March 19, 2024

Jom! Nikmati Pulau Pinang. Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana!

Antara destinasi percutian kegemaran kami sekeluarga semestinya Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Dalam setahun, pasti 2,3 kali kami akan ke sana, sama ada semasa cuti hujung minggu atau pada hari cuti awam lain. Variasi makanan dan tempat-tempat best di sana membuatkan setiap ‘Penang trip‘ kami tidak pernah membosankan.

Namun, kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini, pastinya industri pelancongan di dalam dan luar negara pasti terjejas. Hampir 3 bulan sekatan rentas negeri dikuatkuasa di negara kita. Hari ini, kerajaan memberi sedikit kelonggaran untuk rakyat melakukan aktiviti biasa dengan norma baharu.

Antaranya, aktiviti pelancongan di dalam negara.

Nasi lauk kampung ‘rasa’ Penang

Setelah berbulan lamanya kita duduk di rumah, inilah masa terbaik untuk mengembara dan meneroka kepelbagaian dan keindahan Pulau Pinang yang terkenal di seluruh dunia dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town, seni jalanan yang unik, makanan jalanan yang sedap, hutan hujan dara yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi.

The Gravityz, Penang

Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia yang kini dijenamakan sebagai 7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang yang terdiri daripada Penang Hill, The Habitat, The Top Penang, The Gravityz, Tech Dome Penang, Entopia by Penang Butterfly Farm dan Escape Theme Park.

Usaha pihak Pelancongan Negeri Pulau Pinang untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan negeri dengan pelancaran kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang” (JOM! Experience Penang) bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru
ini.

EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang, melancarkan kempen ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism Encik Ooi Chok Yan.

Kempen JOM! Nikmati Pulau Pinang adalah sebahagian daripada kempen EPY 2020. Dengan slogan “Kepelbagaian Asia” (The Diversity of Asia), EPY 2020 mengetengahkan kepelbagaian budaya, warisan, seni, makanan serta persekitarannya alam semujadi Pulau Pinang yang indah.

Kempen ini bertujuan menarik pelancong domestik ke Pulau Pinang dengan promosi hebat seperti:

  1. Tawaran Hotel Terbaik
  2. Tawaran Tempat Tarikan Pelancong Terbaik
  3. Tawaran Pakej Pelancongan Terbaik
  4. Terima Kasih Pejuang Barisan Hadapan

Maklumat lanjut tentang tawaran hebat ini boleh didapati di laman web kempen: penangtraveldeals.com.

Promosi kempen ini turut menawarkan pengunjung pengalaman yang berbeza di samping potongan harga yang menarik untuk penginapan, tempat tarikan pelancong dan pakej pelancongan.

Di samping itu, kempen ini juga menzahirkan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan di Malaysia dengan tiket masuk percuma dan tawaran menarik untuk hotel, tempat tarikan pelancong, dan perkahwinan melalui kempen Terima kasih Pejuang Barisan Hadapan.

Pihak PETACH juga telah melancarkan sistem akreditasi kesiapsiagaan pasca COVID-19 (COVID-19 safety accreditation programme) untuk memperkuat lagi langkah kebersihan dan keselamatan yang digaris pemain industri pelancongan Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang bertujuan memulihkan kembali keyakinan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang.

Untuk makluman, Pulau Pinang adalah negeri pertama di Malaysia yang memastikan perjalanan yang selamat kepada pelancong dan negeri pertama memberi penghargaan kepada pejuang barisan hadapan.

Pada yang inginkan percutian bertaraf dunia tidak perlu lagi mengembara jauh-jauh.

Disebut CNN sebagai salah satu “Tempat Terbaik untuk Dikunjungi untuk Pengalaman Asia Terunggul” (Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience), Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia seperti Trek Terowong Tercuram Di Dunia; Menara Skywalk Melengkung Pertama Di Dunia; Cabaran Aktiviti Ropes Course Tertinggi di Dunia; Gelongsor Menegak Pertama di Dunia; Jambatan Stressed Ribbon Altitud Tertinggi di Dunia; Sanktuari Rama-rama & Serangga Yang Pertama di Dunia dan Gelongsor Air Terpanjang di Dunia dengan Rekod Dunia Guinness!

Menara Skywalk Melengkung Pertama Di Dunia
Bukan biasa-biasa Gelong Air Di Penang Ni!

Dengan potongan harga dan tawaran menarik, inilah masa yang terbaik rakyat Malaysia merebut peluang ini. Datanglah ke Pulau Pinang — destinasi pelancongan bertaraf dunia yang berdekatan dengan anda. Jangan lupa untuk masukkan Pulau Pinang dalam senarai tempat percutian ketika cuti Hari Merdeka yang akan datang ini.

Dayyan & Danish di Street Art, Penang.
Masjid Kapitan Keling

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi di bawah kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang”, lawati penangtraveldeals.com

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Jom! Nikmati Pulau Pinang. Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *