December 9, 2024

Wajib Beli Tanah Untuk Buat Rumah Di Selangor Waktu Muda. Pelaburan Berbaloi!

Baru-baru ini aku ada berborak dengan junior sekolah aku tentang pelaburan yang berbaloi dilakukan pada usia muda. Katanya, karier beliau sedang meningkat naik sejajar dengan perkembangan ekonomi hari ini. Jadi, beliau sedang merancang untuk membeli aset hartanah pertama di usia 26 tahun!

Aku sangat respek dengan anak muda yang bijak merancang hidup sebegini. Tidak seperti kebanyakan anak muda lain yang belum pun dapat dapat gaji pertama, sudah merancang di fikiran untuk memenuhi kehendak, bukannya keperluan. Aku bukanlah seorang yang arif dalam pelaburan hartanah, tapi aku suka berkongsi dengannya tentang ilmu pelaburan hartanah berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku.

Membeli aset hartanah bukanlah perkara biasa-biasa. Minda kita selalu diset dengan kenyataan ini; pelaburan hartanah dijamin dengan pulangan yang untung dan lumayan.

Ya, boleh buat untung tapi risiko untuk rugi masih ada jika silap langkah.

Macam Mana Caranya Beli Tanah di Selangor Untuk Buat Rumah?

Macam mana cara beli tanah di Selangor untuk buat rumah? Ini soalan pertama yang muncul bila kami mula berdiskusi tentang pelaburan hartanah. Sebelum soalan ini terjawab, lokasi yang bersesuaian perlu dipilih. Jika soalan ini ditanya pada aku, pasti aku memilih untuk membeli tanah dan bina rumah di kawasan Sepang. Bukanlah kawasan lain seperti Shah Alam dan Kajang tiada tanah yang sesuai untuk bina rumah, tetapi Sepang mempunyai keunikan tersendiri di mata aku.

Pada aku, Sepang adalah satu kawasan yang sedang membangun. Sepang sangat strategik untuk bina rumah. Trafik tak sesak. Dekat dengan airport. Tak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ada pantai yang cantik yang boleh dijadikan ‘port baek’ untuk luangkan masa bersama keluarga.

Ini antara ciri-ciri penting untuk dijadikan tempat kediaman. Kena pula ada tanah yang ingin dijual dengan harga menarik di Sepang, pasti akan dibina rumah di situ.

Kata orang, beli tanah untuk buat rumah lebih berbaloi daripada beli rumah dah siap daripada pihak pemaju. Betul ke? Tak semua.

Ramai dari kita kerugian ratusan ribu ringgit kerana tersilap membeli tanah yang tidak sesuai untuk membina rumah. Ikuti perkongsian pengalaman kontraktor rumah yang telah bertemu lebih 100 pemilik tanah.

Beli tanah untuk bina rumah akan berbaloi jika kena caranya. Aku kongsikan di bawah ini 7 langkah beli tanah untuk bina rumah di Selangor. InsyaAllah boleh dijadikan panduan bersama;

Langkah 1# Cari tanah yang sesuai untuk bina rumah.

Mungkin ada yang belum tahu, tidak semua jenis tanah boleh dibina rumah. Jadi, semak status tanah tersebut terlebih dahulu sama ada ; tanah kediaman, tanah pertanian atau tanah komersial.

Risiko jika tersilap pilih tanah, pasti memberi kesan kepada kerja-kerja membina rumah seperti melambatkan proses pembinaan atau tidak akan diluluskan oleh Pihat Berkuasa Tempatan.

Langkah 2# Semak geran tanah yang ingin dibeli.

Geran tanah ibarat surat beranak tanah itu. Semak geran tanah yang ingin dibeli sama ada milik individu atau perkongsian. Tips paling penting sebelum meneruskan niat membeli tanah adalah elakkan sama sekali membeli tanah dengan geran kongsi kerana banyak masalah yang akan timbul.

Paling baik, belilah tanah dengan geran individu. Hanya nama anda sahaja yang terpapar di atas geran tersebut. 

Langkah 3# Pertimbangkan baik buruk membeli tanah tersebut.

Seperti maklum, beli tanah untuk bina rumah bukan seperti membeli ikan di pasar. Perlu pertimbangkan baik buruk sebelum membeli tanah. Eh nak beli ikan pun kena pilih juga kan, mana yang segar, mana yang enak di masak pilihan menu yang diidamkan. Apatah lagi sebidang tanah!

Apa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli tanah untuk bina rumah? Aku kongsikan poin-poin penting untuk rujukan bersama;

  1. Adakah tanah tersebut jenis pegangan bebas (Freehold) atau pun pajakan (Leasehold)? 
  2. Kemudahan infrastruktur.
  3. Bentuk muka bumi tanah tersebut.
  4. Saiz tanah & persempadanan.
  5. Jenis & sifat tanah di kawasan tersebut.
  6. Bilangan tingkat rumah yang bakal dibina.

Uiks..banyak juga poin-poin yang perlu dipertimbangkan ye? Untuk penerangan lebih terperinci, bolehlah baca artikel oleh 7 Langkah Beli Tanah Di Selangor ini. Jom baca langkah-langkah seterusnya.

Langkah 4# Periksa zon tanah yang ingin dibeli.

Kawasan perumahan yang baik biasanya terletak jauh daripada kawasan industri. Bukan apa, untuk mengelakkan pencemaran industri dan kesesakan lalulintas dengan kenderaan berat keluar dan masuk kawasan industri. Jadi, elakkan membeli tanah di dalan zon industri.

Pastikan pembinaan rumah berada dalam zon yang betul dan di dalam tanah yang dibenarkan. Juga, pastikan lot tanah yang ingin dibeli berada di dalam zon perumahan.

Sekiranya anda kurang yakin, boleh dapatkan bantuan dari agen hartanah yang berpengalaman. Mereka akan memberikan khidmat nasihat & berunding bagi pihak anda. 

Langkah 5# Lantik Peguam Hartanah.

Langkah seterusnya ialah melantik Peguam Hartanah untuk membantu anda dalam selok belok perundangan yang diguna pakai dalam urusan jual beli tanah.

Jika tidak mengenali peguam hartanah yang boleh dipercayai, jangan risau. Kebiasaannya, badan yang memberikan pembiayaan pembelian tanah mempunyai panel peguam sendiri yang mahir dengan prosedur bank. Ini semestinya akan menjimatkan masa & memberi keselesaan kepada anda sepanjang proses berlangsung.

Langkah 6# Sediakan dokumen yang diperlukan untuk pembelian tanah.

5 langkah terawal sudah selesai. Seterusnya pembeli perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dalam urusan jual beli tanah.

Dokumen yang diperlukan untuk pembelian tanah seperti berikut;

  1. Geran tanah yang ingin dibeli.
  2. Salinan IC (kad pengenalan) pembeli & penjual tanah.

Dokumen di atas diperlukan selepas persetujuan dicapai oleh kedua dua pihak & proses jual beli tanah telah dimuktamadkan. Pejabat Pendaftaran Tanah Malaysia perlu dimaklumkan tentang pemindahan pemilikan tanah tersebut telah berlaku.

Langkah 7# Lantikan arkitek dan kontraktor rumah.

Bagi yang pertama kali melalui pengalaman membeli tanah untuk bina rumah, mungkin agak susah dan banyak yang tidak faham. Terutama dalam mencari arkitek atau kontraktor rumah.

Proses jual beli tanah Lebih mudah sekiranya anda melantik kontraktor yang mampu menguruskan keseluruhan proses kerana tidak perlu berurusan dengan lebih dari 1 pihak dalam 1 masa.

Contohnya, Nas Nuri Construction mampu menguruskan pembinaan rumah anda dari A hingga Z.

Rumah Yang Dibina Di Atas tanah Ini Boleh dijadikan Homestay Jika Strategik lokasinya.

Rumah yang siap dibina di atas tanah yang dipilih boleh dijadikan penginapan kekal sehingga ke hari tua. Jika masih belum bersedia untuk tinggal di rumah tersebut, ianya boleh juga dijadikan homestay; jika strategik lokasinya. Lokasi yang strategik, fasiliti yang lengkap dan dihiasi dengan cantik pasti menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk menyewa homestay tersebut. Homestay yang bagus dan serba lengkpas pasti fully booked setiap minggu!

Homestay Puteri Qashrina boleh dijadikan contoh homestay yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Homestay ini terletak di Tanjung Kling, Melaka. Tak jauh dari Pantai Puteri. Untuk makluman. pantai ini sentiasa meriah setiap petang di hujung minggu.

Aku ada membaca review Homestay Puteri Qashrina ini. No wonder~lah homestay ini sentiasa dikunjungi pengunjung. Selain daripada lokasi yang strategik, kawasan homestay ini juga luas. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat gathering keluarga besar. Pilihan bilik juga banyak dengan harga yang sangat menarik dan berbaloi.

Apabila aku amati pilihan bilik yang ada di Homestay Puteri Qashrina, Melaka ini, aku kagum betul perancangan pemilik homestay ini. Bilik yang disediakan bukan biasa-biasa. Ada disediakan bilik di Chalet Kayu, Rumah Kayu Loteng dan Rumah Kayu Beranda.

Rumah Kayu Loteng (Foto: ibusyurga.blogspot.com)

Bagi orang bandar yang nak merasai pengalaman tinggal di rumah kampung tradisional, sewalah chalet kayu ini. Rekabentuk chalet ala melayu Melaka tradisional ini nampak evergreen dengan warna kayu yang cantik dengan kemasa varnis. Lagi best bilik ini mengadap Selat Melaka. Pemandangan yang indah kan?

Homestay Puteri Qashrina ini bukan sahaja terletak tidak jauh daripada kedai makan sedap yang ada di sepanjang jalan Pantai Puteri, tetapi juga berdekatan dengan masjid. Jadi, sambil bercuti gembirakan diri di homestay cantik di Melaka ini, boleh juga tenangkan diri menghadap Ilahi.

Jadi, sebelum rumah dijadikan homestay, perlulah ada ciri-ciri menarik seperti Homestay Puteri Qashrina ini dulukan. Barulah sentiasa dipenuhi pengunjung!

Macam mana pula nak dapat idea dalam menghias rumah atau homestay tu? Jom baca perkongsian aku di bawah ini pula.

Hiasan Dalaman Rumah Perlu Menarik. Minat Style Hotel Di Melaka

Tidak dinafikan, kebanyakan bakal pemilik rumah akan merancang apakah hiasan dalaman terbaik dan paling cantik yang boleh dilakukan dalam rumah baru nanti. Seperti juga pengalaman aku dan famili semasa proses pembelian rumah pertama dahulu. Rumah belum siap, tapi kami dah buat teruja buat survey untuk tema hiasan dalaman yang akan digunapakai.

Dalam mencari idea hiasan dalaman, aku lebih suka merujuk kepada hiasan dalaman hotel-hotel di Melaka. Pada pendapat aku, hiasan dalaman hotel-hotel di Melaka berbeza dengan tempat lain.

Contohnya, Hotel Casa Del Rio Melaka.

Hotel Casa Del Rio mempunyai seni hiasan dalaman yang dipengaruhi oleh seni bina tempatan dan Mediterranean/Sepanyol.

Casa Del Rion Melaka

Melangkah sahaja ke ruangan lobi Casa Del Rio, hiasan dalaman di sini sudah pun berjaya memukau pandangan pertama aku. Lihat sahaja pada corak di lampu syilingnya. Apabila berada di sini, seolah-olah berada di negara lain dengan era yang berbeza!

Kredit: Casa Del Rio

Berbanding hotel lain di Melaka, berbeza dengan bilik di Casa Del Rio, sangat memikat hati dengan hiasan gaya Eropah yang unik. Perabot yang diletakkan di bilik ini berwarna gelap seperti rangka katil, meja tulis dan almari. Alas katil bersulam dihampar merentangi katil, melengkapkan lagi konsep Eropah di dalam bilik ini. Penataan cahaya juga menaikkan lagi konsep bilik ini. Tenang.

Oh ye..di Casa Del Rio juga ada perpustakaan dengan hiasan dalaman yang simple dan sangat cantik. Ada juga aku survey bagaimana nak wujudkan sebuah mini library di rumah aku. Dan ternyata, perpustakaan di sini kena dengan selera aku.

Jika ada peluang dan rezeki lebih, pasti aku akan hiaskan rumah aku dengen hiasan dalaman sebijik seperti Hotel Casa Del Rio ini. Dari ruang tamu, bilik tidur dan juga perpustakaannya!

Senang Ke Beli Tanah Untuk Bina Rumah Di Selangor?

Selepas membaca perkongsian di atas ini, aku berharap korang dapatlah sedikit sebanyak info dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri. Dengan follow langkah-langkah yang tersebut, aku pasti usaha kalian untuk beli tanah dan bina rumah menjadi lebih mudah dan senang. Risiko untuk rugi dah terpaksa menggunakan duit modal berlebihan juga berjaya dikurangkan. InsyaAllah membeli hartanah di lokasi yang strategik dan ditambah pula dengan kebijaksanaan menjana pulangan dari hartanah tersebut pasti mejadikannya satu pelaburan yang berbaloi.

Jadi, jika ada rezeki lebih dan peluang, wajib beli tanah untuk buat rumah di Selangor waktu muda. Berbaloi!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Wajib Beli Tanah Untuk Buat Rumah Di Selangor Waktu Muda. Pelaburan Berbaloi!

  1. banyaknya input dalam satu entry.
    terima kasih atas sharing bermanfaat ni.
    belum mampu nak memiliki sebidang tanah tapi boleh jadi rujukan untuk keluarga & sahabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *