March 19, 2024

Raikan Rakan Projek.

Lebih 10 tahun aku berkecimpung dalam industri kejuruteraan minyak & gas sebagai seorang yang ‘handle’ projek. Kerja aku lebih kepada ‘multitask’, semua aku buat..haha..Daripada merekabentuk (design/engineering), kira kos (costing), pembelian (procurement), fabrikasi (fabrication), pemasangan (installation) sehingga ke testing & commissioning.

Penat otak?

Giler ko tak penat..

Kalau ikutkan skop kerja aku, memang banyak dan macam-macam nak kena tahu dan mahir. Tetapi satu prinsip aku sejak awal-awal aku belajar untuk survive dalam industri, “Tak semua benda kita kena tahu, paling penting kena tahu handle human being..

Pendek kata, aku kena ada satu tim yang power untuk memastikan satu-satu projek aku berjalan lancar.

Aku tak perlu power dalam merekabentuk sesuatu sistem, yang aku perlukan ialah seorang draughtman yang mahir dan memahami apa yang aku inginkan.

Aku tak perlu cari sebut harga sana sini, yang aku perlukan ialah tim procurement yang tahu mana nak cari item yang diperlukan dengan harga terbaik.

Aku tak perlu turun padang setiap hari, yang aku perlukan tim juruteknik yang tahu melakukan aktiviti di site dengan kualiti yang terbaik.

Pada aku, bekerja dengan ‘orang’ adalah lebih sukar berbanding mesin. Ye la kan, manusia ada hati perasaan, ada had tenaga dan perlukan pemangkin untuk mereka bersemangat untuk terus bekerja dengan bagus.

Menjadi ketua tidak bermakna boleh menjadi pemimpin yang baik. Prinsip yang sentiasa aku pegang, jadilah seorang pemimpin di dalam sesebuah organisasi, bukannya seorang ketua yang hanya tahu memerintah.

Paling tidak, hargailah mereka.

Macam mana nak hargai mereka atau tim yang berpenat lelah bagi memastikan projek aku berjaya dengan penuh bergaya?

Raikan mereka!

Tanda aku appreciate masa yang tim aku dah korbankan untuk projek, sesekali ‘open table’, apa nak berkira sangat kan!

tips jadi pemimpin

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi projek aku sejak tahun 2016 di Kertih Terengganu. Ini separuh daripada rakan projek aku yang bertungkus-lumus untuk habiskan projek ini. Yang lain-lain tu ada komitmen masing-masing.

Pada sebelah petang, dah golek 2 ekor kambing untuk dikendurikan bersama kontraktor dan klien kami. Malam ni, sesi untuk tim utama plak. Makan sampai kenyang hingga ke pagi!

InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa di projek seterusnya..thank you guys!

Tim aku memang majmuk, ada muda, ada tua, ada gemuk, ada kurus hahaha

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

19 thoughts on “Raikan Rakan Projek.

  1. Wahhh .. baiknya hati Jmr sudi hargai usaha dan penat lelah orang bekerja dengan jmr.. semoga murah rezeki jmr.. mesti diorang lebih bersemangat nak buat apa2 kalau dihargai macam ni..

  2. Allahu sedapnya tengok makanan tu hahahah..apa pun gathering ngan kawan-kawan sambil celebrate projek memang terbaik..hehehe..eh tetibe rindu nak makan-makan camni ngan kawan-kawan

  3. dulu i ada kawan o&g juga ahahha i ingat dia ada kasi hadiah dekat i tak mana lah i letak hahhahaahaha… tapi memang selalu kalau ada kawan yang kena dalam team memang selalu makan makan celebration ni kan hahhahah rindu pula nak meet up dengan kawan kawan i hahah

  4. Setuju bekerja dengan manusia lebih sukar berbanding mesin. Sebab ad hti yg perlu di jaga selain menjaga dan mengambil berat tentang kebajikan tim/orang bawahan. Ia juga adalah sesuatu yg mencbar bagi saya kerana saya wanita dan orang bawahan/tim/staff adalah lelaki. Tapi i’m just enjoy & always feel to good yeahh

  5. Wahhhhh bestnya makan besar macam nie. Jarang dapat. Selalu sebulan sekali merasa bila ayah gaji. Hahahha. Mmg salah satu cara nk hargai team yg bersusah payah menjayakan sesuatu adalah dgn cara raikan mereka. Mereka akan rasa lebih dihargai

  6. Setuju sangat part ni – “Tak semua benda kita kena tahu, paling penting kena tahu handle human being..“
    Tapi bila laaa agaknya Abam Jamar nak belanja kita lak. Hurrmm… Kita sanggup tunggu saat raikan rakan tu. Hehee

  7. Ala bila nak raikan kita pula rakan blogger ni hehehe betul tak kawan-kawan lain apa salah kalau sekali sekala belanja tak rugi pun hehehe sedap semua makanan tu bestnya banyak lak tu wakakkaka.. Kalau nak pilih tempat makan kita ada cadangan wakakakaka..

  8. Nicee tu dapat lepak2 makan2 dgn geng2 lama kan hehe. Adoi sedap2 jugak tu nampak makanan2 tu semua, and whattt, kambing, adoii lagila terliur haha. Yet betul tu kdg2 mmg penat jugak kerja dgn org, mcm2 kerenah jumpa kan hehe. All the best!

  9. Pergghhh geng O&G rupanya… power power. Hehe. Seronok kan dapat makan sekali sekale beramai2. Rindu plak team zaman kerja dulu. Skrg dah takde nak keluar celebrate projek ke pape dah huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *