March 19, 2024

7 Perkara Ini Menjadi Paku Kepada Tong Pahala Kita.

Pagi ini, selepas Subuh, ada sedikit masa untuk membaca satu bab dalam ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Ini juga ilmu baru aku ketahui. Ada amalan baik yang pernah aku atau korang lakukan, tapi di sebalik itu, ada amalan lain yang mungkin kita lakukan tanpa sengaja yang boleh menghapuskan kebaikan itu.

Teguran untuk diri sendiri, aku sampaikan kepada kawan-kawan aku di sini. Kadang-kadang kita kena tengok diri kita lebih banyak, lebih teliti dan lebih tekun. Selalu rasa sempit walau dah banyak kita rasa kita buat baik. Kita duk marah kenapa jadi begini kenapa jadi begitu.

Paku Kepada Tong Pahala Kita.

Dalam tak sedar, mungkin kita telah lakukan ini:

1. Sedekah, namun tidak berusaha bekerja.

2. Pemurah, namun tidak menjaga mulut.

3. Banyak memberi, namun suka menunjuk-nunjuk dan nak disebut-sebut.

4. Suka buat kebaikan, namun suka dipuji-puji dan ada rasa kecewa apabila orang tidak berterima kasih.

5. Banyak membantu ibu bapa, namun suka bergaduh sesama adik beradik.

6. Gemar berbelanja rakan taulan, namun kedekut dengan keluarga.

7. Suka berilmu namun rasa bagus dengan banyaknya berbahas.

Semua 7 perkara ini akan jadi paku kepada tong-tong pahala kita. Ia akan membocor dan tiris semuanya perlahan-lahan. Jadi nak buka kunci rezeki tak sempat kerana pahala itu hilang begitu sahaja. Ia seperti kalian pergi ambil air di perigi menggunakan baldi yang bocor.

Saat ambil ia penuh, dalam perjalanan ia hilang sedikit demi sedikit, lalu perlu ulang lagi dan lagi sampailah kita perasan yang bocor itu perlu ditutup dahulu barulah kita dapat sepenuhnya.

Mari kita tutup dan tampal semua bocor-bocor tersebut ya. Semoga semua amal baik, dapat membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kawan-kawan aku yang membaca post ini. Banyak ilmu yang aku perolehi daripada ebook 21CMR ini. Aku sangat sangat rekemen untuk korang turut membaca ebook ini. Boleh dapatkan di link di bawah ini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/736

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “7 Perkara Ini Menjadi Paku Kepada Tong Pahala Kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *