September 27, 2020

Buffet Breakfast @Heritage Hotel Ipoh

Burp alhamdulillah…kihkihkih..pagi-pagi dah sendawa yek. Kenyang tengok gambar kot..

Malam sebelum dah kenyang melantak Mee Rebus Ramli di Taman Tasek Jaya..then membongkang membawak ke pagi..Elok je matahari nak naik, terus ke Polo Cafe untuk redeem voucher Buffet Breakfast. Oh buffet, makan sampai lebam, iye idak..hehehe..well said, banyak pilihan sarapan pagi di cafe ni. Dari nasi lemak, sampai le ke roti bakar. haa ko..aku ada masa lebih kurang sejam je sebab perlu bergegas ke kolej adik aku lak..

Puan Nunu dan kuew teow goreng memang tak dapat dipisahkan. Daripada warung Mak Jah membawak ke Heritage Hotel..ni gak pilihan pertama beliau..dicampur lak dengan mihun goreng + sambal nasi lemak. Nampak sedap gak kan.

Menu yang direquest, omelette atau dibahasa melayukan jadi telur dadar kot. Betul ek? Menarik gak ka. Rasanya pon sedap. Aku dah tengok cara dia masak, pasni leh try masak cara camni lak. hehehe

Bismillahirrahmanirrahim..saya makan dulu…

Dimulakan dengan nasi lemak, dah disudahi dengan feveret foreva aku ni. series, yang ni paling sedap aku pernah jumpa kat malaysia ni. Taktao la kot-kot ada restoran kat KL yang ada benda ni lagi sedap tapi aku tak cuba lagi, tapi butter croissaint ni rasanya saaaaaaangat sedap, tekstur lembut, rasa butter ngam-ngam tak lebih tak kurang..fuhhh..meleleh woo..pasni kalo datang ipoh lagi, kompom stay kat sini lagi semata-mata nak makan croissaint nih..

 

**nak mintak Puan Nunu belajar bake croissant camni la. Minum pagi dan minum petang ngan butter croissaint pon jadilah…burrrppppp…:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Buffet Breakfast @Heritage Hotel Ipoh

    1. lebih kurang..tp ada yg terlebih dan terkurangnya mak..tp kat sini, croissant dia mmg sedap dan lembut dan berlemak2 krim gitu…slurrppp…

  1. ni pi makn sorg2 jer ekr hee..dah cuba pi mkn tgari kat tasek raban. klu dekat ada kt blg tesco section 18 tu kedainya, satu lgi kt stadium mmg terbaik heee.. klu kt kuala kangsar pun ada kt tu HQ dia mmg betul2 dkt dg tasik hee..pasal tu nama dia tasek raban 😉

  2. wah bukan main lagi makan.bro ni org ipoh ker? hujung tahun lepas ada ke sana sb pi beberapa kursus blh tahan harga murah2 heeee

  3. Salam.. first time singgah sini time aktiviti blogwalking huhu… makk aihh sampai2 ja blog ni terus nampak gambaq makanan uhhhh.. dah la tadi aku skip breakfast hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *