Tips Kewangan

Tips Simpan RM1000 Sebulan

Dari segi kewangan, cabaran paling sukar adalah untuk menyimpan sebanyak mana yang diperlukan. Terutama bagi mereka yang menetap di kota raya.

Ada orang, pendapatan RM8000 sebulan tetapi untuk meyimpan RM1000 sebulan, sangat susah. Ada orang hanya berpendapatan RM3000 sebulan, tetapi masih mampu menyimpan RM1000 sebulan.

Tidak dinafikan, hidup di bandar memerlukan perbelanjaan yang besar. Dengan gaji bulanan sahaja, belum tentu mampu menabung sehingga RM1000 sebulan, lebih-lebih lagi golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Tetapi….

Tidak mustahil, seorang lelaki berstatus suami (isteri tidak bekerja) dengan gaji hanya RM3000 sebulan (pendapatan sederhana), mampu menyimpan RM1000 setiap bulan.

Sila baca sampai habis untuk mengetahui kisah si suami ini…

Tak percaya?

Aku percaya dan yakin jika tahu cara dan tips simpan RM1000 sebulan.

Di bawah ini aku senaraikan cara untuk mendapat lebihan pendapatan RM1000 sebulan.

Tips Simpan RM1000 Sebulan

1.Buat bisnes dropship.

Cari produk yang menawarkan ‘dropship’ dengan keuntungan RM20/pc. Target sales sebanyak 50 pcs setiap bulan. RM20x50pc=RM1000. Pendek kata, hanya perlu menjual sebanyak 2 pcs setiap hari.

2.Jadi ejen pelaburan

Contohnya, sebagai ejen saham amanah. Hanya perlu cari dua orang pelabur yang mampu melabur dalam pelaburan saham amanah sebanyak RM35,000 (cash/EPF). Pilih fund yang terbaik untuk pelaburan jangka masa panjang pelabur. Dua transaksi yang berjaya tersebut melayakkan anda menerima komisyen sebanyak RM1000 atau mungkin lebih lagi.

3.Freelance Photographer

Kini, makin ramai freelance photographer sama ada untuk perkahwinan atau event-event lain yang mampu buat duit dengan kacak. Contohnya, setiap pakej fotografi untuk majlis perkahwinan mampu menghasilkan keuntungan bersih setidak-tidaknya RM400/job. Cari 2/3 pasangan pengantin yang ingin menggunakan servis anda dalam sebulan. RM400x3pakej=RM1200. Tetapi, pastikan anda mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi dan menyediakan servis yang terbaik. Jika tidak, nama anda sendiri yang akan busuk.

4.Pemandu UBER/ GRAB

Ini trend terkini. Pernah dengar tak, pemandu UBER/Grabcar sambilan mampu membuat keuntungan RM400~RM500 seminggu. Kalau sebulan, RM500x4minggu=RM2000!

5.Main saham

High risk, high return. Kita selalu dimomokkan “main saham akan rugi”. Rugi itu pasti tetapi rugi di dalam pasaran saham dapat dihindari atau dikurangkan dengan adanya ilmu tentang saham. Ilmu analisa teknikal dan analisa fundemental. Aku pernah berpengalaman membuat keuntungan RM200 dalam masa tak sampai setengah jam di pasaran Bursa Saham,. For real! Jadi, tidak mustahil untuk aku buat RM1000 sebulan dengan trading plan yang betul.

6.Ambil Order Lunch Box (Sharing oleh Puan Suria Amanda)

Korang yang terer memasak, apa kata ambil pesanan untuk hidangan kotak (lunch box) daripada rakan sekerja atau jiran-jiran sekerja. Hadkan pesanan setiap hari. Katakan ambil untuk 15 pax setiap hari. Keuntungan setiap pax ialah RM4. Jadi, pendapatan daripada bisnes lunch box ini ialah RM4 X 15pax=RM60. Anggaran kasar potensi pendapatan sebulan, RM60x20 hari bekerja=RM1200.

7.Tulis Review (Sharing oleh Puan El)

Penulisan blogger atau review di blog lebih disukai oleh pemilik-pemilik perniagaan untuk menghebahkan tentang perniagaan mereka. Bayaran pula bergantung kepada bajet dan tawaran yang disediakan oleh pemilik laman blog. Ada artikel yang bernilai RM200/post, ada yang bernilai RM500/post atau lebih. Makin berpotensi seseorang blogger/penulis itu, makin banyaklah job yang dia akan dapat. Makin bijak dia menjadi peluang, makin banyaklah hasil yang diperolehi nanti. Realitinya; potensi peluang di alam maya sangat luas.

Rahsia Penulis ini boleh menjadi panduan untuk korang yang ingin bermula menjadi penulis di alam maya dan jana pendapatan.

Jika anda dilahirkan miskin, itu bukan kesalahan anda. Tetapi jika anda meninggal dalam keadaan miskin, itu kesalahan anda-Bill Gates

Tips Simpan RM1000 Sebulan

Cukuplah senarai pendek ini dulu yang aku kongsikan dalam entri ini. Kalau difikirkan dengan lebih lagi, aku pasti banyak lagi usaha-usaha yang boleh dilakukan sebagai cara atau tips simpan RM1000 sebulan atau mungkin lebih.

Jadi, aku tidak hairan sekiranya korang mampu simpan RM1000 sebulan , hasil daripada kerja-kerja sambilan ini.

Cuma aku kagum dengan ZAHID, seorang suami yang berkeluarga, isterinya tidak bekerja tetapi masih mampu menyimpan RM1000 tanpa melakukan kerja-kerja lain. Apa rahsia ZAHID?

Baca di sini : KISAH ZAHID.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

33 thoughts on “Tips Simpan RM1000 Sebulan”

  1. No.1 & 3 tu agak mudah sikit berbanding yang lainnya. Untuk No.1, rata-ratanya semua ada komputer dan talian Internet. Gunakan sahaja apa yang ada, cuma tambah ilmu sikit dalam perniagaan dropship ni.

    No.3 pula boleh gunakan kamera yang berharga sederhana dulu yang rata-ratanya mampu dimiliki. Tidak ada yang berkahwin masa waktu bekerja. Selalu dibuat musim cuti sekolah atau hari sabtu dan ahad. Sambil ambil gambar boleh bawa keluarga makan kenduri. Kita ambil gambar, anak-anak pula, pasangan yang jaga. Jadi tiada istilah tinggalkan keluarga waktu cuti.
    ahmadyani recently posted…Episor Dapat Mengatasi Badan Lemah Letih Dan Cepat MengantukMy Profile

  2. betul tu kena pandai cari duit lebih..takan nak harap duit makan gaji je..
    alhamdulilah selain duit payment review dan duit pau dptlah menabung skit2
    tu pun kena cari extra..haii skrg ni mcm2 perlukan wang..mahal2 plak tu x cukup kan

  3. SA tengah usaha dengan mula meniaga masakan kat opis..amik order setiap minggu, isnin deliver kat kawan- kawan opis..minggu ni masak ikan bilis goreng cili api + petai…tp limit order tak banyak cuma 10 bekas sekali deliver…boleh la buat belanja dan simpan sikit…sekarang memang zaman kena menyimpan..anak nak masuk universiti nanti kan
    Suria Amanda recently posted…Kari Udang Besar Dari SarawakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam