March 19, 2024

Waktu Terbaik Mula Melabur Unit Trust?

Kami pasti, soalan “Bila Waktu Terbaik Untuk Mula Melabur Unit Trust?” adalah antara soalan yang selalu ditanya oleh bakal pelabur unit trust anda. Jadi, bilalah waktu yang terbaik?

Jika dijawab berpaksikan philosophy, “Semalam adalah waktu yang terbaik untuk mula melabur dalam unit trust..” hehe.

Pelik bunyi jawapan ini kan. Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apa-apa pelaburan pun, bermulalah sedari awal usia. Sebabnya, lebih awal anda melabur, maka lebih tinggi pontensi untung untuk anda raih terutama apabila bercakap tentang “Compounding Interest“.

mula labur unit trust
Basic Saving Terkini

Apabila bercakap tentang pelaburan Unit Trust menggunakan dana Akaun 1 KW5P pula, kelayakan melabur juga berbeza mengikut umur apabila merujuk jadual Basic Saving oleh pihak KW5P.

Semakin meningkat usia anda, had kelayakan juga akan meningkat. Ini memberi kesan kepada jumlah pelaburan yang anda layak untuk dikeluarkan.

Pendek kata, semakin meningkat usia anda, semakin sedikit jumlah kelayakan yang boleh dikeluarkan. Kecuali, caruman anda meningkat secara berganda pada setiap tahun.

Beli Ketika Harga Rendah

Waktu yang tepat untuk melabur dalam Unit Trust adalah ketika harga jatuh, boleh labur pada harga lebih murah. Dalam pelaburan, kita perlu bijak mencari masa yang tepat. Persoalannya, bagaimana untuk kita ketahui harga unit tersebut akan jatuh?

Kami ambil study case ketika harga jatuh pada bulan Mac yang lepas. Harga jatuh ke tahap rendah adalah ketika permulaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu harga memang murah dan paling tepat untuk pelaburan.

Namun, berapa ramai yang berani untuk melabur pada masa itu?

Majoriti di antara kita yang ‘takut’ dengan situasi yang berlaku pada masa itu. Ada yang beranggapan ekonomi akan terus merudum. Pasaran akan ‘crash’ dan tak tahu bila akan pulih. Emosi takut menguasai diri.

Apabila market berpatah arah dan harga unit terus meningkat, masing-masing tepuk dahi dan menyesal tidak melabur ketika harga unit trust berada di tahap yang sangat murah.

Jadi, apakah jawapan yang terbaik kepada persoalan ini.

Jika tidak dapat mula melabur semalam, bermulah hari ini. Masih belum terlambat untuk mula melabur di dalam Unit Trust.

Walaupun ketika ini pasaran kembali menarik dan meningkat, ia masih tempoh yang sesuai untuk melabur. Pasaran akan kembali meningkat jika COVID-19 semakin menunjukkan penurunan kes pada peringkat global.

Pelabur Unit Trust juga tidak perlu risau mengenai turun naik pasaran kerana pengurus dana sentiasa meletakkan dana di sektor yang bertepatan.

Pelabur juga boleh berbincang dengan Unit Trust Consultant tentang strategi atau tindakan yang boleh dilakukan untuk berhadapan dengan pasaran yang turun naik pada masa ini.

Pada anda yang ingin mula melabur di dalam Pelaburan Unit Trust hari ini, boleh hubungi (Jamar: +017-2101282) untuk proses pendaftaran dan berdiskusi lebih lanjut.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *