April 28, 2024

4 Ilmu Kewangan Ini Perlu Dididik Sejak Kecil.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah ungkapan atau pepatah yang selalu digunakan untuk menterjemahkan maksud sekiranya ingin mendidik sesuatu pada seseorang, didiklah sejak awal usia. Pada tahap ini, fikiran dan minda mereka lebih mudah menerima apa sahaja didikan atau ilmu baru. Dengan didikan di awal usia, insyaAllah akan menjadi habits atau rutin mereka sehingga dewasa kelak.

Begitu juga dengan ilmu kewangan. Tahu tak ilmu kewangan ini juga perlu dididik sejak kecil lagi? Mungkin ada ibu bapa yang sudah mengetahui, atau baru sahaja tahu. Takpe, masih ada masa lagi.

Jom baca 4 tips untuk mendidik anak-anak menyimpan sejak awal usia.

Ilmu 1: Ajar anak simpan dulu sebelum belanja. Kalau mak ayah bagi duit belanja RM5 kat anak anak, minta mereka simpan RM2 daripada duit yang mereka dapat. Secara tak langsung kita didik mereka juga untuk berjimat dalam perbelanjaan.

Ilmu 2: Ajar mereka guna duit belanja kalau nak beli sesuatu yang mereka minat. Contoh pensil baru, atau mainan. Didik mereka mengenalpasti mana satu kehendak, mana satu keperluan. Ini akan membantu mereka kawal nafsu untuk berbelanja.

Ilmu 3: Duit yang diterima pada hari raya, simpan terus ke Tabung Haji atau akaun ASB anak-anak. Amalkan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit. Dah jadi bukit gila tak seronok, kan.

Ilmu 4: Latih mereka untuk berniaga. Sekarang ramai mak ayah yang menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama atau sekunder. Apa kata didik anak untuk turut sama belajar berniaga. Bukan apa, nanti bila mereka dah besar, mereka sendiri akan pandai dalam urusan perniagaan! Dan kemungkinan besar akan jadi usahawan yang berjaya pada usia yang sangat muda! 

Sebenarnya, banyak lagi tips-tips mendidik ilmu kewangan yang boleh diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. 4 tips di atas ini boleh dijadikan langkah permulaan sebelum melangkah ke kaedah-kaedah seterusnya.

Selamat beramal~!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *