Pengalaman Bawa Anak Solat di Masjid.
Semalam merupakan hari yang sejarah dalam hidup aku. Pengalaman pertama bawa anak solat di masjid untuk menunaikan solat isyak dan solat tarawih tidak akan dilupakan sepanjang hidup aku. InsyaAllah langkah yang aku ambil ini akan diberkati oleh-Nya. Amin..~
Dah besar anak sulung aku, Dayyan Harith. Hari ni pun dah genap usianya 4tahun 2bulan.
Sebenarnya, sejak awal Ramadan lagi Dayyan minta nak ikut ke masjid. Niat aku memang nak bawa juga tetapi sering kali terbantut apabila dia buat ‘perangai’. Jadi, aku tangguhkan niat itu.
“Kena good boy dulu baru boleh ikut pergi masjid” . Syarat yang selalu aku kenakan kepada dia.
Rezeki dia semalam, semasa bersiap untuk ke masjid, aku suruh dia bersiap, kita nak ke masjid.
Wife pandang dengan ekspresi, “Are you sureeee?”
Aku angguk angguk. Bukan main teruja lagi abang Dayyan bersiap nak tukar baju. Wife pakaikan baju t-shirt Upin Ipin dan seluar panjang.
Dia pandang je mak dia, ” Abang tak nak baju ni, abang nak baju masjidddddd..”
Baju masjid tu apa benda? Dia tunjuk yang aku pakai..owh baju melayu & kain pelikat.
Last beli baju melayu untuk dia, tahun lepas. Tu pun dah tak muat. Takkan nak pakai baju melayu untuk raya tahun ini pula kan. Selepas ‘berbicara’ sesaat dua, dia dah ok. Jom kita ke masjid..
Dalam hati, risau gak takut Dayyan kacau jemaah lain. Lagi satu, kalau ada kawan lain seusia dengan dia ajak main, masa tu dah tak dengar cakap bapak dia dah biasanya. Yang tu aku nak cuba handle. Panjang gak aku berdoa supaya dia terkawal dan bertenang sehingga selesai solat witir..
Solat Isyak.
Aku ambil saf yang agak ke belakang. Tapi still ada satu saf lagi belakang kami. Dayyan sebelah kanan aku, sebelah kanan dia ada brader Bangladesh. Series. Aku rasa rakaat pertama tu macam aku tak kusyuk sangat. Dayyan dok berpusing-pusing badan dia tengok seorang lagi budak kat saf belakang. Aku risau mengganggu jemaah di saf belakang je. Masuk rakaat kedua, baru dia mula ikut pergerakaan solat. Jemaah rukuk, dia rukuk, jemaah bangun dari rukuk, dia bangun gak, jemaah sujud, dia pergi meniarap!
Masa tahiyat akhir, ada seorang pakcik sebelah aku ini, mungkin dia tak sihat sebab tangan dia macam menggigil. Sebelum bagi salam, Dayyan pandang ke muka aku, then dia pandang pakcik tu dengan muka yang penuh dengan 1001 persoalan..
Alhamdulillah, setel solat Isyak 4 rakaat. Lega. Satu lagi aku risau kalau dia tanya aku soalan macam-macam kat dalam masjid ni. Suara dia boleh tahan kuat. Ajaib gak dia boleh behave dan bisik ke telinga aku bila dia nak tanyakan sesuatu.
Solat Tarawih.
Solat tarawih kat masjid ni 20 rakaat. Biasanya aku lebih selesa dengan solat tarawih 8 rakaat + solat witir. Tapi kali ini istimewa sket. Risau kot kot abang Dayyan dah bosan dan mula nak melompat aktif. Sangkaan aku meleset. Dari 2 rakaat pertama sehingga ke rakaat ke 8, dia setia mengikut pergerakan solat tarawih bersama jemaah lain. Kali ini, sujudnya dah betul, bukan lagi meniarap. Duduk antara dua sujud pun dah pandai.
Cumanya, semasa rakaat kedua, aku terdengar bunyi yang biasa aku dengar. Selesai salam, abang Dayyan bisik kat aku, “Daddy tak dengar kan? Abang kentut besar….” Aku nak tergelak tetapi aku tahan. Abang Bangla kat sebelah dia tu aku tak tahulah dia tahan gelak macam mana. Nasib baiklah takde bau yang kurang menyenangkan.
Alhamdulillah, semua kerisauan aku dan sangkaan aku pada abang Dayyan meleset pada malam ini. Maafkan daddy. Daddy terlupa yang anak daddy ni dah besar dan bijak menyesuaikan diri.
Semoga Dayyan taat menunaikan perintah Allah swt dan menjadi anak yang soleh..
Alhamdulillah
Alhamdulillah tuan. Dari kecil dah bawa ke masjid. Insyaallah hatinya dekat dengan masjid bila dah dewasa kelak
Best tu.. anak den baru 2 tahun..
tak sanggup nak bawa.. huhu
Heheh comel bab kentut tu. Tak bau xpe nak hehhe salam aidilfitri
Hi3…bagus la..dh pndai solat…nt ajr bacaan plk?
Nsb behave..tak mcm sstgh bdk…grrr?