Malaysia

Awana Skyway Genting Highlands

Kali terakhir aku naik Genting, 2 tahun yang lepas semata-mata melayan satu-satunya anak lelaki aku pada masa itu (sekarang 2 boys!) untuk menonton Ultraman Live in Genting. Masa tu, drive terus naik ke puncak. Tak berkesempatan untuk bawa Dayyan menikmati pengalaman menaiki ‘cable car’.

Rezeki Dayyan & Danish pada minggu lepas. Since plan hujung minggu yang lepas berubah, aku ambil peluang untuk membawa dua hero dan mommy mereka ke tanah tinggi Genting. Ya, aku tahu, buat masa sekarang ini, tiada apa yang menarik pun di puncak, segalanya masih ‘under construction’.

Tak ada apa yang menarik, tetapi pengalaman menaiki gondola atau kereta kabel ke puncak Genting Highlands sangat menerujakan dua hero aku tu.

kereta kabel genting highlands

Awana Skyway – Genting Highlands.

Tertunai hasrat membawa isteri naik kereta kabel selepas hajat tidak kesampaian semasa trip ke Langkawi, dua tahun yang lepas..hahaha..oh ye, Awana Skyway ni merupakan sistem kereta kabel baru untuk membawa pengunjung dari Awana Transportation Hub ke SkyAvenue Ststion yang terletak di puncak Genting Highlands. Jarak lebih kurang 2.8 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Skyway Genting Highlands

Dayyan memang rapat dengan Chu’a (adik bongsu aku). Jadi, sepanjang perjalanan, adik aku akan jaga abang, dan adik akan sentiasa bersama mommy. Sebiji gondola tu boleh je dikhaskan untuk keluarga/pasangan masing-masing tetapi entah macam mana, semasa trip naik ke atas, ada dua orang makcik yang termasuk dalam gondola kami. Tak pasal-pasal makcik kena bersabar melayan kerenah teruja kami menaiki kereta kabel.

Harga Tiket Cable Car Awana Skyway.

RM8 untuk pengunjung dewasa dan kanak-kana yang melebihi 90cm.

gondola Awana Skyway Genting Highlands

Ingatkan nak naik gondola yang berlantaikan cermin tetapi tak sanggup bila tengok harga tiket, RM50/person. Hoi..tak beragak harga tu..lainlah kalau dapat ‘lamb chop’ dengan fresh orange segelas ke, ok la gak kan..haha

Funtasy Games Genting Highlands

Naik atas, pergi ke Funtasy Game, layan game seround dua, then lepak-lepak kejap sebelum turun balik..haha..kerja gila kan. Penat. Tapi tak kisahlah, sebab aku tengok abang Dayyan & Danish seronok je. At least, ini pengalaman baru buat mereka. Aku tak kisah untuk spend sedikit masa/wang ringgit untuk famili terutama anak-anak, asalkan saat-saat ini menjadi pengalaman berguna dan terindah untuk mereka.

The Daddy Blogger || 12 April 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

9 thoughts on “Awana Skyway Genting Highlands”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam