September 28, 2020

Tips nak hidup bila harga barang naik.

Tips Satu.

Haritu beli kuih tradisional yg belang-belang pink+putih, apa tah namanya, feveret bini..

Selalu beli, 5 biji RM2..

Tapi masa nak bayar, akak tu cakap dah naik harga, RM2 dapat 4 bijik jer. Kalau 5 biji dah jadi RM2.50..

Aku hulur note RM100. Bau bank lagi, baru cucuk jap td.

“Takde duit kecik ke dik?” tanya akak tu..

“Takde kak, ada RM1 2keping ja ni..tak cukup 50sen.” reply aku.

“Takpela, akak bagi RM2 je la..”

Aku senyum, sambil hulur RM1 dua keping..hehehe..

 

Kadang-kadang takleh pakai sangat kata menteri-menteri ni, ” Kalau karipap mahal, jangan makan karipap, makan onde-onde..”

Hidup nak kena kreatif&innovatif..

kahkahkah…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Tips nak hidup bila harga barang naik.

  1. Nampaknya kena sentiasa spare duit besar ler kalau macam tu. Tapi berkesan ke kalau nak bayar toll…!, nak try sekali kat tol kalau-kalau kakak yang jaga tu, kata tak apalah, dua ringgir saja, belen saya belanja…hehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *