March 19, 2024

Nasi Kukus Paling Sedap di Shah Alam

Terbukti! Apa yang terbukti tu bang? Ya, terbukti, selain enjin carian Google, Facebook juga membantu untuk menyelesai atau memberi jawapan mahu pun cadangan untuk sebuah persoalan. Haa? Cerita diam pada hujung minggu lepas, pertama kali dalam hidup aku menggunakan status Facebook untuk mendapatkan cadangan kepada restoran Nasi Kukus paling sedap di Shah Alam. Patutlah ramai pengguna Facebook yang suka memuatnaik status yang bagi aku, “hoi ko Google je la.. sana ada jawapan yang kau nak” Rupa-rupanya rakan-rakan di Facebook juga mampu memberi pelbagai jawapan yang menarik. Pendek kata, bukan robot yang jawab, tetapi ‘orang’! haha..

nasi kukus sedap shah alam

Alhamdulillah, tidak berapa lama selepas aku memuat naik status bertanyakan Restoran Nasi Kukus paling sedap di Shah Alam, ramai rakan-rakan Facebook aku yang memberi respon. Baru aku tahu, rupanya banyak kedai makan yang menyediakan nasi kukus paling sedap di Shah Alam. Bukan di kawasan Shah Alam sahaja, kat tempat-tempat lain pun mereka turut memberi cadangan. Ada tu, sampai ke Kelantan diberinya cadangan nasi kukus terbaik! Terima kasih banyak banyak atas informasi yang kau orang kongsikan.

Alang-alang aku dah tahu kedai-kedai makan yang ada menu nasi kukus sedap di Shah Alam, mari aku kongsikan dengan kau orang semua. Kalau ada yang nak tambah, boleh letak di ruang komen. Nanti aku update. Bukan apa, senang aku nak baca balik apabila teringin nak makan nasi kukus sedap di Shah Alam kan.

RESTORAN NASI KUKUS PALING SEDAP DI SHAH ALAM.

#1 SS Nasi Kukus, Vista Alam

Nasi Kukus Ayam Berempah

Dalam banyak banyak cadangan tempat makan yang menyediakan Nasi Kukus, aku sempat singgah di Restoran SS Nasi Kukus di Vista Alam Shah Alam pada hujung minggu lepas. Aku pernah dengar Restoran SS Nasi Kukus sebelum ini tapi tak pernah berkesempatan nak mencuba menu di sini.

Menu utama di sini yang menjadi kegemaran ramai semestinya Nasi Kukus bersama ayam goreng deep fry! Ada 2,3 set menu yang ditawarkan di sini. Aku pilih Set Diamond RM10.90 (ini nama set dia kalau tak silap aku la)..Dihidangkan bersama ayam goreng, terung goreng & keropok. Pada aku, kesedapan nasi kukus terletak pada kuah dan sambalnya.

Nasi Kukus Paling Sedap di Shah Alam

Alhamdulillah, makan bertambah aku. Sebab sambalnya memang kena dengan selera aku yang suka pedas pedas berlemak ni..

Senang je nak cari lokasi ke SS Nasi Kukus ni. Cari je Vista Alam, betul-betul depan Hospital DEMC.

#2 Nasi Kukus RZ, Seksyen 7

Aku tak pernah lagi pekena nasi kukus di Nasi Kukus RZ Seksyen 7 ni. Tapi mengikut kata blogger HarumanKasehVee, Nasi Kukus RZ adalah antara gerai nasi kukus yang wajib dikunjungi di Lembah Klang. Betul ke tidak, kenalah ke sana untuk mencuba nasi kukusnya kan..

Facebook: Nasi Kukus RZ

Alamat Nasi Kukus RZ:

AAG2, Jalan Plumbum AA 7/AA, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor40000

#3 Warung Ambo TTDI Jaya

Facebook: Warung Ambo

Alamat Warung Ambo:

No 38 JLN NOVELIS U1 /86 A,LAMAN GLENMARIE
Shah Alam

#4 Nasi Kukus Boss, Setia Alam

Nasi Kukus Boss (NKB) menyediakan sajian nasi kukus yang unik dimana setiap komponen makanan digabung didalam satu set bagi menepati citarasa ramai.

Nasi dikukus agar teksturnya lembut dan sentiasa segar serta panas bagi setiap hidangan, Ayam goreng diadun bersama 15 jenis rempah herba terpilih. Kuah kerutub adalah daripada resipi turun temurun ibu kami (terima kasih kepada Tok Kembang). Sambal ikan bilis tradisi kami yang membuka selera serta acar darat yang segar. Dan yang terakhir pastinya sambal belacan penambah ‘Kick!!’

Keunikan Nasi Kukus Boss (NKB) dibungkus berlapikan daun pisang bagi menambah aroma dan kesegarannya.

Alamat Nasi Kukus Boss:

No.107-G Jalan Setia Gemilang U13/BG, Persiaran Setia Perdana 40170 Setia Alam.

#5 Ilham Nasi Kukus, Seksyen 7

Aku pernah makan di Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara. Memang sedap. Dengar cerita, Ilham Nasi Kukus baru  buka cawangan baru di Seksyen 7 Shah Alam. Bukan takat cawangan je baru, harga pun harga baru..hehehe.. since aku tak pernah ada pengalaman makan nasi kukus di Ilham Nasi Kukus Shah Alam, kau orang boleh baca dan layan gambar di blogpost Mamatisya .

Alamat Ilham Nasi Kukus:

Pusat Komersial Seksyen 7
Shah Alam, Selangor.

#6 Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang Seksyen 7 Shah Alam

Facebook: Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang

Alamat:

PG-23 Block P, Jalan Plumbum U7/U Pusat Komersial 40000 Shah Alam.

 

Cukuplah 6 restoran ini  sahaja untuk kali ini. Jika korang nak kongsikan nasi kukus sedap lain di sekitar Shah Alam, boleh tinggalkan komen di bawah ni ye. Nanti aku update infonya di sini.

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

32 thoughts on “Nasi Kukus Paling Sedap di Shah Alam

  1. Nasi kukus area sksyn 31 pon sedap , mkn mmg tak pndang kiri kanan dah .. ayam dy sllu msk panas2 , sambal pon sedap ya amat .. boleh try makan kalau nak cuba …
    boleh waze – nasi kukus boss

  2. TB pun suka makan nasi kukus ayam berempah tu.. hehe.. kat sini dekat je warungnya.. warung kecik tepi jalan je tapi yang datang membeli.. manpat gitu.. tak larat nak beratur.. mujur rumah dekat.. order siap2.. datang amik je.. heee

  3. SA setuju nasi kukus mmg best…SA perati orang lelaki kalau amik ayam mesti amik part Dada..hahahaha…SA lagi suka whole leg…so far banyak je kedai nasi kukus yang sedap…kan?

  4. setakat ni belum jumpa lagi nasi kukus pujaan hati. hope salah satu suggestion kat atas ni dapat menambat selera.. hehe

  5. Memang nampak sedap nasi kukusnya, tapi jauhnya lahai shah alam, bestnya kalau ada di Hulu langat ! tapi kat hulu langat ada nasi ayam kampung. heheh

    1. Nsi aym kg lg sdp.
      Kt mne sis ulu langat.
      Sy nk try nie. Dtg Dr jauh asl nye.
      Hilir perak. Tp brtugas d ulu langat kjng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *