Fotografi Perkahwinan di Singapore. Eat.Work.Travel
Alhamdulillah, selesai juga projek fotografi perkahwinan pertama aku pada tahun 2018 ini. Permulaan yang memberangsangkan kerana ini pertama kali aku berani menerima tawaran fotografi perkahwinan di luar daripada Malaysia, Singapore. Asyik berada di dalam zon selesa pun tak best juga kan, sekali-sekala kena terima projek yang lebih mencabar kan. Segala perancangan selama 3 bulan berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya aku agak risau tentang beberapa perkara terutama bab penginapan Airbnb, tetapi segalanya berjalan dengan baik. Semua projek tim memberi kerjasama yang sangat baik dari segi persiapan pengangkutan, peralatan, penginapan dan lain-lain. Terima kasih kepada mereka yang terlibat terutama bro Faris, GG, Mira & abang Hazizi & isteri.
Akad Nikah Daniel & Julie di Masjid Sultan, Singapore.
Akad nikah bagi pasangan Daniel & Julie telah diadakan di Masjid Sultan pada 27 Januari 2018 . Masjid Sultan memang menjadi tempat kegemaran ramai muslim di Singapore untuk memulakan perjalanan rumahtangga mereka. Tidak dinafikan, ukiran bangunan ini sangat cantik di dalam & di luar. Namun, akad nikah hanya diadakan di bahagian luar dewan solat. Sesi fotografi selepas akad nikah pula hanya dibenarkan di pintu masuk dewan solat. Kalau dapat dilakukan di bahagian dalam, mesti lagi menarik.
Bersanding di Desa Kartika, Centrepoint Orchard Road.
Selesai sahaja sesi akad nikah, aku dan tim lain ada masa terluang untuk rehatkan badan sehingga jam 5 petang. Majlis persandingan telah diadakan di Desa Kartika, sebuah restoran mewah di Centrepoint, Orchard Road. Cabaran buat aku dan tim untuk sesi ini kerana ruangan restoran yang lebih kecil berbanding dewan yang biasanya digunakan untuk majlis perkahwinan. Alhamdulillah, segalanya dapat diatasi dan majlis persandingan berjalan lancar sehingga jam 10 malam. Kami ada request untuk sesi night shoot bermain dengan ‘lighting’ di sepanjang Orchard Road tetapi dibatalkan oleh pengantin, kepenatan kata mereka.
Memandangkan malam masih muda, kami ambil kesempatan untuk lepak&chit-chat di Clark Quay dan Marina By Sands. Tempat yang santai untuk lepak. Berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit di malam hari, memang tempat yang sangat best untuk bergambar.
Sesi Outdoor di Marina Barrage
Untuk pakej fotografi perkahwinan kali ini, 1 hari sesi outdoor photography diperuntukkan untuk pengantin baru Daniel dan Julie. Beberapa tempat menarik di Singapore kami cadangkan seperti Garden by The Bay, Marina Bay, Pulau Sentosa, Pulau Ubin dan sebagainya. Majlis Perkahwinan memang memenatkan bagi pengantin. Kami standby dari pagi, hanya waktu petang sahaja barulah pengantin bersedia untuk sesi fotografi outdoor. Nasib pula tidak menyebelahi apabila hujan turun dengan lebat pada sebelah petangnya. Hanya dua tempat sahaja yang sempat dituju iaitu Marina Barrage & Havelock Serviced Resident
Sesi Outdoor di Havelock Serviced Resident.
Kepuasan pengantin/pelanggan keutamaan kami. Walaupun sesi fotografi outdoor ini selesai agak lewat malam, tiada sebarang cas tambahan dikenakan. Tim aku pun tidak berkira sangat. Lagi pun, fotografi adalah passion kami. Rasa puas setiap kali memetik shutter memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
InsyaAllah, jika ada rezeki, kami akan ke Singapore untuk projek fotografi seterusnya. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan 🙂
Oh ye..sesiapa rasa nak kahwin tahun ni pun, bolehlah kontek +6017-2101282 untuk dapatkan sebut harga yang bersesuaian dengan bajet korang.
Kerjaya fotografi ni pun banyak cabarannya, seperti dalam bidang lain. Nak berjaya kena rajin usaha
Dah masuk pasaran singapura ya tuan jmr, tahniah semoga makin berjaya. Dapat jadi macam saiful nang pun dah hebat
Rezeki kita Allah yang beri kan
Photoshoot baby tak buat ke Jamar?
ada je kak..nanti bolehlah kontek hehe
wow..sampai singapore tu..pehh
goodluck ya! gambar pon cantik.. moga lepasni tuan lebih banyak job masuk. tahniah
wow tahniah..dah melebarkan sayap ke spore..hehe
Jauh berjalan cari makan sambil ambil angin
Memang pergi makan angin dan dapat duit serentak ni tuan
Bestnya bekerja sambil travel kan. Kerja sambil melawat negara orang. Anyway nice picture shot pengantin.
Cantik gambar- gambar bro. Singapore memang banyak lokasi menarik untuk photoshoot. Tapi bila hujan tu menggu jugaklah kan. Huhu
cantik-cantik semua gambarnya. ok, contact no. ni dah save.. mana tau boleh guna servis ni nanti
bagusnya dapat job luar negara baru ada pengalaman yang mantap mcm tu 🙂
Hebatlah sampai ada tempahan ke Singapura. Teringin nak tengok hasil fotografi yang lain dari team ni. Semoga dapat lagi projek2 fotografi yang lain 🙂
Wahhh terbaiklah sekarang..dah main luar negara pulak dah ni, sure masyukkk besar ni. Sis doakan moga rezeki semakin murah..aamiin
Hebat sampi karya orang iktiraf di luar negara. Blh pergi jauh dalam bidang ni walaupun part time shj
Cantik cantik semua gambarnya. Tak tau pulak kau ada buat servis photography. Sampai dapat job ke Singapura pulak tu. Bagus, keep up the good work
Very nice pre wedding pictures in Singapore if I have any friends in need of a photographer I’ll surely recommend your services to them!
wow. cantik gambar nyer…
and singapore! lom ke sana, jmr. plan nyer tahun ni, ikot trip. nak gi sendiri, tak brape pandai hi hi hi hi…
nowadays, fotografi perkahwinan ni is a must utk pengantin. and utk mendapatkan servis terbaik tu la yg paling penting.
jgn nanti, mcm ada kes-kes terjadi, amik gambar ntah hape-hape. aduhai. tapi byr mahal.
so good luck ye jmr dgn servis ni. moga sukses!
Mommy beberapa kali photoshoot dengan JMR memang terbaik. Puas hati. Best. Anak-anak boleh masuk dengan JMR.. gambar cantik.. kalau ada rezeki nak photoshoot lagi..hehehe tapi skrg tengah gemok. Gemok ni susah nak cari baju lelawa..hahahahahaaa
tahniah. berjaya lebarkan bakat ke singapura. semoga terus maju jaya dan murah rezeki
Mantap! sekrang ni buat wedding photoshoot sampai ke Singapore pulak dah. International dah dia main sekarang. Anyway, congrats bro. Gambar memang selalu cantik
Terima kasih bang. Abam sentiasa menjadi idola saya..
Menarik semua gambarnya….x puas tengok la..JMR letak la banyak skit…suka teknik2 photo macam tu…menarik giler…sib baiik SA lom nak kawen lagi…
Wah jauh merantau untuk memberi kualiti gambar perkahwinan yang terbaik. Bagus dah melebarkan sayap ke negara Singapura. Selalu la update kat Instagram dan fb. Supaya org tau servis fotografi ni dah seantero dunia. Haha
Cantikkkkkkk. Nak tanya la kan, biasanya kalau fotografi perkahwinan macam ni, macam mana korang nak dapatkan angle yang cantik dan background yang cantik untuk gambar tu? Bukan apa, sebab pernah la jadi bridesmaid kawan kawen. Pastu masa nak photoshoot tu, tengok ada pasangan lain jugak duk photoshoot. Susah nak dapatkan background yang ala-ala takde orang kat belakang.
Lovely photograph.. It’s good to travel and work and eat at the same time… Stay sweet forever, to the couple whom just tie the knot..
Ya allah , cantik betul la hasil gambar yang di shoot. Kreatif sungguh. Lighting malam pun nampak hidup sangat gambarnya. boleh rekemen pada yg mcari wedding etc photographer nanti.
Kagum tengok gambar yang di snap.Cantik. Gambar outdoor di Havelock tu sulerb sgt