Cara Upload Gambar Raya HD di Facebook

Cara Upload Gambar Raya HD di Facebook

Assalamualaikum wbt & Salam Syawal..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger/reader beragama Islam. Semoga hari raya kalian disambut dengan penuh meriah dan diberkatiNya. Alhamdulillah, seronok melihat kemeriahan hari raya kawan-kawan yang diupload di Facebook atau pun media sosial lain.

Cuma, ada sesetengah gambar tu tak ‘meriah’ seperti yang sepatutnya. Ada gambar yang diupload di FB tu ‘pecah pecah’ (masih boleh diperbaiki), gambar yang blur atau salah fokus (yang ni masa shoot dah kena perbaiki) dan juga gambar penuh dengan noise (Baca tips untuk kurangkan noise pada gambar!).

Gambar pecah-pecah yang diupload di Facebook tu boleh diperbaiki dengan re-setting di Facebook. Mungkin ada yang dah tahu cara upload gambar raya HD di Facebook atau pun masih tak sedar ada cara ini.

Cara Upload Gambar Raya HD di Facebook

1.SETTING

Login Facebook. Scroll down dan pilih SETTINGS.

FB setting

2.ACCOUNT SETTINGS

Lepas pilih SETTINGS, akan pop-up satu list. Pilih ACCOUNT SETTINGS.

account setting

3.VIDEOS & PHOTOS

Then, scrool down dan cari VIDEOS & PHOTOS. Tekan untuk ke setting seterusnya.

4.TUKAR SETTING KE ‘UPLOAD HD’ 

Di bahagian ini, ada dua pilihan yang berbeza. Satu untuk sesi upload video dan juga gambar. Just click kat ‘Upload HD’ untuk photos dan video. Di bahagian video lak, boleh pilih untuk autoplay video menggunakan mobile data / wifi atau tak nak Autoplay (jimat data internet korang!).

Setel.

Lepas ni bolehlah upload gambar raya korang dan nampak lebih meriah lagi. Oh ye, cara ini hanya boleh digunakan untuk mobile/smartphone. Yang guna PC/Laptop, rasanya tak perlu pun sebab takde setting sebegini.

Selamat tukar setting dan selamat berhari raya!

Terima kasih kepada otai photographer Malaysia, Tuan Wazari untuk idea best ini.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

7 Comments

    1. Author

      Sama-sama encik boss..selamat bekerja hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam