September 27, 2020

Tiara Beach Resort, Port Dickson : Tenang, Peace, Seronok

Hujung minggu kalau takat dok terperap dalam rumah, tak tahu nak pergi mana-mana, memang loser punya hujung minggu bagi aku. Dalam 2010, aku ada gak la dua tiga punya punya loser weekend. Bosan dowh. Aku berdoa, tahun 2011 ni takde loser weekend lagi. Amin~
Ini last 2 weekend punya cerita. Since famili aku dok jauh, jadi hujung minggu lepas aku mengendeng-ngendeng famili cik Nunu ikut percutian mereka ke Port Dickson. Eh, bukan fully ngendeng, with a nice invi okkey. Kebetulan lak, weekend tu aku takde event/plan pape, so ok kan ajer. Leh gak lari dari hiruk pikuk Damansara & Kuala Lumpur. Huh..
I was here..Tiara Beach Resort, Port Dickson.
Tengok, sebesar-besar swimming pool ada kat sana. Even nama khas dia ada ‘beach’, tapi usah mimpi nak layan angin sepoi-sepoi bahasa sambil usha awek mat salleh bercoli dok ngah berjemur tepi pantai.  Nasib baik ada pasir pantai tu ngan pokok-pokok kelapa, ada la feeling-feeling sun bath. Pada sesapa yang suka sangat swim kat pool, kat sini kira tempat sesuai la. Pool bersaiz lebih besar daripada saiz Olimpik. Berenang la sampai semput.
2queensizebeds/twinstudio
Dah semput, bolehlah naik bilik jap, take five jap. Pastu leh sambung membongkang dalam pool tu lagi. Untuk penginapan di Tiara Beach Resort ni, guest akan dapat tag untuk membolehkan korang main air sepanjang hari dalam pool tu. Kalau sesaje datang nak mandi kolam, setiap tag/pass tu akan dicas RM20/entry. Oh ye, untuk 2011 ni, kalau ada sesapa nak lepak sini, leh je PM/email aku nanti. Terbaik punya harga.
Pada sesapa yang bawak anak-anak kecik, tempat permainan air untuk kanak-kanak juga disediakan. Aku tengok dari jauh je, sebab tak bawak anak atau bahasa lebih tepat, takde anak lagi. Nampak seronok je diorang main air. alah, budak-budak biasalah kan. Dah macam wetworld pon ada gak nih. Sambil anak-anak dok bermain, aku tengok, sambil-sambil tu gak mak bapak dok bergosip. Kat kawasan sekitar kolam besar ni, memang disediakan kerusi-kerusi untuk kemudahan tetamu resort nih.
Ini hanyalah untuk dewasa dengan pakaian renang. Ada orang tanya aku, “naper asyik pandang adults pool ajer?“..ngengenge..:-p
 Siap ada gelongsong air lagi. Bukan takat budak-budak leh naik, bapak budak pon boleh. Layan weih, dari pagi sampai ke petang pon boleh berendam. Sudahnya sun burn nanti. huhuhu
Yang ni, ayah cik Nunu yang snap. Ada bakat ni. Pasni takyah hire photog dah, leh mitak tolong ayah awak je la ek time majlis nanti..hikhikhik..ermm..
Ni aku ngah cuba praktikkan tip-tips ‘nak tekel anak, kena tekel makpak dia dulu’ . Taktau la berhasil ke idak. kihkihk..
Tengok, kan dah kena jeling dah. Jangan marah uncle. Take ur time, layankan aje water massage tu..hikhik
Usha awek di seberang kolam. Tengah-tengah panas, tak pasti apa benda sebenarnya .kahkahkah..
Sangat layan dapat lepak atas kerusi panjang di bawah pokok kelapa, berlatarkan pasir pantai, walaupun kat depan tu hanyalah kolam besar. Tapi takpe, tetap ada angin-angin feeling bahasa. Silap-silap boleh terlelap ni, even jam pada waktu tu menunjukan pukul 2petang.
Meh aku nak promote sket. Dalam list, ada 3 studio apartment untuk disewakan. Setiap bilik ada dua super single size nyer katil. Sesuai untuk seisi keluarga. Sesapa yang ada plan nak ke Port Dickson untuk bercuti & nak dapatkan penginapan yang selesa&harga berpatutan, aku rasa yang ini yang terbaik. Satu malam RM150, dan untuk dua malam adalah RM250, save budget. Berbaloi kan? Lagi, siap ada meja makan, peti sejuk, tempat masak, TV, living hall, meja tamu, aircond dan sebagainya. Tapi harga ni untuk privatenyer room, kalau korang terus booking ngan resort management, memang tak dapatnya harga macam ni.
Amacam? Berminat?Untuk detail lagi, leh kontek kot email: mj_detroit83@yahoo.com. Nanti kita diskas-diskas lagi..TEMPAH SEKARANG!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Tiara Beach Resort, Port Dickson : Tenang, Peace, Seronok

  1. Pingback: Pelan-pelan Kayuh~ |
  2. TBR skg ni dah tak besst macam dulu2 (ini kali ke-4 aku pii sana), dulu2 FREE jer kolam2 derang tuuu utk penghuni apartment/studio resort situ, skg ni dah nak kena bayar TAG tangan RM30/adult RM15/kekanak.. itu pun 1 tag hanya untuk satu sesi jer sesi petang atau pagi…. GILERRRR. Aku baru jer balik semalam, sewa studio 3D2N 450, TAG kena beli sendiri, aku datang sekali dgn family anak beranak bayangkan berapa nak kena spend utk main kolam depa… memang bongok tahap gaban TBR skg ni. So itu ler rasanya kali terakhir aku kesana, lepas ni sori dah, rasa macam tertipuu sungguh.

  3. Tiara Beach Resort. Kenangan sungguh. Aku pernah berkursus seminggu kat situ dulu (2004). FELDA support semua. Best la. hahah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *