March 19, 2024

Ayam Bakar Station, Port Dickson.

Ayam Bakar Station, Port Dickson.

Sebelum ni aku dah perasan kewujudan kedai makan Ayam Bakar Station, Port Dickson yang terletak di sebelah kiri bahu jalan dari Politeknik Port Dickson ke Tiara Beach Resort. Waktu makan tengah hari, bersusun kereta di kiri kanan kedai makan ini. Jadi, 90% aku dah boleh agak mesti menu kat sini sedap. Aku tunggu masa je untuk singgah menjamu selera di sini.

Tertunai hajat di hati semasa perjalanan pulang dari Trip Penginapan 1 Malam di Melaka. Singgah di Port Dickson untuk rutin melawat bilik resort kami yang tiada penghuni di Tiara Beach Resort, sambil-sambil tu late lunch di Ayam Bakar Station ni.

Oh ye, siapa nak cari bilik penginapan di Port Dickson, boleh email mjdetroit83@gmail.com ..iklan sesaat.

ayam bakar port dickson

Kedatangan kami agak lambat. Kebanyakan lauk-pauk lain dah habis. Nasib baik menu utama yang dicari masih ada. Nasi Ayam Bakar! Bukan nasi ayam yang En.Bakar punya..tapi ayam tu dipanggang atas api..makan panas-panas dengan nasi putih. Yang dalam piring tu bukan kuah ye, itu adalah sambal hijau. Pedas baq hang..tapi sedap. Serius. Simple je kan, daun salad pun seciput je. Nasib baik ayam bakar tu boleh tahan besarnya. Jadi, taknak komplen lebih. Bersyukur! RM7.50 untuk satu set ni..

Nak tambah nikmat dalam cuaca agak panas ni, aku pesan juga sebiji kelapa muda. Fuhh..manis asli, takde campur air gula. Air kelapa pun banyak, isi kelapa pun lembut. Aku campakkan 2,3 ketulan ais untuk nikmat maksimum..RM3.50 sebiji. Serius, puas hati!!

ayam bakar port dickson

Hajat di hati nak tambah satu set lagi..

air kelapa port dicson

Bukan main berselera lagi adik Danish dok hirup air kelapa muda tu. Masa kena demam campak hari tu, bukan main susah lagi nak paksa dia minum air kelapa.

Apa tunggu lagi..kalau lalu jalan ni, bolehlah singgah di kedai makan Ayam Bakar Station, Port Dicksonni. InsyaAllah, lain kali aku akan singgah lagi untuk cuba kambing bakar pula!

Burppp..alhamdulillah…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Ayam Bakar Station, Port Dickson.

  1. Air kelapa memang bagus untuk menghilangkan dahaga, tambah pulak kalau cuaca tengah panas.

    Selain itu, di dalam bidang perubatan Islam, air kelapa muda juga sangat berkhasiat untuk merawat seseorang yang disihir.

    Tetapi syaratnya mestilah diminum di dalam buah kelapa tersebut, jangan dituang ke dalam cawan. Hilang khasiatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *