Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, mentor saham yang tidak asing lagi di Malaysia. Aku mula mengenali beliau beberapa tahun sebelum mula berdagang dan melabur di pasaran Bursa Malaysia. Setiap kali ada seminar yang dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy, aku akan mencari masa untuk dicuri dan hadir ke program yang dianjurkan oleh beliau.
Baru-baru ini, aku dan rakan blogger berpeluang menyertai Simposium Saham Syariah yang diadakan di UiTM Shah Alam. Aku tertarik dengan objektif program kali ini, Saham Syariah. Jika sebelum ini, kebanyakan program tentang saham lebih tertumpu kepada asas jual beli saham di pasaran Bursa Malaysia.
Dari jam 8 pagi hingga lewat petang, kami berkampung di dewan yang sangat dingin, mendengar diskusi dan perkongsian daripada beberapa nama hebat di Malaysia. Output daripada sesi ini, beberapa kemusykilan dan ketidakpastian yang aku dok fikirkan sebelum ini, terjawab sudah.
Aku tak nak berceloteh panjang untuk post kali ini. Cuma aku highly recommended untuk korang yang berminat dengan saham, jangan lepaskan peluang menuntut ilmu dengan mentor saham no#1 Malaysia dengan menghadiri sesi perkongsian sebegini. Aku rumuskan beberapa ilmu yang aku dapat semasa Simposium Saham Syariah tempoh hari.
Ilmu Baru di Simposium Saham Syariah 2018.
Sesi pagi dimulai dengan perkongsian oleh Tuan Faizul mengenai Gunung Kewangan, bagaimana untuk mengatasi plateau atau siling dalam kehidupan dengan mencari guru yang betul.
Lepas tu, dengar pula daripada Tuan Haji Mohd Asri mengenai Formula 7RM, bagaimana untuk mengenal pasti saham mana yang bagus, dan masa terbaik untuk beli saham.
Apa Itu Formula 7RM?
- Right mindset
- Right market
- Right Meaning/Mea
- Right Management
- Right market price
- Right Moment/Timing
- Right Money Management
Sesi diteruskan dengan ucapan daripada CEO Bursa Malaysia, berkongsi pengalaman dan tips bagaimana untuk menjadi seorang trader yang berjaya, dan pentingnya disiplin dalam berdagang. Aku suka dengan setiap perkongsian oleh Datuk Seri Tajuddin Atan terutama bab “Celik Kewangan“. Pengalaman beliau yang lama dalam industri kewangan di Malaysia membezakan beliau dengan ‘trader’ yang lain.
Kata beliau, 4 prinsip utama yang sering kali tidak dipenuhi oleh pedagang di pasaran saham iaitu:
- Fundamental
- Charting
- Technical Analysis
- Gut feel/Gerak Hati
Beliau juga berkongsi cara terbaik untuk membuat keputusan di dalam jual beli saham (Decision Making). Ilmu ‘decision making’ ni nampak simple, tapi sangat powerful untuk trader berjaya.
- Worst thing- should worry what you don’t know.
- Require a lot of discipline & emotion.
- Discipline- timing of entry & exit the market. Stick to main Objective & strategy.
- Psikologi. Penting untuk faham keadaan pasaran semasa dan orang di sekeliling.
Kongsinya lagi, Paling untuk elak jadi ‘degil’ untuk membuat keputusan ketika berjual beli di pasaran saham. “Degilsm” tidak beri apa-apa kesan kepada perkembangan hidup seorang trader/investor.
Greed is good..Psychology+Emotion akan diterjemahkan di dalam Carta (Chart). Jadi perlu untuk kita kuasai ilmu carta, supaya kita dapat tahu emosi pelabur.
Maaf, aku campur adukkan sebab ini apa yang sempat aku catit. hahaha
Seterusnya Datuk Samsul Husin, pengerusi DNEX Berhad dengan topik Bagaimana Membina Syarikat Berpotensi ke Bursa Malaysia.
Aku tertarik dengan kisah hidup beliau. Beliau memulakan syarikat dengan 3 rakan sambil bermodalkan RM20,000. Sekarang syarikat beliau dah mencecah RM1 bilion pula. Jika beliau boleh buat, kenapa tidak kita kan?
Kemudian Mufti Wilayah Persekutuan pula naik ke pentas bagi membincangkan topik Melabur Tanpa Ragu. Lepas ni tak perlu takut lagi untuk melabur dalam saham patuh Syariah di Bursa Malaysia, mufti pun dah bagi green light tu.
Belum tamat Simposium, kepala aku dah sarat dengan ilmu tentang pelaburan saham patuh syariah. Tapi sesi seterusnya lagi menggamatkan suasana. Hilang rasa penat sebab sedut ilmu saham banyak sangat. Aku rasa 80% daripada sesi ini dimeriahkan dengan gelak ketawa audien.
Serius, dalam dok gelak-gelak, banyak ilmu saham dunia & saham akhirt yang di kongsikan oleh geng-geng ustaz, Ustaz Ahmad Husni, Ustaz Syed Norhisyam & Ustaz Haslin Baharin.
Mereka ini yang turut berdagang dan melabur di pasaran saham Bursa Malaysia.
Boleh bayang tak, betapa bestnya Simposium Saham Syariah ini? Terasa rugi kan tak join sama?..Jangan kecewa sangat.
Banyak lagi program-program seperti ini yang telah disusun atur oleh pihak Asri Ahmad Academy demi menyedarkan tentang orang kita yang pasaran Saham di Bursa Malaysia adalah lubuk duit.
Nak cekau duit di lubuk itu, kenalah tahu cara, kenalah ada ilmu kan.
Untuk program seterusnya, boleh semak di: www.asriahmadacademy.com
Tahniah kepada semua yang hadir ke Simposium Saham Syariah 2018. Moga agenda pemerkasaan ekonomi ummah ini dirahmati Allah SWT.
Bagusnya event-event ilmiah camni yang penting dunia dapat akhirat pun dapat
bagus ni banyak ilmu dapat pasal saham. saham tak boleh dibuat main..haru kan..kene ada ilmu sikit baru boleh labur..takda rasa was2
bestnya dapat sertai majlis ilmu macam ni..sekurang2nya kita dapat tahu tentang saham syariah
Simposium yang sangat bermakna dan banyak memberi maklumat. Alangkah bagusny kalau saya juga dapat peluang yang sama
Woah bagusnya ada symposium macam ni..esp for muslim kan..bukan apa…mcm2 sangat org cerdik pandai sedap2 cakap xboleh la main saham..itu la ini la….
Arghhhh org2 mcm ni lagi wajib join symposium ni..hahhaha
wah i masih clueless mengenai simposium saham syariah ni… sebab i masih belum mahir mengenai saham, mungkin bila dah terbuka minda i would like to figure out thanks for sharing…
Honestly, kalau bab saham-saham ni memang otak tak berapa nak masuk ilmu, hehe
pernah join sekali event saham dari AAM. memang best dan bersemangat. banyak speaker best2 sepanjang simposium. bagus sangat celik ilmu saham supaya dapat melabur dengan yakin
Khusyuk betul duk dengar ye. Hehe. Emi so far memang belum berminat pasal saham bagai ni. Nampak macam complicated je. Tapi in future mana la tahu blh tersuka pulak kan.
Bagusnya ada majlis ilmu seperti ni. Tak semua orang tahu mengenai ilmu saham seperti ni. Bila ada mufti yang memberi talk mengenai hal ni sedikit sebanyak kita dapat ilmu yang mungkin sebelum ni kita tak pernah tahu. Ilmu dunia pun dapat,akhirat pun dapat. Nice sharing bro JMR
Bagus lah kalau dapat sertai program macam ni hehehe tak sangka kita nak juga try tambah ilmu macam ni hehehe bila agaknya ada peluang nanti ajak kita ok…
I ni conservative sket. Tak daring langsung nak bersaham saham. Nanti darah dok naik turun karang. So I go ASB je la. But its good to get such knowledge too. Why not?
Kalau ada saham ikut syariah ni, berbaloi sikit nak join. Tak reti pasal saham ni sebenarnya tapi it is a good investment kan. Lagi lagi bila ada yang patuh syariah, lagi bagus
Best bila dapat kumpul ilmu dalam majlis berguna macam ni 🙂 Info berguna juga untuk mereka yang ingin ambil tahu tentang saham syariah.
Majlis ilmu mcm ni mmg sgt bagus. Secara tak langsung membuka lebih bnyk ilmu rujukan, beri semangat dan networking juga.. terbaik bro.
it’s great to educate ourselves and know more about shares.. always great investment opportunity
Bila majlis ilmu macam ni memang bagus kalau kita dapat faham, explore dan berkongsi semua ilmu kan..best kalau dpt join..
Macam best ilmu saham ni. Tapi banyak nak kena belajar lagi-lagi kalau yang baru nak menceburi bidang ni. Kena faham baru buat, bukan ikut-ikut orang kan. Kalau mengena game plan dia memang untung.
this is good knowledge to share with my Muslim friends.
definitely will not be regret of sharing n let them join this
bagus ni, majlis ilmu. Tapi aku cam lembap sket kot untuk ambil notes hehhe.. kena concentrate betul-betul ni kan.. congrats bro!!