Terbukti! Apa yang terbukti tu bang? Ya, terbukti, selain enjin carian Google, Facebook juga membantu untuk menyelesai atau memberi jawapan mahu pun cadangan untuk sebuah persoalan. Haa? Cerita diam pada hujung minggu lepas, pertama kali dalam hidup aku menggunakan status Facebook untuk mendapatkan cadangan kepada restoran Nasi Kukus paling sedap di Shah Alam. Patutlah ramai pengguna Facebook yang suka memuatnaik status yang bagi aku, “hoi ko Google je la.. sana ada jawapan yang kau nak” Rupa-rupanya rakan-rakan di Facebook juga mampu memberi pelbagai jawapan yang menarik. Pendek kata, bukan robot yang jawab, tetapi ‘orang’! haha..
Alhamdulillah, tidak berapa lama selepas aku memuat naik status bertanyakan Restoran Nasi Kukus paling sedap di Shah Alam, ramai rakan-rakan Facebook aku yang memberi respon. Baru aku tahu, rupanya banyak kedai makan yang menyediakan nasi kukus paling sedap di Shah Alam. Bukan di kawasan Shah Alam sahaja, kat tempat-tempat lain pun mereka turut memberi cadangan. Ada tu, sampai ke Kelantan diberinya cadangan nasi kukus terbaik! Terima kasih banyak banyak atas informasi yang kau orang kongsikan.
Alang-alang aku dah tahu kedai-kedai makan yang ada menu nasi kukus sedap di Shah Alam, mari aku kongsikan dengan kau orang semua. Kalau ada yang nak tambah, boleh letak di ruang komen. Nanti aku update. Bukan apa, senang aku nak baca balik apabila teringin nak makan nasi kukus sedap di Shah Alam kan.
RESTORAN NASI KUKUS PALING SEDAP DI SHAH ALAM.
#1 SS Nasi Kukus, Vista Alam
Dalam banyak banyak cadangan tempat makan yang menyediakan Nasi Kukus, aku sempat singgah di Restoran SS Nasi Kukus di Vista Alam Shah Alam pada hujung minggu lepas. Aku pernah dengar Restoran SS Nasi Kukus sebelum ini tapi tak pernah berkesempatan nak mencuba menu di sini.
Menu utama di sini yang menjadi kegemaran ramai semestinya Nasi Kukus bersama ayam goreng deep fry! Ada 2,3 set menu yang ditawarkan di sini. Aku pilih Set Diamond RM10.90 (ini nama set dia kalau tak silap aku la)..Dihidangkan bersama ayam goreng, terung goreng & keropok. Pada aku, kesedapan nasi kukus terletak pada kuah dan sambalnya.
Alhamdulillah, makan bertambah aku. Sebab sambalnya memang kena dengan selera aku yang suka pedas pedas berlemak ni..
Senang je nak cari lokasi ke SS Nasi Kukus ni. Cari je Vista Alam, betul-betul depan Hospital DEMC.
#2 Nasi Kukus RZ, Seksyen 7
Aku tak pernah lagi pekena nasi kukus di Nasi Kukus RZ Seksyen 7 ni. Tapi mengikut kata blogger HarumanKasehVee, Nasi Kukus RZ adalah antara gerai nasi kukus yang wajib dikunjungi di Lembah Klang. Betul ke tidak, kenalah ke sana untuk mencuba nasi kukusnya kan..
Facebook: Nasi Kukus RZ
Alamat Nasi Kukus RZ:
AAG2, Jalan Plumbum AA 7/AA, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor40000
#3 Warung Ambo TTDI Jaya
Facebook: Warung Ambo
Alamat Warung Ambo:
#4 Nasi Kukus Boss, Setia Alam
Nasi Kukus Boss (NKB) menyediakan sajian nasi kukus yang unik dimana setiap komponen makanan digabung didalam satu set bagi menepati citarasa ramai.
Nasi dikukus agar teksturnya lembut dan sentiasa segar serta panas bagi setiap hidangan, Ayam goreng diadun bersama 15 jenis rempah herba terpilih. Kuah kerutub adalah daripada resipi turun temurun ibu kami (terima kasih kepada Tok Kembang). Sambal ikan bilis tradisi kami yang membuka selera serta acar darat yang segar. Dan yang terakhir pastinya sambal belacan penambah ‘Kick!!’
Keunikan Nasi Kukus Boss (NKB) dibungkus berlapikan daun pisang bagi menambah aroma dan kesegarannya.
Alamat Nasi Kukus Boss:
No.107-G Jalan Setia Gemilang U13/BG, Persiaran Setia Perdana 40170 Setia Alam.
#5 Ilham Nasi Kukus, Seksyen 7
Aku pernah makan di Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara. Memang sedap. Dengar cerita, Ilham Nasi Kukus baru buka cawangan baru di Seksyen 7 Shah Alam. Bukan takat cawangan je baru, harga pun harga baru..hehehe.. since aku tak pernah ada pengalaman makan nasi kukus di Ilham Nasi Kukus Shah Alam, kau orang boleh baca dan layan gambar di blogpost Mamatisya .
Alamat Ilham Nasi Kukus:
Pusat Komersial Seksyen 7
Shah Alam, Selangor.
#6 Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang Seksyen 7 Shah Alam
Facebook: Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang
Alamat:
PG-23 Block P, Jalan Plumbum U7/U Pusat Komersial 40000 Shah Alam.
Cukuplah 6 restoran ini sahaja untuk kali ini. Jika korang nak kongsikan nasi kukus sedap lain di sekitar Shah Alam, boleh tinggalkan komen di bawah ni ye. Nanti aku update infonya di sini.
Setakat ni nasi kukus yang paling sedap pernah makan kt dapur cik bee.sedak sengoti bohhh.
Nasi kukus area sksyn 31 pon sedap , mkn mmg tak pndang kiri kanan dah .. ayam dy sllu msk panas2 , sambal pon sedap ya amat .. boleh try makan kalau nak cuba …
boleh waze – nasi kukus boss
Nasi kukus boss tu memang sedap, bossnya pun ramah tamah..
Nasi kukus ni mknn wajib sy masa pregnen dlu.. Huhu. Blh kata tiap2 mggu pekena. Sy slalu mkn dkt rz nasi kukus. Mmg sedap
tudia nasi kukus..kami dulu pun berangan nak berniaga nasi kukus gak..tp kena pi training dulu haha
I am Nasi kukus big fans. Nice aroma rice.
Bestnya. Ada banyak choice ye nasi kukus nie. Rajin JMR – dah pergi kesemua lokasi ke? Hehe
Boleh try tempat2 ni since my husband really love nasi kukus. Nice sharing!
banyak juga restoran nasi kukus di shah alam. bolehlah refer sini kalau nak ke shah alam nanti untuk merasa nasi kukus
Banyak nya nasi kukus terjual di Shah Alam..tapi jauh pulak dr rumah sis. Sis pun memang suka Nasi kukus ni…tapi selalu beli depan masjid tepi jalan sec 14 ni..sedap jugak le
Sy kalau bcuti ke shah alam mesti nk singgah nasi kukus RZ. Kena dtg awal..kalau x memang beratur panjang taw.hehe..
Thank you for this entry !!! Mmg minat sgt nasi kukus nie
terima kasih, pasni leh la terjah, kitani penggemar nasi kukus
Thanks for compiling this list! Can’t wait to try them out.
TB pun suka makan nasi kukus ayam berempah tu.. hehe.. kat sini dekat je warungnya.. warung kecik tepi jalan je tapi yang datang membeli.. manpat gitu.. tak larat nak beratur.. mujur rumah dekat.. order siap2.. datang amik je.. heee
Makan nasi kukus panas panas masa musim hujan ni memang nikmat kan tuan
Berdebar kita tengok nasi kukus ni. rasa nak makan sekarang ! haha
Nasi kukus kat area cheras tak nak buat ke ? hehe
Banyak rupanya nasi kukus tempat dia..nad selalu beli, dekat tepi jalan je
SA setuju nasi kukus mmg best…SA perati orang lelaki kalau amik ayam mesti amik part Dada..hahahaha…SA lagi suka whole leg…so far banyak je kedai nasi kukus yang sedap…kan?
Wow banyaknya tempat nasi kukus ni. Tak satu pun pernah try lagi ni. Thank you for the suggestion.
Best nye awak list kan. Nak pergi try. That Ayam goreng gambar first sekali kat atas tu memang menggugat kalbu.
setakat ni belum jumpa lagi nasi kukus pujaan hati. hope salah satu suggestion kat atas ni dapat menambat selera.. hehe
Memang nampak sedap nasi kukusnya, tapi jauhnya lahai shah alam, bestnya kalau ada di Hulu langat ! tapi kat hulu langat ada nasi ayam kampung. heheh
Nsi aym kg lg sdp.
Kt mne sis ulu langat.
Sy nk try nie. Dtg Dr jauh asl nye.
Hilir perak. Tp brtugas d ulu langat kjng
Nasi kukus bagus untuk kesihatan, kurang berminyak dan garam.
Lauk yang pedas dan berempah macam ni menjadi kegemaran keluarga Maznee
Ada banyak restoran nasi kukus yang sedap sedap di Shah Alam kan.
mama pun nak cuba lah
Ada banyak restoran nasi kukus yang sedap sedap di Shah Alam kan.
mama pun nak cuba lah
Wah wah memang salah satu makanan kegemaran kami ni. Lagi lagi yang pedas berempah.
kalau makan bertambah tu mesti sedap. boleh lawan nasi kukus di kelantan ke?
nasi kukus RZ rmi juga ckp sedap …tk kesempatan lg nk try…