja
Lebih baik send mereka pergi kursus kemahiran. Dapat mentor dalam bidang yang sama dan dah berjaya
Duit memang kena sedia awal lah
Sebab kos pelajaran memang akan naik
mungkin juga..masa tu org dah tak heran bila masuk universiti. mungkin kursus kemahiran lebih berbaloi. tapi still kena saving untuk pendidikan anak-anak kan. tak tahu masa tu (next 15yrs) tahap bayaran utk pendidikan kan
Bagus juga idea tuan ni. Macam orang pergi haji
Buat sikit sikit. Sedar sedar dah cukup
Strategi ini nampak berisi dalam diam, sambil tunggu anak besar, duit turut berkembang.
Betul tu..menyimpan awal-awal, dah dekat nanti takde la kelam-kabut sgt..tuan dah ada akaun unit trust? Kalau belum ada, bolehlah kontek..hehe
Memang perlu dah kita simpan untuk pendidikan anak² demi masa depan diorang. Tak boleh nak mengharapkan pinjaman lagi
Mmg tulah realitinya.. tahun depan anak sulung pun dah tamat pengajian dan beberapa di belakang akan menyusul tahun2 lepas tu. Mmg tngh zaman menyimpan utk mereka. Belanja pun kena beralus utk beberapa tahun ni š
Kalau beli rumah pun boleh dapat juga invest ment return macam ni
Dengan ilmu dan pembelian yang betul
Apa pun nak invest mesti faham intrumen
Kalau kita merancang pun boleh jadi perkara tak diingini
Apatah lagi kalau kita tak merancang kan
Seram kalau kira tapi tetap kene kira!
memang perlu info macam ni. pelajaran bukan murah skrg ni