Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.
Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.
Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 ini.
Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana adalah:
1. Bank Rakyat
2. SME BankĀ
3. TEKUN
4. Bank Simpanan Nasional
5. Public Bank dan Public Islamic BankĀ
6. RHB Bank dan RHB Islamic Bank
7. AgroBank
8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
9. Maybank dan Maybank Islamic
10. Bank Islam Malaysia Berhad
11. Bank Muamalat Malaysia Berhad
Nak faham requirement baru BNM ni mudah saja.
1. Tak payah bayar loan rumah & loan kereta untuk 6 bulan bermula 1 April. Maksudnya daripada April sampai September, bayaran ditangguhkan.
Tapi bukan bermaksud loan tu dimaafkan 6 bulan. Kalau sebelum ni loan tamat bulan 12 tahun 2025, lepas ni tamat bulan 6 2026.
2. Hutang kad kredit masih kena bayar. Tapi kalau memerlukan boleh tukar jadi loan bertempoh 3 tahun dan kadar faedah tak lebih 13%. Maksudnya masih berhutang tapi murah sikit dan masa nak bayar panjang sikit. Bank boleh memberikan pilihan pada pemegang kad kredit untuk tukar hutang kad mereka kepada pinjaman biasa tidak melebihi 3 tahun dengan faedah di bawah 13%. Benda ni juga akan ditukar secara automatik jika pemegang kad gagal buat bayaran minima untuk 3 bulan berturut.
3. Sebelum ni ada had untuk bank bagi pinjaman beli property, saham dan unit trust. Lepas ni had2 tu dimansuhkan. Had untuk bagi pinjam dekat syarikat2 berkait TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan. Apa2hal eletrik, gas, minyak dan unifi kena jalan. Kalau unifi down macamana page2 troll nak main peranan waktu genting ni?
4. Macamana bank boleh tahan semua ni, tak rugi ke? Itu sebab BNM cakap yang rizab2 bank boleh dikurangkan, tak perlu simpan sangat duit, boleh guna sebab waktu krisis. Haritu pun BNM dah cairkan sebahagian rizab yang bank komersial simpan di BNM.
5. Semuanya untuk lancarkan kesempitan yang dihadapi orang ramai waktu ni. Dan kalau baca betul2 requirement ni sampai bulan 9. Siapa yang ‘read between the lines’ akan faham yang BNM sebenarnya jangka kesan ekonomi Covid untuk berlarutan lebih daripada 2 minggu. Mungkin akan sampai hujung tahun. Walaupun ramai yang mungkin rasa seronok dengan moratorium 6 bulan ini, harus juga kita ingat langkah begini adalah sesuatu yang “unprecedented” oleh sebuah bank pusat.
Makna kata, ia menggambarkan betapa mencabarnya hari mendatang buat kita semua akibat COVID-19 ini.
Benda yang dibuat ini, bukan untuk kita seronok dapat cuti bayar pinjaman 6 bulan, tapi untuk pastikan kita ada wang yang cukup untuk makan pakai anak bini dan supaya kita semua tidak terjerumus ke lembah bankrapsi.
Itu sahaja. Siapa yang sedang mengalami kesulitan semoga Allah permudahkan.
2 thoughts on “Moratorium – Automatik Tangguh Bayaran Balik Hutang Bank Akibat Covid19”