Sebenarnya, Apa Itu Unit Trust?

Unit trut, Unit Amanah, Saham Amanah, Amanah Saham..? Ini semua adalah benda yang sama. Ramai yang masih keliru. Saham amanah dengan Bursa Saham pula? Ha yang tu sama tapi berbeza. Jom aku kongsikan apa itu unit trust secara ringkasnya.

APA ITU UNIT TRUST?

Unit trust adalah produk keluaran  syarikat Pengurusan Unit Amanah yang mengumpul duit-duit pelabur daripada pelabur untuk dilaburkan (bagipihak pelabur), dengan ‘ikatan amanah’. Di mana duit ini dilaburkan? Fund manager akan laburkan duit ini dalam pasaran saham sama ada di dalam atau luar negara.

Jangan risau, pelaburan anda dipantau oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Report untuk setiap fund ini boleh dibaca oleh pelabur di website syarikat.

1# SIAPA YANG BOLEH MELABUR DALAM UNIT TRUST?

Jika kau orang 18 tahun ke atas, dah layak membuka akaun Unit Trust dengan aku.

Jika masih di bawah 18 tahun, ibu bapa/penjaga boleh menjadi first holder, dan anak sebagai joinholder.

Jointholder tiada kuasa untuk mengeluarkan investment dalam Unit Amanah tanpa ada sign dari First holder.

2# BERAPA RM MINIMUM YANG BOLEH DILABURKAN DALAM UNIT TRUST?

Untuk permulaan, jumlah minimum adalam RM1,000.

Dan pelabur boleh membeli tambahan unit dengan jumlah serendah RM100. Dan tiada had maksimum.

3# CARA MELABUR DALAM UNIT TRUST?

Ada 3 cara yang boleh dipraktikkan;

  1. Secara bayaran tunai setiap bulan.
  2. Lump sum
  3. Menggunakan Akaun 1 KWSP. (Labur tanpa menggunakan cash di tangan)

4# UNIT TRUT NI SESUAI UNTUK PELABURAN JANGKA MASA PENDEK KE JANGKA MASA PANJANG?

Jika soalan ini ditanya pada aku, jawab aku;

i) Tidak sesuai untuk jangka masa pendek (kurang 3 tahun). Pelaburan unit trust mempunyai kos pengurusan/service charge.

ii) Sesuai untuk jangka masa sederhana (3-5 tahun).

iii) Sangat sesuai untuk jangka masa panjang (lebih 5 tahun). Sangat digalakkan untuk dana persaraan atau pendidikan anak masuk universiti.

apa itu unit trust

6- SENANG TAK NAK DAPATKAN DUIT SEMULA?

Unit amanah sangat liquid, pelabur boleh menjual kembali unit pegangan mereka dan duit akan dimasukkan terus ke akaun personal dalam masa 10 hari bekerja.

7# BERAPA KOS PENGURUSAN UNIT TRUST?

  1. Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
  2. Management fee : dikenakan setahun sekali
  3. Trustee fee : dikenakan setahun sekali
  4. Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
  5. Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.

8# BERAPA PURATA PULANGAN DARIPADA UNIT TRUST?

Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA (2002 – 2012) purata pulangan

Akaun simpanan bank biasa : 1.3%
Simpanan Tetap (FD) : 3.47%
Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)

9# MACAM MANA NAK MULA MELABUR DALAM UNIT TRUST?

Kau orang boleh direct mesej atau call no Unit Trust Consultant (UTC) ni +017-2101282 .. Nanti UTC ini akan terangkan dengan lebih lanjut.

Aku pasti, ramai yang tertanya-tanya

 Unit Trust Mana Yang Bagus?

Setiap pelaburan ada risiko dan baik buruknya. Selalu selalulah berdiskusi dengan UTC kau orang 🙂

Selamat melabur!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

26 Comments

  1. Xsilap unit trust ni ada 2 kan.. Convent & islamik.. Bgus sbnrnya klo buat unit trust ni.. Tp kena paham elok2 kan supaya tak salah steps.. Wawa xpenh lg buat ni tp kwn wawa penah cite psl unit trust ni dlm melabur…

  2. Unit Trust ni sebenarnya bagus dan kena pandai pilih tempat untuk melabur serta agen yang kita daftar tu kan. Supaya kita terjaga . Cuma onie masih tak berkesempatan buat UT lagi,huhu

    1. Author

      alhamdulillah..3 tahun dapat naik 40% kira dah well perform tu..btol tu, keberkatan yg kita cari

  3. Thanks for d infos..memang long term sesuai la unit trust ni kan…tapi apa2 pun kena tau juga sesuai dengan kita ke dak ye dak..sebab ada org yang cash flow dia ckup2 mkn ja bulan2..

  4. Sis dari dulu tak berani nak melabur dlm unit trust atau apa2 saham. Bagi sis kalau ada duit lebih bolehlah sb kalau burn tak terasa..mcm sis ni nan hado..duit cecukup je..kalau burn sure nangis tak berlagu. Mayb kena belajar dulu baru berani kot

  5. Ohh baru kita faham apa tu unit trust hehehe sebelum ni semua bahasa omputih jer tak fahan kita tambah-tambah banyak sangat term yang mengelirukan tapi bila baca kat sini baru tahu boleh buat pelaburan secara tunai ingat melalui KWSP jer…

  6. Setau SA unit trust ni ada konvensional dan Islamic..setuju dengan pendapat kawan- kawan diatas, perlu faham betul2 unit trust ni kalau nak melabur jangan main belasah je..cari pelaburan yang diiktiraf jangan melabur skin cepat kaya nanti jadi cepat kayap

  7. Tak reti sgt tentang selok belok perkara ni. Setakat ni duit melabut kat asb jer. Dan ianya membiak di situ. Untung pun x tahu byk mana

  8. aida pernah melabur dlm unit trust. tapi da withdraw. dgn satu company besar jugak la kat malaya ni 🙂
    more than 5 years melabur. decide utk withdraw sebab melihatkan prestasi yg tak brape menguntungkan meskipun da lama. aida compare dgn satu lagi saluran investment aida.
    maybe sebab aida amik syariah compliance. ntah la. tu yg dikatakan oleh ejen la. so untung nyer tak brape meletops. then charges nyer tiap kali top up. itu pada aida wajib diambil kira la. ala-ala insurance hi hi h hi…
    aida study byk pasal unit trust along the way. pendek kata, kefahaman di tahap 80% la.

    1. Author

      Unit trust ni ada banyak dana/fund yg perlu dikaji sebelum membeli.

      Rasanya ejen tu mcm tak kena bila cakap ‘shariah fund’ yg sebabkan untung tak banyak. Ada banyak fund halal yang wellperform. Cuma kena tahu bila masa nak beli, bila masa nak jual.

      Charges tu normal utk mana2 pelaburan baik saham, hartanah dll..yg ni pun kena ditelitkan dan difahami..high risk & high return pun kena diambil kira..

      eh panjang plak. pendekkan cerita, nak tanya apa2, boleh email/kontek JMR 😉
      JMR recently posted…Suri Rumah Boleh Mula Daftar iSuri (Caruman Sukarela Insentif Suri KWSP) Mulai 15 Ogos 2018My Profile

  9. waa this is such a great info, thanks sebab share all of this information! Memang sangat berguna bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia pelaburan, or yang looking forward untuk melabur and all. Kena banyak gali ilmu mengenai unit trust and everything dulu kan.

  10. Unit Trust ni pun ada 2 kan? Konvensional dan Islamik….Tak berapa nak memahami sangat Unit Trust ni. Maybe kena lebih info dan melalui pembacaan atau consultant Unit Trust terangkan…

    1. Author

      betul tu..apa-apa aktivit, ilmu kena cukup di dada kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam