April 25, 2024

Tempat Makan Sedap Di Kelatan: Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan KB

Kalau nak kira dah berapa kali aku menjamu selera di Restoran Nasi Ulam Cikgu, memang dah tak terkira. Dari Nasi Ulam Cikgu ni beroperasi di warung lama (Jalan Kubang Kerian), membawa ke lokasi terkini di Kampung Kraftangan Kota Bharu, ini antara kedai makan kegemaran kami sekeluarga setiap kali berkunjung ke Kota Bharu.

Jadi, semasa trip balik kampung 2 minggu lepas, aku ambil kesempatan masa terluang bawa isteri, umi dan anak-anak jalan-jalan cari makan di bandar KB.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN

Perjalanan dari rumah Umi di Besut menuju ke Restoran Nasi Ulam Cikgu ini hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kami tiba di sana ngam-ngam waktu makan tengah hari. Pelanggan memang ramai. Daripada loghat diorang, kebanyakan pelanggan adalah pelancong dari luar Kelantan.

Jangan risau, walaupun ramai, kerusi meja yang disediakan mencukupi. Tak de la mengambil masa yang terlalu lama untuk beratur.

Sambil menunggu meja kosong, aku dah umi ke bahagian lauk pauk.

Menu Popular Nasi Ulam Cikgu

Dah namanya restoran ulam kan, pelbagai jenis ulam-ulaman disediakan. Budu, cencaluk dan kerabu campur juga disediakan untuk menambahkan lagi keenakan ulaman tersebut. Menu lain adalah ikan keli Afrika goreng, ayam percik, asam pedas ikan patin,ikan atau daging singgang dan macam-macam lagi.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN
TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN
TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN

Semua sedap sedap. Ni pun aku dok lap air liur bila teringatkan menu di sana.

Setiap kali ke sini, lauk kegemaran aku semestinya ikan keli goreng bersaiz XXL. Yang pertama kali ke sini, mesti terkejut melihat saiz ikan keli. Susah nak jumpa kat tempat lain ikan keli bersaiz sebegini. Untuk Danish Dayyan, semestinya ayam percik. Percik kat sini pada aku memang sedap. Cukup rasa, cukup rencah. Umi juga ada mengambil sepinggan kerabu. Pada awalnya, kami ingat ianya kerabu mangga, tetapi rupanya kerabu timun. Rare juga rasanya. Tambahan dua pinggan lagi untuk aneka ulaman seperti terung, ulam raja, petola, bendi, timun dan banyaaakkk lagi (lupa nama! haha)

Harga kat Restoran Nasi Ulam Cikgu? Untuk semua makanan yang aku senaraikan di atas tu bersama dengan sejug air bandung + nasi untuk 3 orang, jumlahnya adalah RM35.80.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN

Rasa-rasa berbaloi tak? Pada aku bukan sekadar berbaloi, tetapi ianya sangat murahhhh! Setuju tak?

Alamat : Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tempat Makan Sedap Di Kelatan: Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan KB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *