March 19, 2024

Dividen ASB Tahun 2018 7.00 sen Seunit, ASN 3.25 sen Seunit.

Dividen ASB Tahun 2018 7.00 sen Seunit, ASN 3.25 sen Seunit.

Semalam telah diumumkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2018.

Agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi  ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Alhamdulillah..

Hari ni gak ramai klien unit trust dok mesej tanya berapa dividen unit trust tahun ni..

Dua dua ni, spesis ‘amanah saham’. Sama tapi tak serupa. Dah menjadi SOP aku, sebelum pelabur unit trust melabur, aku akan terangkan perbezaan instrumen pelaburan yang ada di Malaysia. Antaranya, ASB inilah.

Jadi, kali ini aku ingin kongsi perbezaan pulangan daripada ASB dan Unit Trust.

Cara Kira Dividen ASB.

  1. Pulangan ASB untuk 2018 terbahagi kepada 2 jenis iaitu Dividen & Bonus
  2. Pulangan ASB dikira dari purata baki minimun bulanan terendah.
  3. Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  4. BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  5. BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  6. Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh.

Cara Kira Distribution Unit Trust.

  1. Pulangan dari unit trust terbahagi kepada 3 bentuk iaitu Capital Gain, Distribution & Unit Split.
  2. Ketiga2 bentuk pulangan ini bergantung kepada jumlah terkumpul bilangan unit yang pelabur ada dalam akaun unit trust pelabur.
  3. Capital Gain adalah kenaikan positif melalui perubahan harga unit trust. Contohnya Faizal invest RM10,000 & mempunyai 28,000 unit dengan kos pelaburan 35 sen seunit. Tahun depan harga unit trust meningkat sebanyak 38 sen seunit. Jadi capital gain yang diraih adalah sebanyak 3 sen seunit. Keuntungan = 3 sen seunit x 28,000 = RM840 dari capital gain.
  4. Distribution adalah kadar bonus yang ditentukan oleh syarikat unit trust berdasarkan prestasi unit trust. Contohnya distribution diumumkan 2 sen seunit. Jika diambil contoh di atas 2 sen seunit x 28,000 unit = RM560
  5. Unit split adalah tambahan unit yang diberikan oleh syarikat unit trust kepada pelabur. Contohnya syarikat unit trust memberikan unit split dengan kadar 1 : 28. Ia bermaksud dengan setiap 28 unit yang pelabur ada dalam akaun mereka, pelabur dapat tambahan 1 unit secara PERCUMA.
  6. Contoh Faizal tadi ada 28,000. Jadi Faizal dengan senang akan dapat extra 1000 unit tambahan menjadikan jumlah unit keseluruhan adalah 29,000 unit.

Kesimpulan.

Walaupun dua-dua instrumen ini adalah Saham Amanah, tetap jelas ada perbezaan yang ketara dari segi pengiraan keuntungan ASB & UNIT TRUST.

ASB dikira berdasarkan baki minimum bulanan terendah manakala UNIT TRUST dikira dari jumlah kumulatif bilangan unit yang pelabur ada.

Untuk dapatkan pulangan maksimum ASB, perlu konsisten menyimpan setiap bulan dan tidak boleh keluarkan duit.

Untuk dapatkan pulangan maksimum UNIT TRUST, fokus kepada pengumpulan bilangan unit. Semakin banyak bilangan unit terkumpul semakin besar potensi pulangan yang bakal diraih. Hari ini beli, esok dapat distribution pun tidak mustahil.

Jadi, mana yang lagi best?

Kalau tanya aku, ikhlas aku akan jawab, dua dua best…paling best, semestinya Unit Trust untuk simpanan jangka masa panjang!

“Jangan letak semua telur dalam satu bakul”

Nota: Harga Telur ayam turun 2sen! Alhamdulillah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Dividen ASB Tahun 2018 7.00 sen Seunit, ASN 3.25 sen Seunit.

  1. Memang cara pengiraan dividen ASB camtu atau tu cara pengiraan dividen yang baru ye? Nampak lebih jelas dan mudah cara pengiraan kat blog Jamar ni. Teringin nak invest dalam unit trust juga tapi kena tunggu kewangan kukug dulu. Buat masa ni mampu menyimpan dekat ASB dulu 🙂

  2. Owh… Macam tu pengiraannya. Baru tahu. Thanks atas perkongsian. Kalau ada duit lebih, memang bagus buat pelaburan untuk masa depan. ASB… Dah lama tak masukkan duit dalam tu.. Huhu..

  3. Terima kasih atas perkongsian informasi.. Sangat berguna.. Skrg baru AM paham beza antara ASB dan unit trust.. Mmg betul ckp jmr, telur kena letak dalam banyak bekas.. Baru senang nak pecah..

  4. Hahahah..nota kaki tu buat saya gelak. Kalau invest dengan unit trust rasa macam ahli majlis tertinggi company sebab modal awal besar baru best tapi ASB tu lebih macam saving kat bank sebab maintain nilai minimum tiap bulan je..saya pilih ASB la sebab duit tak banyak mana..btw 7.00sen seunit tu masyukk..

  5. memang nad akan simpan dekat tempat yang boleh banyakkan duit kita tu..haha..bab dividen ornag memang suka dengar..hehehe..Lagi-lagi dah nak akhir tahun ni..mulalah nak tahu berapa..

  6. Memang tertunggu2 bila hujung tahun.hehe.. sebenarnya masih terkial2 kira sebab tak berapa amek tahu. Tapi entri ni sangat membantu untuk ena paham serba sedikit. Even ramai merungut suruh stop je tapi ena still on je sebab pikir jangka masa panjang.

  7. For me dua-dua ada pros and cons. Tapi as u said jgn simpan dua telur dalam satu bakul kan. So far belum ad unit trust lg. Soon maybe. Masih menimba ilmu to look how it’s work.hehehe

  8. Simpan duit tu is a must. Kang kalau ada emergency ke boleh la keluarkan. Kalau nak pergi haji pun elok juga menyimpan. Saya tak simpan kat sini. Saya simpan kat tempat lain.

  9. Setuju jangan letak semua telur dalam satu bakul kalau jatuh satu bakul tu habis pecah semua telur jadi kena simpan dalam peti sejuk tak pecah wakakakaka.. Bagus lah perkongsian ini sangat berguna kita pun tak tahu nak kira dividen ASB huhuhuh…

  10. oh that’s nice to hear. for the subscribers sure happy with the dividen that they get. hopefully the coming year a better year for all of us to get more and more money from investment like this. Keep it up the organisations yo

    1. “kesepakatan fatwa keharusan pelaburan ASN dan ASB telah dicapai semua majlis fatwa negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2017” think there’s no issue anymore..

  11. Wahh detailnya penerangan ni. Thank you sebab mencerahkan sebab selalu memang blur juga tentang konsep ni semua. Jadi selalu juga terlepas pandang. Alhamdulillah juga sebab pulangan yang memuaskan. Woohoo!

  12. Eh banyak gak tu pulangan tu..nak pi check la nanti..walau tak banyak amount dalam ASB, harap- harap dapat sumthing..leh ajak mak pergi check jugak ni…harga telur ayam turun 2 sen je?
    masih kena turun lagi tu…

  13. Alhamdulilah sebab Rawlins pun ada menyimpan sedikit. Tak banyak tapi lega sebab still menyimpan. Dan Rawlins memang tak sentuh simpanan nie. Moga boleh membantu ketika kecemasan kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *