September 28, 2020

Temujanji di Institut Jantung Negara.

4 Februari 2013. || IJN KL

#Kalau boleh taknak datang sini untuk diri sendiri atau mereka yang lain, tapi…

Susulan daripada check up di USM Kubang Kerian, membawa ayah ke Institut Jantung Negara(IJN) untuk pemeriksaan dan tindakan susulan..

Memandangkan ini pertama kali ayah datang ke IJN, maka perlu didaftarkan dibawah ‘kes baru’. Antara prosedur yang memakan masa agak lama. Isi borang untuk kes baru, then jumpa seorang pegawai untuk key in segala bagai data&amik gambar, then gi kaunter bayaran untuk bayar registration fee sebanyak RM90 dan dapatlah file hijaun seperti di atas. Pastu jumpa pegawai tadi balik dan dapatkan no giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar. Proses bermula dari jam 12.00pm sehinggala jam 4.30pm baru setel sesi konsultasi. Since ayah aku dah memang siap sedia dengan surat rujukan doktor dari USM Kubang Kerian, jadi memang dah boleh tahu awal-awal akan berjumpa dengan Prof Datuk Dr. Azhari Yaakub, Cardiovascular Surgeon. Fuhh.. dah la prof, datuk la tu, pastu Dr lak tu..seram sejuk la dengar nama gitu..

 

Apa masalah sebenarnya? Aku sebenarnya tak berapa faham gak dengan keterangan doktor ni, nak-nak bila doktor ni tengok copy CD dari doktor USM, yang hanya menunjukkan test report CT scan, yang sekadar memaparkan gambarajah Xray, tapi beliau dengan selambanya boleh explain dengan panjang lebarnya.

Sedikit sebanyak yang aku faham, sebenarnya, sejak awal tahun ni, sistem suara ayah aku terganggu dan bila melakukan pemeriksaan lanjut, didapati aorta/ saluran utama darah ke jantung mengalami pembengkakan dan mengganggu sistem saraf suara. Punca? Jawab doktor, tidak dapat dikenalpasti..sampai bila? Jawab doktor, itu semua kerja Tuhan..

Tiada kesakitan dalaman kecuali batuk-batuk yang menyesakkan nafas dan mengekremkan perut ayah. Dah namanya pakar bedah, memang kalau ditanya rawatan lanjut, memang kena buat operation la jawabnya. Dan bila aku tanya pasal risiko pembedahan ni, jawabnya pembedahan ni berisiko 3Xganda daripada bypass jantung dan berkemungkinan akan berlaku internal bleeding(which is akan muncul pelbagai kesan sampingan..), stroke ataupun kematian. Ya Allah, dah takde kemungkinan lain ke??? Buntu untuk membuat keputusan, dan keputusan yang terbaik pada masa sekarang hanyalah ‘meminta masa’ untuk kami sekeluarga berbincang bersama. Dengan ‘doa’ semoga ada alternatif lain selain daripada ‘jalan curam & berliku’…

Aku yakin ‘tiada penyakit yang tiada penawarnya selain mati’…doakan semoga ayah dikurniakan kesihatan yang lebih baik sepertimana 66 tahun sebelum ini..amin~

**kuatkanhati&iman..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Temujanji di Institut Jantung Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *