November 10, 2024

Tempat Menarik Wajib Dikunjungi Di Labuan

Terletak hanya beberapa jam perjalanan bot dari Kota Kinabalu, dan menjadi laluan feri untuk ke Brunei ada sebuah pulau yang awesome, Labuan. Sape sangka sebuah pulau yang tenang dengan pantai-pantai indah terkenal di seluruh dunia ini pernah melalui zaman kegelapan sewaktu perang dunia pertama dan kedua yang memusnahkan sebahagian besar bangunan-bangunan kat pulau ini. Kau orang kena start bukak laptop dan book Labuan hotels , atau kau orang boleh terus book Hotel Labuan Point online, just my two cents.

Namun inilah juga yang menjadikan Labuan cukup istimewa, dasar lautnya menjadi tarikan untuk diterokai penyelam dalam dan luar negara kerana kapal-kapal yang karam dari peperangan suatu ketika dahulu dan peninggalan-peninggalan jajahan yang menimbulkan rasa ingin tahu. Terletak tidak jauh dari Victoria Town yang hanya 15 minit pemanduan adalah Pantai Layang-Layang. Sebuah pantai yang cukup indah terutama sekali ketika waktu matahari melabuhkan tirainya sekitar pukul 5.30 ke 6.30 petang.

Sambil menikmati pemandangan yang memukau ini kau orang boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual kat tepi pantai ini seperti cendol, sate, air kelapa yang menyegarkan dan banyak lagi. Bagi korang yang sukakan aktiviti menyelam, keindahan pemandangan kat kawasan permukaan laut biru ini sama indahnya dengan flora dan fauna kat dalam lautnya yang penuh warna-warni. Cukup kaya dengan pelbagai jenis ikan, kerana ini jugalah Pantai Layang-Layang juga turut terkenal dalam kalangan kaki pancing.

Kat tepian Pantai Layang-layang, terletaknya dua lagi tarikan lain kat Labuan iaitu Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun. Taman Damai dibina dengan sumbangan daripada Japan Shipbuilding Industry Foundation dan juga keluarga mereka yang terkorban sewaktu pencerobohan Jepun. Pembinaan taman ini adalah untuk menjadi simbol keharmonian antara Malaysia dan Jepun.

Kat sebelahnya pula terletak Tugu Penyerahan Jepun, kat sinilah peristiwa bersejarah kat mana Angkatan Tentera Jepun yang diketuai Leftenan Jeneral Masao Baba telah menyerah kepada Tentera Australia pada tarikh 10 September 1945. Banyak perkara bersejarah yang dapat anak kau orang pelajari kat sini bukan? Lain perasaannya apabila dapat melawat lokasi bersejarah ini sendiri.

muzium marin Labuan
Muzium Marin Labuan

Bangunan 2 tingkat yang berbentuk seperti kerang, Muzium Marin Labuan ini cukup menarik untuk dilawati bersama keluarga. Bagi yang tidak berani menyelam kat dalam air laut, kat sinilah korang  dapat mendekati flora dan fauna marin yang bukan sahaja daripada kawasan laut, malahan juga dari paya bakau. Menempatkan lebih daripada 570 koleksi, lawatan ke muzium ini pasti membuat korang jatuh cinta dengan keindahan dan kekayaan spesies hidupan dalam laut, mungkin ramai yang nak jadi penyelam lepas ini?

Antara ruang pameran yang terdapat kat sini adalah Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Kat tingkat atas muzium ini pula mempamerkan banyak lagi maklumat tambahan yang lain yang melibatkan peralatan menyelam, peralatan memancing klasik dan moden, serta banyak lagi informasi berkaitan spesies hidupan marin.

Sudah puas berjalan di sana-sini sekitar Labuan, tiba-tiba terdengar bunyi dong! dong! dong! sebuah jam, dari mana lagi datangnya bunyi ini kat tengah bandaraya Labuan kalau bukan dari Menara Jam Labuan yang penuh bersejarah. Pada asalnya, menara jam ini dibina pada tahun 1906 sumbangan daripada seorang peniaga terkemuka Melaka, Chee Swee Cheng.

Menara ini merupakan salah satu daripada empat buah struktur lain kat Bandar Labuan yang terselamat daripada pengeboman tentera bersekutu.

Image via Diaritravelaca

Sedihnya pada tahun 1948 pihak British telah merobohkan menara jam ini dengan janji ia akan dibina kembali, namun begitu, menara ini sebaliknya telah dibina kembali oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002. Jadi, menara jam yang korang dapat lihat kini adalah replika menara yang asal.

Untuk pengetahuan kau orang jam ini akan mengeluarkan bunyi pada setiap jam, oleh itu, rancang masa korang betul-betul untuk mendengar bunyinya ya?

Tidak jauh dari Muzium Chimney, terletaknya The Bird Park Labuan dengan 3 buah kubah besar dikelilingi oleh lanskap flora yang indah. Bagi yang suka melihat burung-burung yang dicipta dengan penuh warna-warni ini, dapatlah korang melihat dengan sepuas hati lebih daripada 580 spesies burung tanpa perlu membawa teropong yang berat. Semuanya ada di sekeliling korang. Satu perasaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Tempat Menarik Wajib Dikunjungi Di Labuan

  1. Baca ceritanya pun dah menarik apatah lagi berada di sana. Cuma saya belum berkesempatan jejakkan kaki di Labuan. Banyak sangat tempat-tempat yang menarik boleh dikunjungi bersama kawan-kawan dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *