December 9, 2024

Nak Jual Beli Saham Tetapi Tidak Tahu Cara yang Terbaik.

Aku tidak terkejut jika dikatakan peratusan Bumiputera yang terlibat dengan jual beli saham jauh lebih kecil berbanding kaum lain di Malaysia. Tak kiralah saham amanah (unit trust) atau pun aktiviti jual beli saham di Bursa Malaysia.

Pernyataan daripada Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (Pribumi), sehingga 2013 dianggarkan terdapat sekitar 100,000 pelabur runcit di Bursa Malaysia, dan bumiputera hanya merangkumi kira-kira empat peratus sahaja daripada keseluruhan angka tersebut.

Aku aktif dalam dua-dua instrumen ini, terlibat dengan urusan pelaburan unit/saham amanah di bawah syarikat Unit Trust No.1 di Malaysia dan jual beli saham di Bursa Malaysia & Global yang patuh syariah.

Pengalaman Jual Beli Saham

Semasa pertama kali membuka akaun CDS (akaun saham) dan menjejaki kaki ke ‘gua’ remisier/broker (tahun 2005), majoriti di situ adalah bukan daripada kaum aku sendiri. Aku beranggapan, untuk jual beli saham pada masa itu memerlukan modal yang besar (minimum 1000 unit=1 Lot) pada masa itu. Kini, modal minimum hanyalah 100unit=1 Lot.

Aku beruntung kerana ‘bergabung’ dengan makcik aku & kawan baiknya yang memang bekerja dengan bank pelaburan dengan pengalaman bertahun-tahun. Banyak selok-belok ‘permainan’ saham yang aku pelajari dan membuahkan hasil. Tetapi masih terbatas disebabkan ketiadaan platform yang membolehkan pemegang akaun berjual-beli sendiri seperti sekarang ini.

Tahun 2017, aku membuat satu langkah baru dalam hidup aku. Aku tahu potensi sentiasa ada untuk meraih pendapatan dalam urusan jual beli saham. Paling penting ilmu kena ada, ditemani dengan keyakinan. Jangan takut untuk melabur dalam pencarian ilmu. Alhamdulillah, pada bulan Mac 2017, aku menghadiri kelas selama 3 hari dengan Dato’ Dr.Nazri Khan untuk pelajari ilmu Technical&Fundamental Analysis. Keputusan aku tepat dan aku jumpa apa yang aku cari…

Jual Beli Saham

Mitos Tentang Pelaburan Saham.

Modal Banyak, Rugi dan Haram.

Tiga mitos ini sering membelenggu orang-orang di sekeliling aku.

Ramai kawan-kawan sebangsa dan juga saudara aku sendiri berfikiran yang jual beli atau melabur dalam saham ini memerlukan modal yang besar. Bagi mereka, hanya orang kaya yang boleh melibatkan diri dalam jual beli saham. Aku pernah berjumpa dengan seorang stock trader, bukan bangsa aku, berusia 20 tahun, terlibat secara aktif & berjaya dalam urusan jual beli saham dengan hanya menggunakan modal yang kecil, tanpa bantuan modal daripada keluarga.

Rugi. Ya, rugi itu pasti. Dalam mana-mana perniagaan atau pun pelaburan, pasti ada risiko untuk rugi. Silap langkah dan perancangan, konfem rugi. InsyaAllah, hanya dengan ILMU sahaja yang dapat meminimakan risiko kerugian.

Saham itu HARAM? Tidak semua saham yang ditawarkan di Bursa Malaysia itu haram. Tak silap aku, terdapat lebih 700 kaunter yang patuh syariah, disahkan oleh panel syariah daripada SC. Untuk saham global, beribu-ribu kaunter yang patuh syariah dan boleh disemak di Ideal Ratings atau di mana-mana aplikasi yang berkaitan.

Nak Jual Beli Saham Tetapi Tidak Tahu Cara yang Terbaik?

Pertama sekali, ubah ‘mindset’.

Kedua, buka akaun CDS dengan mana-mana bank pelaburan di Malaysia.

Ketiga, bergurulah dengan mana-mana guru yang terlibat dengan pelaburan saham. Melaburlah dalam pencarian ilmu terlebih dahulu, sebelum berjuang. Paling penting, kawal emosi dan jauhi diri daripada rasa ingin kaya cepat!

Saham vs Saham Amanah.

Sama tapi tak serupa.

Satu laju, satu lambat. Tetapi objektif yang sama, nak untung.

Satu jangka masa pendek, satu lagi perlukan masa sederhana atau panjang.

Paling penting, dua dua perlukan ilmu pelaburan sekiranya korang ingin MELABUR.

Kalau korang hati kental, bolehlah terlibat dengan jual beli saham di Bursa Malaysia. Untuk permulaan, boleh godek-godek Bursa Marketplace untuk belajar tentang pasaran saham di Malaysia.

Tapi..

Kalau hati korang kurang kental, tidak bermakna tak boleh mula melabur. Boleh je bermula dengan instrumen pelaburan UNIT AMANAH. A bit slow..tapi sikit sikit lama lama jadi bukit kan?

Boleh email aku di mjdetroit83@gmail.com untuk aku kongsikan tentang instrumen ini. Atau boleh dapatkan e-book Rahsia Unit Trust dari banner di bawah ini.

Aku doakan aku dan bangsa aku mula bangkit dan kuasai bidang yang masih dikuasai oleh bangsa lain. Bila lagi kan?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Nak Jual Beli Saham Tetapi Tidak Tahu Cara yang Terbaik.

  1. sangat menginpirasi kisahnya,, saya juga lulusan fakultas ekonomi tapi sampai saat ini saya amasih takut dan belum berani bermain di bursa saham,, yah semoga esok-esok bisa juga meniru penulis ini,, hehehehe 🙂
    semoga tetap sukses ..

  2. Dulu 1 lot seribu. Itu yang sakitnya. Sekarang 1 lot seratus. Bolehlah bernafas bagi yang baru mahu bermula. Memang Bangsa Melayu kurang melabur di Bursa berbanding bangsa lain. Hanya berani melabur dalam Unit Amanah sahaja.

    Kena ubah mindset dan kena ubah tindakan.

    1. sakitnya di situ kan, tapi kalau kena untung, memang sedap..ya, melayu ni unik sikit.takut dan risau di mana-mana. tapi yang peliknya, tetap ramai yang melebur dengan skim-skim cepat raya..

  3. Seronok baca pengalaman bro terlibat dalam pelaburan saham… Semoga satu hari nanti saya juga dapat mengikuti jejak langkah bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *