October 12, 2024

Main dengan SEO.

SEO – Search Engine Optimization memang sinonim dengan blogger Malaysia mahupun luar negara. Teknik SEO yang diimplementasi secara maksimum mampu memudahkan rutin harian blogger.

Maksud SEO sangat luas. Ramai yang bersetuju, tujuan utama teknik SEO diamalkan adalah untuk mengoptimisasikan atau meletakkan sesuatu post di page pertama di search engine dengan keywords yang ditarget. Untuk memastikan keywords yang ditarget menepati sasaran, kajian atau trend carian pengguna internet perlu dikaji dan dianalisis. Biasanya, keyword panas yang menjadi isu terkini dijadikan sebagai standard penulis bagi memastikan entri-entri berada di page pertama Search Engine.

SEO Perfect Company

Bagaimana bermain dengan SEO?

Main point ialah keyword yang ditarget. Katakan, penulis mensasarkan untuk memperkenalkan produk e-book , ‘Buat Duit dengan Blog‘. Apa yang boleh dikaitkan ebook ini? Semestinya mereka yang sedang mencari ‘cara buat duit‘ atau ‘buat duit dengan blog‘, mungkin juga ‘buat duit melalui internet‘ atau juga ‘cara buat duit‘ atau ‘bagaimana nak buat duit online‘ dan banyak lagi kemungkinan. Sekiranya ini keyword anda untuk memasarkan e-book itu, insyaAllah akan menepati golongan sasaran. Mustahil mereka yang sedang mengGoogle ‘menu sedap di U-Cafe‘ akan tersesat ke post anda itu.

Apa FAEDAH bermain dengan SEO?

  • Menyumbang TRAFIK VISITOR secara langsung dan tidak langsung.
  • Memberi kesan secara langsung ke ranking ALEXA.
  • Membantu meningkatkan sale.
  • Menepati golongan sasaran.
  • Membantu sebaran maklumat.
  • dan banyak lagi faedah-faedah yang akan diperoleh hasil daripada memaksimumkan kaedah SEO dalam post entri.

Nampak macam senang je hendak bermain dengan teknik SEO kan? Senang bila tahu caranya dan cara untuk memaksimumkan teknik SEO di setiap entri blog.

Ada blogger yang mampu menjana pulangan lumayan hanya mengaplikasikan teknik SEO yang mudah di dalam blog mereka.

Ada usahawan internet yang berjaya mengaut keuntungan lumayan dengan trafik percuma ke website mereka melalui kedah SEO.

Nampak macam senang je mereka bermain dengan teknik SEO kan. Ya, mudah bila mengetahui teknik yang betul. Lebih mudah jika mempunyai peralatan yang betul. Hanya Pakar sahaja yang mengetahui teknik dan ‘peralatan’ yang diperlukan untuk blogpost seorang blogger berada di halaman pertama enjin carian.

Aku bukan pakar. Siapa yang ingin menjadi Pakar SEO yang aku kenal seperti En.Titan, Tuan Denaihati, brada HasrulHassa dan ramai lagi, aku rekemankan untuk korang sumer mendalami dan menghayati Panduan ASAS SEO terlebih dahulu sebelum membazir masa dengan kaeda try&error!

Boleh dapatkannya DI SINI atau DI SANA 🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Main dengan SEO.

  1. Bagi anda yang memiliki kegiatan bisnis dan ingin bisnisnya berkembang dengan lebih baik maka sudah seharusnya untuk mempromosikannya melalui internet, nah disini peran penting pakar SEO untuk membantu anda melakukan optimasi website bisnis sehingga anda bisa tetap fokus terhadap kegaitan bisnis anda dan urusan optimasi SEO bisa dihandle oleh Pakar SEO.

  2. Senang bagi yg dah faham selok belok SEO, sukar bagi yang baru nak faham. Daripada try and error lebih baik dapatkan terus ilmu dari yang pakar seperti yg dicadangkan oleh JMR..

  3. Thank sharing ilmu dari entry nie..bestnya kalau pandai SEO ni..saya pon dalam proses blajar lagi.

  4. Pada hariini blogger yang pandai bermain SEO memang beruntung… Boleh buat lebih banyak side Income melalui blog…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *